AD (728x60)

Friday, November 20, 2015

Cara memilih bidang perniagaan

Share & Comment
Bismillahirrahmannirrahim,

Post kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai dunia perniagaan secara amnya. Ramai yang telah membaca blog ini tertarik dengan dunia perniagaan dan ramai juga yang telah call/sms/whatsapp saya bertanya pelbagai soalan.

Insya-Allah, sekiranya ada masa terluang, saya akan sentiasa berkongsi segala soalan yang pernah saya dapat untuk kita belajar bersama-sama. Ilmu kalau disimpan, tiada gunanya. Ilmu adalah untuk dikongsi bersama supaya kita semua mampu untuk berjaya bersama-sama.

Soalan pertama yang ingin saya kongsikan disini adalah dari whatsapp saya. Soalannya begini:

"Assalammualaikum w.b.t. Saya tadi baru lepas baca blog kalian. Saya tertarik dengan perniagaan kalian. Boleh saya tahu, selalunya dalam bidang perniagaan ini mesti akan lalui kerugiaan. Macam saya ini, terasa nak buka perniagaan sendiri setelah tamat belajar nanti. Cuma saya tak pasti nak ceburi bidang perniagaan dari segi apa? Boleh ke kalau kalian berikan pendapat atau cadangan?"

Ini adalah antara soalan yang biasa saya dapat. Secara ringkasnya, soalannya begini: "Saya berminat nak berniaga tapi tak tahu macam mana nak mula dan nak berniaga apa." Saya akan kongsikan serba sedikit cara untuk anda memilih bidang perniagaan yang sesuai untuk diri anda. Dan berkaitan bagaimana nak memulakan perniagaan itu, kita akan bincangkan di post yang akan datang. 

Ramai yang sudah sedia maklum tentang segala risiko, baik buruk dunia perniagaan ini. Sebelum terfikir nak buat business, cuba fikir sama ada kita bersedia atau tidak untuk commit dengan segala tanggungjawab dan cabaran business. Sekiranya anda tidak bersedia untuk rugi, maka jangan libatkan diri dalam perniagaan kerana untung rugi adalah adat dalam berniaga. Cuba semak kembali apa sebenarnya niat anda untuk mulakan perniagaan?




Waktu saya memulakan perniagaan, sejujurnya, saya sedikit pun tak terfikir ianya akan jadi sumber pendapatan tetap saya. Saya berniaga dulu kerana waktu itu sangat sukar untuk saya mendapatkan pekerjaan. Jadi saya memilih untuk mula berniaga dari terus menganggur. Ya, saya punya Ijazah. Tapi saya tak pernah kisah dan memilih untuk jual ice blended dan waffle asalkan saya ada pekerjaan. Kekuatan yang saya ada waktu itu adalah MINAT. Semua sahabat saya tahu betapa minatnya saya dalam dunia perniagaan dari waktu belajar lagi. 

Dan apa yang membuatkan saya memilih business food & beverage? Memilih untuk jual ice blended dan juga waffle? Juga disebabkan MINAT! Ya, saya terlalu suka minum ice blended dulu, kalau keluar ke mana-mana tak sah kalau tak beli ice blended. Jadi semangat saya sangat kuat untuk mula berniaga, sebab saya mulakan sesuatu yang sangat saya MINAT! 

Itu kunci pertama untuk memulakan perniagaan dan memilih bidang perniagaan. MINAT. Cuba bayangkan sejauh mana perniagaan anda boleh pergi sekiranya anda tiada minat dan tiada semangat yang kuat untuk berniaga? Dan walaupun anda minat dalam perniagaan, tapi sejauh mana pula anda boleh berniaga sekiranya anda berniaga sesuatu yang anda tak suka dan minat? Sebagai contoh, anda tak suka dan tak tahu untuk memasak, tapi anda pilih untuk buka restaurant. Apa akan terjadi dengan perniagaan anda? Sudah pasti anda tidak boleh bergantung harap 100% dengan pekerja anda, sebagai seorang leader dalam perniagaan anda, you have to know what you do better than anyone else including your staff. Jadi pilih sesuatu yang anda MINAT dan anda TAHU yakni anda ada ILMU tentangnya.

Akan tetapi, minat sahaja tak cukup untuk memilih bidang perniagaan. Minat itu harus diselarikan dengan keperluan pengguna atau pun pelanggan. Ini adalah kunci kedua. Kalau kita sahaja minat, tapi takde orang lain yang minat, maka siapa akan jadi pelanggan kita nanti? Perlu di ingatkan, perniagaan adalah bersifat dua hala. Tak boleh nak berniaga guna konsep 'syok sendiri'. Lingkup perniagaan anda nanti. Saya memilih untuk jual ice blended, sebab saya tahu cuaca Malaysia yang panas membuatkan ramai yang suka minum ice blended. Tapi apa akan jadi kalau saya jual ice blended dekat negara yang bermusim sejuk bersalji hanya sebab saya minat jual ice blended? Always think wisely.

Kunci ketiga adalah, pilih bidang perniagaan yang menyelesaikan masalah orang. Bagaimana? Contohnya, orang malas basuh kereta, kita buka carwash. Orang malas masak, kita jual makanan di restaurant atau mana-mana sahaja. Orang tak tahu buat design, kita tawarkan service designing. Orang tak tahu buat kek, kita jual kek. Orang tak tahu repair kereta, kita buka bengkel kereta. Simple. Saya pilih untuk jual makanan sebab semua manusia perlukan makanan dan minuman setiap hari. Jadi kenapa anda pilih bidang perniagaan itu? Tanya diri anda dan listkan sebab-sebabnya baru anda akan nampak jalan perniagaan anda nanti.




Selain itu, ramai yang memilih untuk membuka perniagaan mengikut trend terkini. Sebagai contoh, pisang cheese dan aiskrim pasu. Ya, perniagaan seperti itu selamat dan lebih mudah kerana kita sudah tahu permintaan dari customer bagaimana. Tapi anda juga harus memastikan bahawa perniagaan itu akan kekal trending untuk jangka masa yang lama. Sebab kita juga pasti tidak mahu berniaga hanya untuk jangka masa pendek. Be creative. Gunakan trend terkini sebagai tapak anda untuk berniaga dan upgrade business mengikut cara anda sendiri. Itu adalah konsep 'branding'.

Dan yang terakhir, tahu kemampuan diri sendiri sewaktu memilih bidang perniagaan. Anda perlu tahu kemampuan diri dari segi kewangan, dari segi semuber tenaga kerja dan juga dari segi sumber pembekal untuk barang perniagaan anda. Perniagaan tidak semestinya perlu menggunakan sumber modal yang besar. Start small is better than not doing anything. Gunakan modal yang kecil dan menggandakan pulangan itu adalah konsep sebenar perniagaan. Anda juga perlu tahu overhead monthly anda seperti kos sewa kedai/bangunan, kos gaji pekerja, kos rolling barang, kos billing dan sebagainya. Tahu kemampuan diri semasa memilih bidang perniagaan adalah penting untuk memastikan anda mampu untuk berjaya dalam berniaga.

Memilih bidang perniagaan adalah step yang paling penting sebelum memulakan perniagaan. Fikir dengan tenang. Lihat dan perhatikan, pelbagai perniagaan yang ada di sekeliling anda. Mula untuk menulis kelebihan dan kekurangan perniagaan yang anda lihat supaya anda mampu menghasilkan perniagaan yang terbaik.

Untuk jadi kaya, bukan mudah. Banyak liku-liku cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi. Sekiranya anda sanggup berkerja macam orang kaya, insya-Allah, rezeki dari Allah itu pasti ada. Doa dan banyakkan berbicara pada-Nya supaya segala urusan perniagaan akan dimudahkan nanti.

Selamat maju jaya dari saya.

Tags:

Written by

I was the founder hanaqueen station and also the author of this blog. We offering variety of delicious ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else

6 comments:

 

My Instagram

Location

123movies
google maps for free

Popular Posts

Recent Posts

Why to Choose HanaQueen?

HHANAQUEEN STATION OFFER A VARIETY OF PACKAGES FOR THOSE WHO WANT TO START A BUSINESS. YOU JUST NEED TO FIND THE BEST LOCATION TO RUN YOUR BUSINESS AND WE WILL PROVIDE ALL EQUIPMENT TO START YOUR BUSINESS INCLUDING FREE TRAINING.

YOU CAN START YOUR BUSINESS UNDER OUR NAME OR BUILD UP YOUR OWN BRAND. OUR BUSINESS IS FRESH AND FOCUSED, CONSISTENTLY DELIVERING NEW IDEAS. THIS IS NOT AN 'ADD ON' BUSINESS - WE ONLY PROVIDE GREAT SERVICES TO OUR CLIENTS. IT’S WHAT WE DO AND WE LOVE IT..

Copyright © HANAQUEEN STATION | Designed by SirArtwork