AD (728x60)

Monday, January 25, 2016

15 Perkara Yang Usahawan Berjaya Lakukan Setiap Hari

Share & Comment
Jika anda ingin menjadi usahawan yang lebih baik dan berjaya mengembangkan perniagaan anda, anda perlu mendedikasikan masa dan tenaga untuk memperbaiki tabiat harian anda.


Berikut adalah 15 perkara yang usahawan berjaya utamakan setiap hari walaupun jadual mereka sangat padat.


1. Makan Sarapan
Untuk bekerja pada tahap prestasi yang kemuncak, tubuh anda memerlukan tenaga. Anda bukan hanya sekadar minum secawan kopi dalam perjalanan ke pejabat, tetapi anda mengambil masa beberapa minit untuk makan makanan sihat atau minum jus berprotein, tidak kira di mana sahaja anda berada.
2. Merancang Hari Anda
Perkara pertama pada waktu pagi, lihat kalendar anda dan aturkan jadual anda mengikut kepentingan. Jika anda mempunyai masa-masa tertentu yang terbaik untuk bekerja dalam sehari, gunakan masa itu dengan sebaiknya untuk lakukan kerja-kerja yang memerlukan ketenangan. Saya membuat kerja terbaik saya pada waktu pagi, jadi saya cuba untuk jadualkan sekurang-kurangnya 90 minit untuk kerja-kerja penulisan saya setiap hari sebelum saya menguruskan aktiviti harian lain. Demi menjaga tenaga anda supaya konsisten sepanjang hari, jadualkan waktu rehat yang kerap dan singkat untuk anda makan makanan ringan yang sihat.
3. Jangan Semak Emel Dengan Segera
Perkara pertama yang ramai orang biasa lakukan adalah menyemak handphone pada waktu pagi untuk melihat siapa yang telah menghantar emel dan tabiat ini memang sukar untuk dielakkan. Selalunya, menyemak emel merupakan satu gangguan kepada tumpuan pada kerja yang anda mahu selesaikan di awal hari. Cuba tunggu sehingga jam 9 atau 10 pagi untuk menyemak emel, sekurang-kurangnya selepas anda telah menyelesaikan salah satu kerja kritikal dalam senarai tugasan anda. Jika anda sedang menumpukan kerja pada projek yang penting, cuba untuk tidak menyemak emel anda lebih daripada tiga kali sehari.
4. Ingat Tujuan Anda
Ambil sedikit masa pada permulaan setiap hari kerja untuk mengingatkan diri anda tentang matlamat syarikat anda. Fikirkan tentang pelanggan utama anda dan bidang perniagaan anda yang paling menguntungkan. Kita sering kali terjebak tumpuan dalam mengerjakan tugasan harian kita sehingga kita lupa apa yang membuat kita bahagia dan apa yang membawa keuntungan sebenarnya.
5. Tugasan Tunggal
Kita hidup dalam dunia yang menggalakkan kepelbagaian tugasan pada suatu masa. Malangnya, apabila anda ada terlalu banyak tugasan sekaligus, anda mungkin boleh terganggu tumpuan dengan gangguan-gangguan yang tidak penting. Untuk menjadi lebih produktif dan berkesan, beri keutamaan kepada tugasan yang penting dan agihkan tugasan lain untuk memberi tumpuan sepenuhnya.
6. Bayangkan (Visualisasi)

Ia mungkin aneh, tetapi cuba tutup mata anda dan bayangkan kejayaan anda. Bayangkan apa yang anda akan rasa apabila anda mencapai matlamat anda. Visualisasi adalah alat yang berkuasa dan boleh membantu untuk sentiasa mengekalkan aspirasi ini di fikiran anda. Salah satu perkara yang mungkin dapat membantu adalah dengan memperoleh gambar impian untuk membantu anda mencapai matlamat. Sebagai contoh, jika anda berminat untuk bercuti di Paris, letakkan gambar Menara Eiffel di atas meja anda.
7. Mengatakan Tidak
Usahawan terutamanya sering rasa tertekan untuk menerima setiap peluang yang datang pada mereka. Walau bagaimanapun, bukan setiap peluang yang datang akan memberi manfaat kepada anda atau perniagaan anda. Masa adalah komoditi yang paling berharga. Beri keutamaan pada apa yang anda telah setuju untuk lakukan.
8. Hargai Masa Anda
Tidak seperti wang, masa adalah sumber yang tidak boleh diperbaharui. Tiada cara lain untuk mendapatkan lebih masa. Jaga masa anda dan gunakannya untuk melakukan perkara yang paling penting untuk diri sendiri dan syarikat anda. Elakkan gangguan sebaik yang boleh. Sama ada anda mengetuai atau menghadiri mesyuarat, secara online atau secara peribadi, dapatkan kepastian tentang masa permulaan dan masa berakhirnya mesyuarat itu. Apabila seseorang meminta masa anda untuk konsultasi atau bermesyuarat, cuba minta soalan-soalan terlebih dahulu supaya anda boleh menyelidik sesuatu perkara itu lebih awal. Ini akan membolehkan anda menumpukan perhatian pada masa dan tugasan anda.
9. Mengagihkan Tugasan
Pada awal perniagaan saya, saya fikir saya boleh menyimpan wang lebih dengan melakukan segala-galanya sendiri. Kemudian saya sedari, tugasan-tugasan kecil dan biasa telah mengambil banyak masa saya dari menghasilkan kerja-kerja yang mendatangkan pendapatan untuk perniagaan saya. Saya pada masa itu sudah kusut mengerjakan tugasan. Apabila anda tersogok dengan kerja, anda tidak akan dapat memikirkan penyelesaian. Upah seseorang untuk membantu anda.
10. Dengar
Apabila anda bercakap dengan rakan sekerja atau pekerja, dengar dengan sepenuhnya. Ambil masa untuk memahami sepenuhnya apa yang orang lain katakan. Pemimpin yang mendengar dengan berkesan dapat mengelakkan salah faham dan akan kurang cenderung untuk meminta penjelasan kemudian.
11. Tunjukkan Rasa Terima Kasih
Jadikan ia satu tabiat harian untuk duduk dan selalu bersyukur atas peluang yang diberikan kepada anda dan untuk semua perkara yang anda telah capai setakat ini. Ingatkan diri anda tentang kejayaan masa lalu anda untuk membantu anda fokus, sentiasa berada di masa sekarang dan produktif.
12. Berdiri Dan Bergerak
Tahukah anda perlakuan duduk adalah seperti rokok pada masa ini? Perjalanan dengan kereta dan gaya hidup yang terikat pada meja boleh membahayakan kesihatan anda. Kajian menunjukkan ia meningkatkan risiko hilang upaya, kencing manis, penyakit jantung, beberapa jenis kanser dan obesiti. Tidak kira bila, anda boleh mengambil masa beberapa minit untuk berdiri dan melakukan beberapa aktiviti singkat yang merehatkan setiap satu atau dua jam. Aktiviti ini baik untuk badan dan minda anda.
13. Tarik Nafas
Ramai orang bernafas pendek. Setiap jam atau lebih, berdiri di meja anda, regangkan badan dan ambil 10 kali nafas yang dalam. Pernafasan sebegini akan cepat merangsangkan oksigen dan mencergaskan semula badan anda untuk tugas seterusnya.
14. Berehat Makan Tengah Hari
Bangun dari meja anda dan makan tengahari di tempat lain. Jika anda tidak boleh meninggalkan kerja anda untuk seketika, jadikan waktu makan tengahari masa anda membina rangkaian. Jadualkan mesyuarat makan tengahari sepanjang minggu dengan pelanggan penting, kenalan profesional atau rakan-rakan. Pada akhir setiap hari, bersihkan semak dari meja anda. Simpan pen, tindanan kertas-kertas dan aturkan barangan lain. Sebuah meja yang teratur akan memberikan pencerahan yang jelas untuk hari berikutnya dan menghalang anda dari terasa buntu dengan kerja semalaman.
15. Kosongkan Meja Anda
Pada akhir setiap hari, bersihkan semak dari meja anda. Simpan pen, tindanan kertas-kertas dan aturkan barangan lain. Sebuah meja yang teratur akan memberikan pencerahan yang jelas untuk hari berikutnya dan menghalang anda dari terasa buntu dengan kerja semalaman.
Artikel dari Entrepreneur.com ini diterjemahkan dari penulisan Jacqueline Whitmore, seorang Penulis, Pakar Etika dan Pengasas Protokol di Sekolah Palm Beach.
Tags:

Written by

I was the founder hanaqueen station and also the author of this blog. We offering variety of delicious ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else

8 comments:

 

My Instagram

Location

123movies
google maps for free

Popular Posts

Recent Posts

Why to Choose HanaQueen?

HHANAQUEEN STATION OFFER A VARIETY OF PACKAGES FOR THOSE WHO WANT TO START A BUSINESS. YOU JUST NEED TO FIND THE BEST LOCATION TO RUN YOUR BUSINESS AND WE WILL PROVIDE ALL EQUIPMENT TO START YOUR BUSINESS INCLUDING FREE TRAINING.

YOU CAN START YOUR BUSINESS UNDER OUR NAME OR BUILD UP YOUR OWN BRAND. OUR BUSINESS IS FRESH AND FOCUSED, CONSISTENTLY DELIVERING NEW IDEAS. THIS IS NOT AN 'ADD ON' BUSINESS - WE ONLY PROVIDE GREAT SERVICES TO OUR CLIENTS. IT’S WHAT WE DO AND WE LOVE IT..

Copyright © HANAQUEEN STATION | Designed by SirArtwork