Do something you love

Just go through with the flow, apa nak jadi-jadilah. Sampaikan kita tak terasa betapa indahnya hidup ini sebenarnya. Tiada passion. Kerja semata-mata untuk dapatkan duit. Ya, Hana tahu untuk kerja dan dapatkan duit dengan melakukan perkara yang kita suka adalah sukar.
Sejujurnya, pada usia 27 tahun, dah bermacam-macam kerja yang Hana buat semenjak habis sekolah lagi. Keinginan nak cari duit sendiri, beli barang menggunakan duit sendiri itu ada semenjak dari bangku sekolah.
Habis sahaja SPM, Hana dah mula cari kerja part time sementara menunggu keputusan keluar. Pernah bekerja di kedai makan, jadi waiter, jadi pembantu tukang masak, dan macam-macam lagi lah.
Selain itu, Hana pernah kerja di kedai buku di satu shopping mall yang amat popular masa itu. Kedai itu menjual buku dan barangan Islamik. Waktu itu baru mula belajar keluar berdikari untuk cari duit sendiri. Mula kerja awal pagi, habis malam, 6 hari seminggu.
Waktu tu, disebabkan rasa cinta yang mendalam terhadap buku membuatkan hati Hana seronok sangat bekerja sampai tak terasa penat kerja 12 jam setiap hari. Pelbagai pengalaman Hana kutip di sana, cara-cara menguruskan cashflow, pengurusan kedai dan sebagainya.
"Find something you love to do and you will never work another day in your life."
Habis 2 tahun di matrikulasi, Hana bekerja pula di dalam bidang sales untuk Astro. Bagi Hana, ini adalah kemuncak Hana belajar betul-betul tentang Marketing. Belajar cara bercakap dengan customer, how to convince them to buy, menebalkan muka untuk attract customer sebab kalau malu-malu nak bercakap, memang payahlah nak closed sales kan. Dari bekerja di dalam booth shopping mall, booth depan bank, pasar malam, sampailah bergerak dari rumah ke rumah, semuanya Hana dah pernah rasa.
Kemudian Hana sambung belajar di UiTM Puncak Alam dalam bidang Fisioterapi. Walaupun Allah permudahkan urusan kewangan Hana di sana sebab dapat tajaan JPA, Hana tetap bekerja untuk menambah pengalaman. Dah semestinya setiap pekerjaan yang Hana cari adalah untuk mencari pengalaman untuk membuka perniagaan nanti.
Waktu di UiTM, Hana bekerja dekat koperasi di dalam UiTM itu. Koperasi itu diuruskan sepenuhnya oleh students UiTM, itu yang membuatkan Hana sangat kagum dengan mereka yang mampu berniaga sambil belajar.
Di tahun terakhir, Hana bekerja sebagai admin di bawah satu company bumiputera, di mana ownernya adalah anak didik Dr Azizan Osman. Beliau yang banyak memberikan Hana semangat untuk berniaga selepas tamat pelajaran. Secara tak langsung, banyak ilmu yang Hana kutip dari beliau sepanjang Hana bekerja di sana.
Untuk Hana kekal tekad untuk terus berniaga selepas habis belajar ini bukan mudah. Belajar dalam bidang fisioterapi, end up buat business yang jauh menyimpang dari bidang, pasti pelbagai tentangan yang harus di hadapi.
Tapi sebenarnya, hidup kita, kita yang decide sendiri. Hidup kita, kita yang laluinya. Kita boleh minta pendapat orang lain sebelum buat keputusan, tapi yang buat keputusan adalah kita.
Start your day full of excitement about going to do more of it if you want to live a fulfilling life. Do what your heart says you were meant to do and the money will eventually follow.

Pada awalnya rasa sedih dan kecewa sebab tak dapat bergelar fisioterapi sepenuhnya, tapi kemudian Hana mula sedar. Bukankah ini jalan yang Hana inginkan sejak dari zaman sekolah?
Bekerja sendiri, bebas mengawal waktu bekerja sendiri, bebas untuk ada masa bersama keluarga tanpa halangan dari pelbagai pihak, dan semua ini cuma akan dapat dengan berniaga sahaja. Ini lah yang Hana minat dan suka buat sejak dulu lagi.
A 'job' can be an interim way to pay the bills while you are chasing your passion. A 'job' is something a person does when they'd rather be doing something else.
Di sebabkan itu lah, Hana akan buat section khas dalam blog ini mengenai medical, fisioterapi, exercise dan sebagainya supaya Hana dapat berkongsi dengan kalian semua ilmu yang Hana dapat sewaktu belajar dahulu.