SMART LIVING BY HANA

Smart Living
Made Simple.

Tips, inspirasi & pilihan appliances untuk rumah yang lebih selesa — termasuk LG Subscribe dengan bayaran bulanan.

LG SUBSCRIBE

LG Appliances Dengan
Bayaran Bulanan

Tak perlu keluarkan modal besar sekaligus. Pilih appliances LG yang sesuai untuk rumah anda dan nikmati kemudahan melalui pelan langganan bulanan, tertakluk kepada kelayakan dan terma yang ditetapkan.
OHSEM YEAR END PROMO
Promo LG Subscribe — 1 October hingga 31 December 2026
Double Match Year End • Up to RM20 OFF/month • Promo October • Selected combo deals may include a FREE 65" UHD 4K AI TV*
🏠

Pelbagai Pilihan

Aircond, peti sejuk, mesin basuh, TV, purifier dan banyak lagi.

💳

Bayaran Bulanan

Dapatkan appliances dengan komitmen bayaran secara bulanan.

🛠️

Care & Maintenance

Servis dan warranty mengikut produk serta pelan yang dipilih.

📱

Mudah Diurus

Urus subscription dan dapatkan bantuan dengan lebih mudah.

*Tawaran, harga, kelayakan dan hadiah tertakluk kepada produk, pelan, terma & syarat serta promosi semasa.
Hana - LG Subscribe Manager
ABOUT HANA

Hi, saya Hana, LG Subscribe Manager.

Saya bantu anda pilih appliances LG yang sesuai dengan keperluan rumah, ruang dan bajet — daripada pemilihan produk hingga pilihan pelan LG Subscribe.

🏠 Panduan Praktikal Tips dan panduan untuk bantu anda buat pilihan dengan lebih yakin.
📐 Ikut Keperluan Pilihan berdasarkan ruang, keperluan rumah dan gaya hidup.
💰 Ikut Bajet Kenali pilihan produk dan bayaran bulanan yang tersedia.
💬 Boleh Tanya Hana Tak pasti nak pilih yang mana? Terus tanya Hana.
WHATSAPP HANA →

In Shaa Allah or Insya-Allah?

Ada satu isu yang timbul di Facebook baru-baru ini. 




Dan isu ini telah buat Ana takut nak taip In Shaa Allah atau pun Insya-Allah (yang selalu Ana gunakan). Ana elakkan dari guna Insya-Allah sampailah Ana dapat jawapannya. Semua perkara yang timbul di media elektronik,kita tak boleh terima bulat-bulat jer. Nampak orang share, kita pun terus share. Walhal, tak tahu tentang perkara itu sedalam-dalamnya. Adalah lebih baik, sebelum terima sesuatu perkara itu, mohon kaji sebetul-betulnya. Jangan terima selagi tak selidik.




Lari dari isu Gaza sekejap. Banyak pula di inbox saya pertanyaan berkenaan 'fatwa' Dr Zakir Naik berkenaan 'tulis In Shaa Allah bukan tulis dengan ejaan lain.'


Maka ramai tanya saya, salah ke kalau tulis dengan ejaan lain itu? Berdosa ke?

Pada saya, masalahnya bukan masalah ejaan. Masalahnya adalah masalah sebutan. K
alau tulisnya InsyaAllah, InshaAllah, atau insya Allah, tetapi bunyinya tetap selaras dengan sebutan arabnya -in sya Allah- begitu, maka tiada masalahnya nak eja macam mana pun dalam tulisan lain. Yang penting, tulisan arabnya tidak boleh berubah.



Itu pendapat saya.



Saya ambil contoh nama Afifah.

Di dalam bahasa arab ianya dieja dengan huruf-huruf berikut: 

'ain baris atas, fa baris bawah, ya mati, fa baris atas, ta marbutoh.



Dalam bahasa melayu, ejaannya banyak:

Afeefah,

Afifah,

'Afeefah

'Afifah

Aafifah

Afiifah



dan sebagainya.

Adakah semua ejaan dalam huruf latin itu salah?

Tidak. Selagi sebutannya dalam bahasa arab, mengikut huruf bahasa arabnya itu betul, maka ejalah dalam huruf latin macam mana sekalipun, akan jadi betul.



Maka begitulah juga isunya InsyaAllah.

Saya tulis macam ini --------------> InsyaAllah.

Dr Zakir Naik nak macam ini -------------> In Sha Allah.

Ada orang suka tulis ----------> Insya Allah.



Dua-dua tak ada masalah. Janji sebutannya dalam bahasa arab betul.



Ini isu sama macam Doa awal tahun dan akhir tahun.

Yang pentingnya, doa itu bukan datang daripada Rasulullah.

Nak baca ke tak nak baca, itu terpulang pada kita.

Janji, jangan pergi kata itu sunnah la, itu daripada Rasulullah la, kalau tak baca berdosa lah, kalau tak baca tahun itu tak berkat lah, kalau tak baca kesian lah, dan macam-macam.



Jadi, orang nak tulis InsyaAllah macam mana sekali pun dalam huruf latin, okay sahaja. Tak berdosa. Tak salah. Selagi mana dia sebut mengikut sebutannya yang betul berdasarkan ejaannya dalam bahasa arab. Jadi jangan gaduh bila tengok orang buat tulisan lain dari tulisan kita.



Kongsi sedikit, saya ada kawan saya suka tulis 'masyarakat' dengan ejaan 'masharakat'. Dia juga suka tulis 'mengubah' dengan ejaan 'merobah'. Dia juga suka tulis perkataan 'masalah' dengan ejaan 'masa alah'. Pada saya, dia mungkin akan kena tolak markah dalam paper BM kalau pergi ambil periksa bila eja macam itu. Tetapi di dalam kehidupan, di dalam FB, itu bukan satu kecacatan, kekurangan, untuk saya nak bising pada dia - "Weh, hang eja salah ni. Berdosa ni!"



Sebab sebutan dia dengan sebutan saya, sama. Walaupun ejaan berbeza. Lainlah dia tulis 'masharakat' tapi sebutannya bunyi - mashorakot -, yang itu mungkin saya akan tegur. Apa kebendanya 'mashorakot'? Tapi kalau dia eja 'masharakat', sebutannya juga 'masyarakat', so, no big deal. 



Kalau tulis pun In Shaa Allah, tapi sebutnya dengar 'in sa Alah' ke, tak boleh pergi juga. Biarlah tulis InsyaAllah, janji sebutannya betul ikut sebutan arabnya - in sya Allah - macam itu. Setel yang itu, setel lah. Nak eja macam mana pun dalam huruf latin, suka hatilah. Janji sebutannya betul!



So, rujuk balik teks arabnya, untuk lihat sebutannya, makhraj hurufnya, harakatnya, bagi betul. Itu yang penting. Bukan tengok huruf latinnya eja macam mana. Sebab InsyaAllah itu sebutan arab.



Sekian pendapat saya.
 Hilal Asyraf(Official)

Masih kurang pasti? Masih kurang yakin? Ini pendapat yang lain:




  • Koleksi Printscreen Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus ( Original )salah tu Umat Muhammad.. faham betul2 nahu bahasa arab baru boleh faham.. Tentang kekecohan pasal guna "insyaAllah" salah, yg betul "in shaa Allah."

    Dalam arab kalau
    ان شاء الله
    maksudnya kalau Allah izinkan
    Kalau
    انشاء الله
    maksudnya penciptaan Allah. Tapi bunyi lain
    Kalau
    ان شاء الله
    semestinya bunyinya sama seperti Insya-Allah/In Sya Allah
    Tapi
    انشاء الله
    dia akan bunyi lain dalam bahasa arab, bunyi barisnya ialah Insya-Ullah/InsyaUllah..

    Kekeliruan adalah sebab translate direct kepada tulisan rumi. Asal lafaznya sama dengan arab, boleh guna. JADI, BOLEH GUNA perkataan insyaAllah atau insha Allah.
  • Koleksi Printscreen Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus ( Original ) ni dari ustaz bob al-bukhari: jgn kalut sangat ejaan asalkan sebutannya betul... kalau nak kalut ejaan sgt, kena tulis 'assalamu alaikum' takleh tulis 'assalamualaikum' sebab takut MIM ngan AIN bersambung... lepas tu kena jawab wa alaikumus salam... takleh waalaikumussalam sbb takut WAU jadi kepunyaan alaikum dan MIM yang terakhir bercantum dengan ALIF LAM selepasnya... yg paling penting ialah ejaan arabnya...
  • Koleksi Printscreen Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus ( Original )dan lebih kukuh lg, jawapan UAI di atas dalam gambar tu, kata tak salah sebut atau eja InsyaAllah..


Ana bukanlah orang yang pakar nak membahaskan perkara ini. Saya pun budak baru belajar lagi. Tapi mengikut kefahaman Ana, dua-dua ejaan adalah betul. In Shaa Allah betul, Insya-Allah juga betul. Asalkan ejaan kita itu membawa kepada bunyi dan sebutan yang sama dalam bahasa arab, jadi tak ada masalah. Dan tak ada isu pun. Biasalah, ada banyak pendapat tentang Islam. Jadi terpulang kepada individu itu nak guna apa asalkan sebutan kepada ejaan itu betul. Tak perlu nak marah, tegur atau hentam orang tu kalau dia guna Insya Allah, InsyaAllah etc. Kalau orang tu nak biasakan diri guna In Shaa Allah juga adalah bagus. Simple kan? Kalau tersalah, mohon betulkan. Trimaassss. >_<


(p/s: Islam itu memudahkan. Jangan menyusahkan apa yang dah sedia mudah. :)

SMART LIVING BY HANA

Tak Pasti Appliances Mana Sesuai?

Beritahu Hana keperluan rumah, ruang dan bajet anda. Hana bantu cadangkan pilihan LG Subscribe yang sesuai untuk anda.

WHATSAPP HANA →

Semakan produk, harga dan promo tertakluk kepada kelayakan serta terma & syarat semasa.