SMART LIVING BY HANA

Smart Living
Made Simple.

Tips, inspirasi & pilihan appliances untuk rumah yang lebih selesa — termasuk LG Subscribe dengan bayaran bulanan.

LG SUBSCRIBE

LG Appliances Dengan
Bayaran Bulanan

Tak perlu keluarkan modal besar sekaligus. Pilih appliances LG yang sesuai untuk rumah anda dan nikmati kemudahan melalui pelan langganan bulanan, tertakluk kepada kelayakan dan terma yang ditetapkan.
OHSEM YEAR END PROMO
Promo LG Subscribe — 1 October hingga 31 December 2026
Double Match Year End • Up to RM20 OFF/month • Promo October • Selected combo deals may include a FREE 65" UHD 4K AI TV*
๐Ÿ 

Pelbagai Pilihan

Aircond, peti sejuk, mesin basuh, TV, purifier dan banyak lagi.

๐Ÿ’ณ

Bayaran Bulanan

Dapatkan appliances dengan komitmen bayaran secara bulanan.

๐Ÿ› ️

Care & Maintenance

Servis dan warranty mengikut produk serta pelan yang dipilih.

๐Ÿ“ฑ

Mudah Diurus

Urus subscription dan dapatkan bantuan dengan lebih mudah.

*Tawaran, harga, kelayakan dan hadiah tertakluk kepada produk, pelan, terma & syarat serta promosi semasa.
Hana - LG Subscribe Manager
ABOUT HANA

Hi, saya Hana, LG Subscribe Manager.

Saya bantu anda pilih appliances LG yang sesuai dengan keperluan rumah, ruang dan bajet — daripada pemilihan produk hingga pilihan pelan LG Subscribe.

๐Ÿ  Panduan Praktikal Tips dan panduan untuk bantu anda buat pilihan dengan lebih yakin.
๐Ÿ“ Ikut Keperluan Pilihan berdasarkan ruang, keperluan rumah dan gaya hidup.
๐Ÿ’ฐ Ikut Bajet Kenali pilihan produk dan bayaran bulanan yang tersedia.
๐Ÿ’ฌ Boleh Tanya Hana Tak pasti nak pilih yang mana? Terus tanya Hana.
WHATSAPP HANA →

Tips mengambil pekerja/staff - Donald Trump

Ambillah Pekerja Terbaik, Tapi Jangan Percayakan Mereka, Pesan Donald Trump



PUTRAJAYA, 17 Nov (Bernama) -- "Ambillah pekerja terbaik, tapi jangan percayakan sangat mereka, manakala anda pula, jalankan tugas anda", demikian nasihat raja hartanah dan hos program realiti terkenal, Donald Trump kepada peserta Sidang Kemuncak Pembabitan Belia 2009 (YES 2009) di sini Selasa.

Bercakap melalui sidang video secara langsung dari pejabat beliau di Trump Tower, New York, ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Trump berkata untuk menjadi usahawan yang hebat, seseorang itu perlu bekerja keras kerana "yang bulat tak akan datang bergolek dan yang pipih tak akan datang melayang" dengan sendiri.

"Untuk menjamin kejayaan, setiap individu perlu menguasai bidang yang diceburinya, melebihi orang lain.

"Beberapa atlet terkemuka pernah datang untuk meminta nasihat dari saya. Mereka sudah berada di penghujung kerjaya masing-masing, tapi tidak memiliki wang kerana pengurus mereka mencuri wang mereka atau melaburnya dalam perniagaan yang tidak tepat.

"Saya katakan kepada mereka, 'pergilah dan kuasai betul-betul bidang anda, ambillah orang yang baik untuk bekerja dengan anda, tapi jangan sekali-kali percayakan mereka," katanya.

Sering terjadi, kata Trump, individu yang memiliki pakej yang baik -- otak yang bergeliga dan penuh bersemangat -- tapi oleh kerana tidak memiliki peralatan baik yang sepatutnya dimiliki pekerja yang baik, dan strategi, dia akan mengalah kepada cabaran.

"Ini satu kelemahan besar kerana pengecut tidak akan berjaya.

"Anda perlu ingat bahawa biar apa pun terjadi, anda tidak boleh mengaku kalah. Ketika saya hendak memulakan The Apprentice, saya diberitahu bahawa siri televisyen seperti itu tidak akan mendapat sambutan pada waktu puncak di Amerika. Tapi, ia telah menjadi program nombor satu dan disiarkan di banyak negara.

"Apabila program itu mencapai kejayaan, ejen saya meminta komisyennya dan saya suruhnya berambus dengan berkata "Jim, awak diberhentikan kerja." Kita tak boleh mengaku kalah. Saya tak mengaku kalah apabila ejen saya memberitahu demikian kepada saya dan program itu kemudiannya berjaya kerana saya tumpukan segala kesungguhan saya terhadapnya."

Trump berkata beliau bukannya "Maharaja Midas" yang mampu menukar semua benda menjadi emas hanya dengan menyentuhnya. Jadi, disiplin, fokus dan keyakinan diri merupakan faktor yang sangat penting dalam setiap tindakan yang diambil.

"Tumpukan fokus anda, ini sangat penting. Apabila pasaran ranap, ramai juga kawan saya yang terjejas akibatnya. Malah, sesetengah mereka menjadi muflis, tapi saya tak begitu. Saya berusaha lebih keras daripada sebelumnya dan saya betul-betul fokus.

"Bagaimanapun, kemampuan anda untuk terus fokus akan sia-sia sahaja jika tidak diiringi dengan sikap berdisiplin. Tetapi, perkara paling penting ialah kemampuan anda untuk bekerja dalam keadaan tertekan."

Beliau juga berkata sesetengah manusia yang paling hebat dan gembira di dunia ini sebenarnya tidak memiliki sebarang empayar, tapi bekerja untuk manusia yang hebat.

"Sesetengah orang tidak dilahirkan bersama bakat untuk menjadi usahawan yang hebat, tetapi ini bukannya halangan untuk berjaya dalam hidup," kata beliau.

Trump, yang menduduki tangga ke-368 dalam senarai bilionair Dunia Forbes pada 2008 dengan kekayaan bernilai AS$3 bilion, juga mengejutkan peserta YES 2009 dengan nasihatnya secara berterus terang.

"Ada satu perkara yang sering saya katakan, tapi orang tidak begitu menyukainya. Kalau orang hentam awak, awak hentamnya balik dan jangan sekali-kali biarkan dia terlepas dengan begitu saja. Kehidupan ini memang penuh dengan kejahatan," katanya yang disambut dengan tepukan bergemuruh daripada hadirin.

Semasa sesi soal jawab, Trump yang terkenal sebagai pembuat keputusan yang tegas dan kadangkala dianggap kejam, berkata beliau akan hanya memberi peluang kedua kepada seseorang jika kesilapan yang dilakukannya itu bukan disengajakan dan orang berkenaan sanggup mengaku kesilapannya serta bekerja keras bagi menebusnya.

"Saya percaya kita boleh beri peluang kedua kepada seseorang dengan beberapa syarat, tapi bukan kepada seseorang yang menipu kita.

"Di dunia ini, hakikatnya ialah manusia tidak akan banyak berubah. Kalau dia tidak setia kepada anda sekarang, dia juga tidak akan setia pada masa akan datang," katanya.
-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm....php?id=455969
SMART LIVING BY HANA

Tak Pasti Appliances Mana Sesuai?

Beritahu Hana keperluan rumah, ruang dan bajet anda. Hana bantu cadangkan pilihan LG Subscribe yang sesuai untuk anda.

WHATSAPP HANA →

Semakan produk, harga dan promo tertakluk kepada kelayakan serta terma & syarat semasa.