SMART LIVING BY HANA

Smart Living
Made Simple.

Tips, inspirasi & pilihan appliances untuk rumah yang lebih selesa — termasuk LG Subscribe dengan bayaran bulanan.

LG SUBSCRIBE

LG Appliances Dengan
Bayaran Bulanan

Tak perlu keluarkan modal besar sekaligus. Pilih appliances LG yang sesuai untuk rumah anda dan nikmati kemudahan melalui pelan langganan bulanan, tertakluk kepada kelayakan dan terma yang ditetapkan.
OHSEM YEAR END PROMO
Promo LG Subscribe — 1 October hingga 31 December 2026
Double Match Year End • Up to RM20 OFF/month • Promo October • Selected combo deals may include a FREE 65" UHD 4K AI TV*
๐Ÿ 

Pelbagai Pilihan

Aircond, peti sejuk, mesin basuh, TV, purifier dan banyak lagi.

๐Ÿ’ณ

Bayaran Bulanan

Dapatkan appliances dengan komitmen bayaran secara bulanan.

๐Ÿ› ️

Care & Maintenance

Servis dan warranty mengikut produk serta pelan yang dipilih.

๐Ÿ“ฑ

Mudah Diurus

Urus subscription dan dapatkan bantuan dengan lebih mudah.

*Tawaran, harga, kelayakan dan hadiah tertakluk kepada produk, pelan, terma & syarat serta promosi semasa.
Hana - LG Subscribe Manager
ABOUT HANA

Hi, saya Hana, LG Subscribe Manager.

Saya bantu anda pilih appliances LG yang sesuai dengan keperluan rumah, ruang dan bajet — daripada pemilihan produk hingga pilihan pelan LG Subscribe.

๐Ÿ  Panduan Praktikal Tips dan panduan untuk bantu anda buat pilihan dengan lebih yakin.
๐Ÿ“ Ikut Keperluan Pilihan berdasarkan ruang, keperluan rumah dan gaya hidup.
๐Ÿ’ฐ Ikut Bajet Kenali pilihan produk dan bayaran bulanan yang tersedia.
๐Ÿ’ฌ Boleh Tanya Hana Tak pasti nak pilih yang mana? Terus tanya Hana.
WHATSAPP HANA →

Tips pelajar cemerlang




KUALA LUMPUR 19 Dis. - Solat hajat menjadi kunci kejayaan seorang pelajar cemerlang dari Sekolah Menengah Sains (SMS) Selangor apabila berjaya memperoleh semua A dalam lapan subjek yang diambilnya pada Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 lalu.

Nur Fitri Haziqah Mohd. Yusof berkata, amalan solat hajat menjadi aktivitinya setiap malam lebih-lebih lagi apabila menghampiri musim peperiksaan malah turut disertai ibu bapanya.

Selain itu katanya, amalan memohon maaf antara satu sama lain turut menjadi penyumbang kejayaannya kerana dikatakan mampu melapangkan fikiran ketika menduduki peperiksaan.

"Tidak dinafikan, saya juga berjumpa setiap guru di sekolah ini semata-mata untuk memohon maaf bagi memperoleh keberkatan ilmu yang mereka ajar selain meminta keampunan daripada ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.

"Malah saya turut mengamalkan beberapa amalan sunat lain seperti membaca doa penerang hati dan ayat Kursi sebelum masuk ke dewan peperiksaan untuk mendapat keredhaan dan ketenangan ketika menjawab soalan," katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan PMR di sekolahnya di sini hari ini.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ana kongsikan artikel ni, supaya kita boleh sama-sama ambil apa-apa sahaja perkara yang kita boleh contohi. Apa guna ilmu kalau tidak diamalkan dan dikongsikan bersama kan? Sebenarnya, ada program solat hajat di tempat Ana semalam sempena menghampiri final exam bagi kami pelajar degree ini. Ustaz itu berkongsi tentang artikel akhbar ni, semasa sesi tazkirah sementara nak tunggu isyak. Banyak yang Ana fikir lepas dengar perkongsian artikel ini, dan ya, saya hormat pelajar cemerlang ini. Tahniah buat beliau.

Ramai orang yang buat solat hajat, itu pun mungkin sekali dua jer sebelum exam, mungkin seminggu sebelum exam atau mungkin sehari sebelum exam. Tapi pelajar ini luar biasa, dia buat solat hajat SETIAP MALAM dan apabila menghampiri peperiksaaan, dia DOUBLEKAN lagi jumlah solat hajat yang dia selalu buat tadi. Solat hajat itu juga disertai oleh ibu bapa beliau. Hebat kan? Doa ibu bapa itu telah dikatakan antara doa yang paling mustajab. Kalau ibu bapa kita juga buat solat hajat untuk kita, insya-Allah, urusan kita dipermudahkan. Lepas ni, pakat ramai-ramai, ajak mak ayah buat solat hajat untuk kita sekali, minta mak ayah doa yang baik-baik untuk kita.



Tak ramai yang buat macam tuh, tak ramai yang minta pada Allah dengan bersungguh-sungguh, ramai yang hanya minta sekadar cukup syarat jer. Bak kata ustaz, “Kita kena kreatif dalam meminta kepada Allah. Jangan minta apa yang orang dah biasa minta. Jangan minta perkara yang terlalu umum. Mintalah betul-betul apa yang kita nak. Kalau rasa tak mampu dapat 3.5 sekali pun, kita kena minta dapat 4.0. Mana tau ada rezeki, Allah makbulkan doa kita.” Tapi, masa usrah tadi, lecturer Ana ada cakap,  belajar cerminkan diri sebelum berdoa dan meminta pada Allah. “Tak kena kalau kita minta macam-macam pada Allah, nak itu, nak ini, tapi apa yangAllah suruh tinggalkan, kita buat. Apa yang Allah perintahkan buat, kita tinggalkan. Jadi, cermin dulu diri sebelum berdoa. Layakkah kita minta macam-macam pada Allah?” Pendek cerita, kita boleh meminta dan berdoa dari Allah apa sahaja yang kita nak, tapi pastikan diri kita layak untuk meminta.

Meminta maaf dan memaafkan, semua orang tahu bila kita buat dua perkara ini, hati kita akan lapang dan tenang. Dapat jauhkan diri kita dari sifat benci membenci dan dendam yang boleh hitamkan hati kita. Tapi ramai tak yang buat setiap malam sebelum tidur? Ngantuk-ngantuk, booommmm! Terus tidur. Benda yang nampak kecil dan remeh ini, sebenarnya kesan dia sangat besarrrrr! Tak percaya? Try.  Ana tengah didik diri Ana untuk jadikan kebiasaan memaafkan segala kesalahan orang dan meminta maaf. Kadang-kadang, ada yang terasa dengan kita tanpa kita sedar. Makanya, jadikan meminta maaf itu kebiasaan kita. Tak mati pun minta maaf selalu.

Kalau buat semua tu sungguh-sungguh, tapi buku tak baca, tak jadi jugak. :p

Sebelum menutup tirai, mari kita recheck balik tips pelajar cemerlang:

1.       Solat hajat setiap malam
2.       Solat hajat disertai ibu bapa sekali
3.       Minta maaf dan memaafkan dengan semua orang
4.       Jumpa guru dan pensyarah untuk memohon maaf dan minta keberkatan ilmu
5.       Baca doa terang hati & ayat kursi (Ustaz kata, kalau tak tau doa terang hati, boleh baca surah Al-Insyirah.)

3 tips tambahan dari ustaz:
1.       Ambil wudhuk sebelum belajar, pastikan diri dalam keadaan yang suci
2.       Belajar menghadap kiblat
3.       Pakai wangi-wangian sebab boleh merangsang otak untuk aktif. (tak payah over sangat nak spray 1 badan pulak.)

Selamat maju jaya kepada semua yang bakal menghadapi peperiksaan akhir macam Ana. :D

(p/s: Apa guna percakapan, jika tidak selari dengan perbuatan. Apa guna ilmu, jika tidak diamalkan. Belajarlah untuk istiqamah dalam perbuatan, dan belajarlah untuk berkongsi ilmu. )


SMART LIVING BY HANA

Tak Pasti Appliances Mana Sesuai?

Beritahu Hana keperluan rumah, ruang dan bajet anda. Hana bantu cadangkan pilihan LG Subscribe yang sesuai untuk anda.

WHATSAPP HANA →

Semakan produk, harga dan promo tertakluk kepada kelayakan serta terma & syarat semasa.