AD (728x60)

Wednesday, December 22, 2010

EGO

Share & Comment



EGO??sejenis perasaan yang pasti ada dalam diri setiap manusia walaupun hanya sebesar zarah. Andai kata seseorang mengatakan yang dia tak ada ego..pastinya dia bukan manusia yang normal. Ada kalanya..ego itu baik untuk diri kita..dan ada kalanya..ego boleh membunuh diri kita dalam diam dan tanpa kita sedari.

Seringkali ada pertelingkahan antara kaum lelaki dan kaum perempuan..ada yang mengatakan lelaki punya ego tinggi melangit..dan ada juga kata bahawa, perempuan punya ego yang melampau..yang pasti, sama ada perempuan atau lelaki yang ada ego lebih tinggi..ia nya tidak ada kena mengena dengan soal jantina langsung.

Ego boleh menjadikan keadaan bertambah buruk bila tiada yang mahu mengalah..itulah sifat ego..tidak mahu menerima kebenaran, menganggap diri lebih tinggi dan mulia daripada orang lain..sombong dan juga bongkak..ramai orang tidak mahu mengakui sifat mereka yang ego itu..jom check list sifat-sifat ego..check  pada diri anda juga..sama ada anda ego atau pun tidak..



  1. tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain..
  2. sentiasa fikir dirinya betul dan mulia..
  3. tidak mahu mengalah bila ada pertelingkahan berlaku..
  4. tidak pernah meminta maaf mahupun telah jelas dan nyata bahawa itu adalah kesalahannya..
  5. sombong dan tidak mahu menerima kritikan atau teguran orang lain..
  6. memuji dan tunjuk baik di depan orang tapi mengata atau mengutuk orang itu di belakang..
  7. tidak menghiraukan larangan dan perintah ALLAH kerana sifat ego dan sombong
  8. tidak berasa bersalah bila melakukan kesalahan..
  9. memilih dalam persahabatan..contohnya: memilih berdasarkan pangkat, harata dan darjat..
  10. mudah menjadi marah dan baran walaupun hanya kesilapan yang kecil berlaku..
u have to know datz u are not always right!


Di akui..aku jua punya ego yang tersendiri..tapi aku cuba melunturkan dan melenyapkan keegoan aku dengan sifat penyabar dan rendah diri. Itulah ubat dan penawar kepada sifat ego. Bila berdepan dengan orang yang punya ego yang tinggi, aku cuba mengalahbersabarbertenang dan merendahkan diri tanpa menghiraukan perasaan dan maruah diri yang mungkin tercalar.

Tapi ada ketikanya, kesabaran aku sampai satu tahap yang aku tak dapat bertolak ansur lagi. Hati yang sakit susah untuk dilembutkan tanpa jiwa pemaaf dan penyabar. Sedaya upaya terus tersenyum walaupun hati sakit yang teramat. Sedaya upaya cuba melembutkan suara walaupun dalam hati memberontak. aku harus melunturkan sifat ego..kerana dari sifat ego lah, lahirnya sifat pemarah, pendendam dan juga susah untuk menerima kebenaran.

better late than never..words yang paling sesuai untuk aku mengubah sifat yang buruk ini sebelum menjadi lebih parah. Kenapa kita harus mencampakkan jauh sifat ego neh?? Kerana sifat sombong, bongkak dan juga ego..adalah sifat mazmumah (sifat tercela dan keji). Ternyata ia adalah penyakit hati & jiwa yang terbesar dan sering di pandang remeh. Bermula dari sifat ego lah..terjadi segala kekejaman dan penindasan pada zaman serba maju kini yang semakin hilang keperikemanusiaannya.. 

tiada untungnya menjadi ego dengan membalas lemparan tadi dengan batu..

(p/s: “Tidak masuk neraka seseorang yang terdapat iman dalam hatinya walaupun seberat biji sawi; dan tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun seberat biji sawi.” - Hadis riwayat Muslim)
Tags:

Written by

I was the founder hanaqueen station and also the author of this blog. We offering variety of delicious ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else

2 comments:

Post a Comment

 

My Instagram

Location

Recent Posts

Follow by Email

Why to Choose HanaQueen?

HanaQueen Station are currently offering delicious of variety ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else.We also offer a variety of packages for starting a business.

We are constantly developing and improving our menu internally and externally. Our food and business is fresh and focused, consistently delivering new ideas. This is not an 'add on' business - we only provide great sevices to our clients. It’s what we do and we love it.

Copyright © HANAQUEEN STATION | Designed by SirArtwork