LG SUBSCRIBE

LG Appliances Dengan
Bayaran Bulanan

Tak perlu keluarkan modal besar sekaligus. Pilih appliances LG yang sesuai untuk rumah anda dan nikmati kemudahan melalui pelan langganan bulanan, tertakluk kepada kelayakan dan terma yang ditetapkan.
🏠

Pelbagai Pilihan

Aircond, peti sejuk, mesin basuh, TV dan banyak lagi.

💳

Bayaran Bulanan

Urus pembelian appliances dengan komitmen secara bulanan.

🛠️

Care & Maintenance

Servis dan warranty mengikut produk serta pelan yang dipilih.

📱

Mudah Diurus

Urus maklumat subscription dan servis dengan lebih mudah.

TANYA HANA →
Hana - LG Subscribe Manager
Why Smart Living by Hana?

Hi, saya Hana, LG Subscribe Manager.

Saya bantu anda pilih appliances LG yang sesuai dengan keperluan rumah dan bajet — daripada pemilihan produk hingga pilihan pelan LG Subscribe.

🏠 Panduan Praktikal Tips mudah untuk bantu anda buat pilihan.
📐 Ikut Keperluan Pilihan berdasarkan ruang dan gaya hidup.
💰 Ikut Bajet Kenali pilihan produk dan bayaran yang tersedia.
💬 Boleh Tanya Hana Tak pasti nak pilih yang mana? Tanya Hana.
TANYA HANA →

UITM PUNCAK ALAM



Kehidupan baru. Agak menarik walaupun tempatnya jauh di pendalaman. Rasa macam universiti ini sahaja bangunan paling maju yang dikelilingi dengan hutan. Masa mula-mula datang, tengok kawasan tempat ni...hati cakap.. “adoi..ceruk maner tempat aku nak belajar neh..4 taun pulak tu..maju lagi tempat kat matrik Londang”.

Apa-apa pun, hati mula redha lepas tengok kawasan dalam universiti ini, kemudahan yang ada sangat laaaa selesa. Tempat baru la katakan. Semua barang pun baru lagi la. Rumah apartment ada 4 bilik, 1 bilik 2 orang. Itu yang paling best, privacy itu penting okay. Haha. Setakat ini, kemudahan yang ada memang tip top! Puas hati! Bangunan pun cantik, warna kegemaran pulak tu, purple! Lagi bersemangat nak belajar! :) 
MY ROOM 
VIEW DARI BILIK..KAMPUS (fakulti sains kesihatan)
APARTMENT/HOSTEL (kolej rafflesia)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Disebabkan post ini menduduki high ranking dalam blog, Ana akan update lebih mengenai UITM PUNCAK ALAM. Mungkin yang singgah melihat post ini sebab nak tahu lebih lanjut mengenai UITM PUNCAK ALAM (PALAM). Secara ringkasnya, PALAM terletak berhampiran dengan Shah Alam (20-30 min) dan juga ke Klang.  Pengangkutan insya-Allah sangat mudah didapati di sini. Bas Rapid sejam sekali kalau tak silap untuk membawa pelajar ke luar seperti ke Shah Alam. Bagi yang nak pulang ke kampung, bas Rapid akan singgah di Klang Sentral dan juga di Seksyen 2. Dekat Seksyen 2 boleh ambil pertukaran bas sekiranya ingin ke KL Sentral. Ok?

Seterusnya, kos sara hidup di sini, rasanya terpulang pada cara hidup pelajar itu sendiri. Sekiranya mereka itu jenis yang suka makan mewah, belanja dan beli barang-barang mahal, sudah tentu kos sara hidup sangat tinggi. Kalau nak ikutkan cara Ana hidup di sini, belanja kasar untuk makan RM5 sekali makan (lengkap dengan ayam,sayur dan air) bergantung pada tempat anda makan lah. Dan Ana hanya makan sekali sehari, jadi boleh jimat disitu. Kalau nak beli barang, bagi yang tinggal di dalam, dekat Cafe Rafflesia/Angsana ada sediakan 1 kedai serbaneka yang lengkap dengan peralatan harian. Boleh beli di situ. Kalau rasa nak beli di luar, yang terdekat adalah Econsave, Giant berhampiran dengan Klang Sentral dan juga Tesco Setia Alam. Bagi yang nak enjoy tengok wayang dan sebagainya, yang terdekat adalah Jaya Jusco Bukit Raya. *Okay, sekarang (2014) dah bertambah maju, Puncak Alam dah ada Tesco, setia Alam City Mall lagi best kalau nak enjoy tengok wayang. Haha. Lagi dekat*

Sekarang ini, Ana dah duduk di rumah sewa. Bagi student degree, agak susah nak tinggal di dalam sebab keutamaan diberikan kepada student Asasi dan juga diploma. Untuk cari rumah sewa dekat sini, insya-Allah, sangat mudah. Paling mahal sewa yang Ana pernah dengar hanya RM150 setiap orang di rumah yang fully furnished. Kena pandai cari rumah sewa yang murah lah. Sekarang Ana menyewa dengan kawan-kawan dekat rumah teres 2 tingkat fully furnished yang berharga RM750. Kami seramai 7 orang, jadi sewa rumah hanya RM100++. Ada lagi kawan-kawan yang dapat sewa murah dari kami. Transport? Kalau nak senang, better ada transport sendiri lah. Motor atau kereta. 1 rumah ada 1 kereta pun dah cukup. Sama-sama share duit minyak, kan jimat? Kalau tak pun, Bas Rapid ada. Tambang hanya RM1 sahaja. 

Ana selesa tinggal dan study di sini. Tempatnya AMAN. Mesti ramai yang dengar tempat ini terletak ceruk di pendalaman kan? Bagi Ana, takdelah ceruk mana. Kemudahan yang disediakan sangat tiptop! Universiti baru kan, semua baru lagi. Sangat selesa dan tak serabut nak belajar. Kalau kita tengok UiTM Shah Alam, tempatnya sangat pack dengan orang lagi-lagi terletak di tengah bandar. Kalau Ana lah tinggal dekat situ, sangat serabut! Setakat ini, itu sahaja yang Ana terfikir nak update. Kalau ada apa-apa soalan nak tahu, boleh tinggalkan di ruang komen. Insya-Allah, pasti berjawab. ^_^
SMART LIVING BY HANA

Masih Tak Pasti Nak Pilih Yang Mana?

Setiap rumah ada keperluan yang berbeza. Ceritakan ruang, bilangan ahli keluarga dan keperluan anda — Hana bantu tengok pilihan appliances yang sesuai.

WHATSAPP HANA →