AD (728x60)

Sunday, December 20, 2015

Bila nak berhenti kerja untuk berniaga?

Share & Comment

Sejak kebelakangan ini, ada beberapa customer yang ingin memulakan perniagaan, datang berjumpa saya untuk meminta pendapat tentang isu ini, patutkah mereka berhenti kerja untuk berniaga. Malah, ada sahabat saya yang sedang bekerja juga bertanya, patutkah mereka berhenti kerja untuk menumpukan sepenuh perhatian dalam berniaga.

Isu ini sering dikupas oleh pakar perniagaan yang sudah berjaya dan juga jutawan-jutawan. Soal masa untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan adalah isu yang serius dan penting. Kerana keputusan itu bakal menentukan hala tuju perjalanan hidup anda selepas ini.

Bagi saya, untuk mereka yang sudah biasa mendapat gaji stabil setiap bulan, pastinya mental mereka akan diuji selepas memulakan perniagaan dengan income yang tidak menentu. Apatah lagi sekiranya anda tidak ada sedikit pun pengalaman dalam berniaga, maka cabaran untuk berniaga lebih tinggi.

Untuk berhenti kerja dan berniaga, persediaan dari segi mental, fizikal dan juga financial adalah sangat penting. Pastikan anda mempunyai perancangan yang amat rapi dan ilmu untuk memulakan perniagaan.

Dari segi financial, adalah lebih baik anda mempunyai simpanan wang sebanyak 6 bulan pendapatan untuk menampung apa saja yang bakal anda hadapi selepas berhenti kerja nanti. Ini adalah back up plan yang amat penting dan sering disarankan oleh pakar motivasi dan perniagaan, Dr.Azizan Osman.

Saya sarankan anda boleh mula berniaga secara part-time dahulu sebelum berhenti kerja secara mendadak. Belajar step by step cara menguruskan perniagaan secara slow and steady. Anda juga boleh hire staff sekiranya perlu. Kemudian, sekiranya anda sudah yakin bahawa perniagaan mampu memberi income yang lebih dan stabil, barulah boleh berhenti kerja dengan tenang.

Fikir secara mendalam sebelum buat apa-apa keputusan. Kata hati perlu berpandukan akal supaya takkan menyesal di kemudian hari nanti.

Perkongsian dari Irfan Khairi mengenai isu ini:



Ketika itu saya bekerja makan gaji sebagai konsultan multimedia di sebuah syarikat di UK. Gaji bulanan saya boleh tahan juga, maklumlah, baru lepas grad dan mendapat rezeki gaji tinggi oleh kerana kebolehan yang saya ada dalam bidang multimedia.

Ketika itu kalau ‘diconvert’ kepada duit Malaysia, adalah dalam lingkungan RM10,000 juga. Memang hidup pun terasa selesa kerja dari 9 pagi hingga 5 petang setiap hari.

Namun, minat saya dalam bidang perniagaan sungguh mendalam di mana saya ingin menjalankan perniagaan dari rumah supaya lebih flexible dan tidak lagi terikat dengan waktu kerja 9 pagi hingga 5 petang.

Dalam waktu yang sama itu, saya memulakan perniagaan Internet secara separuh masa. Waktu kerja, memang fokus pada kerja, tetapi balik rumah, dari petang hingga lewat malam menjalankan perniagaan dari rumah


Memang penat, memang tiada masa. Tetapi, untuk mencapai kejayaan, perlukan pengorbanan. Kalau semua senang sahaja, pastinya semua orang dah lakukan sebab kerja senang itu mudah.

Itulah rutin saya selama 2 tahun, bekerja, dan menjalankan perniagaan dari rumah melalui Internet. Sehinggalah pendapatan saya di Internet Alhamdulillah mencecah RM20,000 sebulan, barulah saya berasa yakin untuk berhenti kerja makan gaji yang memberi bayaran RM10,000 sebulan – dua kali ganda!


Mulai tahun ketiga, saya letak jawatan di pejabat untuk memberi fokus kepada perniagaan di Internet. Maka, cita-cita saya tercapai untuk menjalankan perniagaan sendiri pada waktu yang lebih fleksibel. Bukan itu sahaja, apabila berniaga, maka pendapatan tidak mempunyai had lagi.

Jadi, nasihat saya kepada bakal usahawan terutamanya yang masih bekerja, sebaiknya cari pengalaman terlebih dahulu. Pelajari bidang perniagaan yang ingin dijalankan dan mulakan kecil-kecilan secara separuh masa sambil bekerja.


Tidak perlu tunggu 2-3 tahun seperti saya, tetapi memadai untuk anda timba pengalaman sehingga diri sendiri terasa yakin dengan perniagaan yang dijalankan dan yakin untuk berhenti kerja makan gaji.

Pengalaman dan ilmu amat penting untuk berjaya dalam perniagaan. Bukan itu sahaja, cara ini juga akan mengurangkan risiko pendapatan anda.

Memang tidak salah untuk terus berhenti kerja dan mulakan perniagaan. Namun, sebaiknya, carilah ilmu dan pengalaman dahulu. Dunia perniagaan tidak semudah yang disangka.

Tags:

Written by

I was the founder hanaqueen station and also the author of this blog. We offering variety of delicious ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else

2 comments:

Post a Comment

 

My Instagram

Location

Recent Posts

Follow by Email

Why to Choose HanaQueen?

HanaQueen Station are currently offering delicious of variety ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else.We also offer a variety of packages for starting a business.

We are constantly developing and improving our menu internally and externally. Our food and business is fresh and focused, consistently delivering new ideas. This is not an 'add on' business - we only provide great sevices to our clients. It’s what we do and we love it.

Copyright © HANAQUEEN STATION | Designed by SirArtwork