Sejak 4 tahun yang
lepas, bila ayah kena strok, Ana selalu perhatikan ragam orang yang datang melawat
pesakit di hospital. Sebelum ni tak pernah nak ambil kisah pun, tapi sejak mula
practical di hospital, Ana mula ambil kisah sikap pelawat/saudara/ahli
keluarga/kawan-kawan yang datang melawat. Secara tak langsung, sikap mereka
akan beri kesan kepada tahap pemulihan para pesakit.
Memang bagus datang
menziarahi pesakit, tak salah langsung, tapi sebagai pelawat yang datang
melawat kenalah tahu etika/adab semasa melawat. Tujuan kita melawat mesti nak
tengok pesakit itu cepat sembuh dan bukannya bertambah sakit kan? Itu lah
gunanya adab melawat pesakit. Adab-adab ini tak semestinya kena ajar dekat
rumah, dekat sekolah, tapi adab-adab ini boleh difikir menggunakan akal anda
yang bijaksana. Gunakan logical thinking. Patut atau tak patut segala kelakuan
dan sikap anda semasa melawat.
Menziarahi orang
sakit itu merupakan salah satu hak seorang muslim ke atas muslim yang lain. Terdapat
banyak hadis yang menyebutkan tentang anjuran dan kelebihan menziarahi orang
sakit, antaranya sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:-
“Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau
menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru
kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah
tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”.
(Hadits riwayat
at-Tirmidzi)
Apa adab-abad
yang perlu ditekankan semasa melawat pesakit di hospital?
1.
Jangan pakai minyak wangi yang berlebihan
ataupun sebarang bau yang menusuk hidung tak kira wangi atau busuk. Bukan pesakit
jer pening kepala, orang yang sihat pun boleh pening kalau bau. Bersederhanalah.
2. Kalau nak bawa buah tangan/makanan semasa
melawat memang lah bagus, tapi pastikan makanan yang dibawa tu pesakit boleh
makan, bukan tengok jer. Selalunya, makanan yang dibawa oleh pelawat, bukan
dimakan oleh pesakit, tapi oleh orang lain. Kan dah kecik hati pesakit sebab
tak dapat makan? #Think
3. Selalunya, waktu melawat adalah waktu pesakit
makan, waktu lunch dan dinner mereka. Kalau pun pesakit tu tak lalu nak makan,
takde selera nak makan, janganlah orang yang melawat ni tolong habiskan makanan
mereka. Kan ke tak sopan macam tu?
4.
Selalunya kerusi yang disediakan hanya ada 1
atau 2 dan orang yang datang melawat tu ramai. Kan lagi elok jika berdiri jer
kalau takde kerusi yang mencukupi. Lagipun datang melawat bukan sampai
berjam-jam, sekejap jer kan. Janganlah duduk di katil pesakit, nanti akan
menyebabkan pesakit berasa tidak selesa dan sempit. Ada yang lebih teruk, boleh
pergi duduk dekat katil pesakit sebelah. Aduhai. Kesian pesakit tu.
5.
Tak salah nak datang melawat sampai bawa 1
family, kadang-kadang tu ada yang lebih dari 10 orang. Sepatutnya, orang yang
datang melawat tak lebih dari 4 orang dalam 1 masa. Bergilir-gilir masuk
melawat jika ramai kan lagi elok. Kena ingat, pesakit nak rehat, bukan nak melayan kita berborak.
6.
Bercakap dengan sederhana, tidak terlalu
perlahan atau terlalu kuat. Tapi janganlah bercakap kuat, sampai berborak macam
nak bagi 1 wad dengar apa yang diborakkan. Hormati pesakit lain yang sedang
berehat. Kadang-kadang, ada pesakit yang tak dapat nak tidur sebab suasana
pelawat yang terlalu bising.
7.
Jangan lawat pesakit terlalu lama, ingat balik
niat asal datang melawat. Tujuan melawat adalah untuk melihat keadaannya dan
bertanya khabar selain mendoakan agar pesakit segera sembuh kan? Tak perlu
ambil masa yang terlalu lama, lebih-lebih lagi jika melihat keadaan pesakit
yang lemah dan memerlukan rehat.
8.
Point paling penting, hormati doctor, jururawat,
staff-staff, PHYSIOTHERAPY, dan lain-lain jika mereka sedang melakukan sesuatu
atau sedang merawat. Tinggalkan pesakit buat sementara waktu melainkan staff
memerlukan bantuan anda. Jangan ganggu tugasan yang mereka sedang lakukan.
9.
Penggunaan handphone juga termasuk dalam salah
satu adap. Adalah tidak sopan jika handphone anda dok berbunyi tak
berhenti-henti. Kalau nak message tak berhenti-henti pun, pleaselah, silentkan handphone
anda. Lagi-lagi dalam ICU/CCU, penggunaan handphhone memang tak dibenarkan di
dalam kawasan tersebut. Ni ada pulak yang boleh jawab telefon dalam tu. Tolong hormati
peraturan yang disediakan. Takde peraturan yang dibuat tanpa sebab. Ingat tu.
10. Masa melawat tu, cakaplah perkara yang baik-baik, doakan perkara yang baik-baik sahaja. Walaupun pesakit tu dah tenat dan takde harapan nak hidup lagi, berilah kata-kata semangat kepada mereka supaya mereka kekal positive dan bersemangat. Contohnya, “Sabarlah sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga, seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak”.
Hukum menziarahi
orang sakit adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat dituntut.
Menziarahi orang sakit tidak hanya terbatas kepada sahabat atau jiran tetangga
yang sakit sahaja, bahkan disunatkan juga menziarahi saudara Islam yang tidak
dikenali walaupun musuh atau orang yang pernah menyakiti kita.
Jadi, tolonglah
jaga adab ketika melawat pesakit. Adab-adab itu mencerminkan akhlak dan
peribadi diri anda. Islam dah ajar cara beradab, jadikan ianya 1 pegangan diri.
Tak susah pun nak jaga adab kan? Letakkan diri korang dekat tempat pesakit, dan
cuba fikir, korang suka ke kalau orang yang datang melawat tu bersikap dan
berkelakuan seperti orang yang takde adab? Fikirkan dan selamat beramal.
0 comments:
Post a Comment