AD (728x60)

Friday, January 8, 2016

Bagaimana untuk membina database customer?

Share & Comment

Database pelanggan amatlah penting untuk anda membina bisnes internet bagi jangka masa yang panjang. Ramai pakar dan usahawan internet yang sukses menyarankan agar kita mempunyai database pelanggan supaya mudah untuk kita melakukan follow up sekiranya ada jualan yang mahu dilakukan.

Database yang paling popular yang di bina oleh ramai usahawan internet yang berjaya ialah senarai emel pelanggan. Kenapa database dalam bentuk mailing list ini seperti guni emas buat bisnes online anda?

Pertama, dengan banyaknya mailing list, maka peluang untuk anda mendapat banyak pelanggan akan lebih meningkat.

Kedua, anda boleh terus berhubung dengan mereka secara mudah dengan serentak memandangkan teknologi email broadcast boleh membantu anda untuk melakukannya.

Ketiga, anda terus menerus boleh membina hubungan yang baik dengan mereka iaitu dengan menghantarkan tips percuma melalui emel, menghantar makluman promosi,diskaun dan sebagainya.

Persoalannya, adakah sukar untuk membina database pelanggan dalam bentuk mailing list ini? Usah bimbang, dalam artikel kali ini saya akan berkongsi dengan anda langkah demi langkah bagaimana untuk membina database mailing list untuk bisnes anda.

Tips dan cara ini di kongsikan oleh mereka yang sudah berpengalaman dalam membina mailing list dengan cepat dan berkesan. Mahu tahu macam mana cara untuk mendapatkan 1,000 mailing list dalam tempoh kurang 30 hari? Jom lihat langdah demi langkah ini:




Langkah 1 : Mencari Idea ( tempoh 1-2 hari)

Pada hari pertama atau kedua, ambil masa anda untuk mencari idea bagi membina mailing list anda. Untuk peringkat awal, anda harus memilih dan membuat keputusan terlebih dahulu bahawa dalam 1 database mailing list hanya ada 1 niche sahaja. Sebagai contoh, jika anda mahu membina mailing list tentang pemasaran internet, maka mailing list ini nanti akan di gunakan untuk mempromosikan hal-hal atau produk yang berkaitan dengan niche pemasaran dan perniagaan internet sahaja.

Jika anda mahu mempromosikan produk berkaitan dengan kesihatan dan kecantikan, maka anda perlu membina database mailing list yang kedua. Usah campur adukkan niche produk yang bakal di promosi untuk database yang sama, ini akan membuatkan anda kelihatan tidak professional.

Jadi, paling mudah, tanya diri anda sendiri terlebih dahulu. Niche apa yang memang anda suka untuk promosikan di internet? Jika anda mahu melihat beberapa contoh niche yang mempunaia banyak permintaan di pasaran, anda bolehlah membaca artikel ini:

dan


Tips paling penting di sini buat anda ialah, fokus untuk membina mailing list untuk 1 jenis niche dalam satu-satu masa. Memang ada ramai otai yang sukses di luar sana mempunyai banyak kumpulan niche dalam database mereka, mailing list untuk niche bisnes, untuk niche games, kesihatan dan lain-lain.

Ya, anda boleh ikut cara mereka namun percayalah mereka mungkin mampu melakukannya kerana mereka sudah take action sejak beberapa tahun yang lalu dan mereka juga sudah punya team sendiri untuk buat macam-macam kerja buat mereka.

Tapi, jika anda masih lagi baru mahu bermula, baru untuk belajar tentang mailing list, saranan saya fokus untuk membina mailing list untuk niche pertama dahulu. Sudah ada sekitar 2,000 hingga 5,000 atau 10,000 dan selepas itu anda mahu membina mailing untuk niche ke-2, maka silakanlah. Fokus amat penting untuk anda sukses!

Langkah 2 : Menulis Free Report ( tempoh 1-2 hari)

Baiklah, anda sudah punya niche pilihan anda sendiri bukan? Saya bagi contoh buat anda. Katakanlah dalam projek pertama kita, kita mahu membina mailing list untuk niche kesihatan dan kecantikan. Akan datang, kita boleh promosikan produk berkaitan dengan penjagaan jerawat, jeragat, mungkin juga produk tentang kawalan berat badan kepada mailing list kita.

Maka di sini, kita perlu menyediakan free report yang berkaitan dengan niche kita ini buat mereka supaya sebagai tukaran, mereka akan menyerahkan emel mereka kepada kita dengan rela hati.

Jadi, bagaimana untuk sediakan free report? Free report ini biasanya kita sediakan sekitar 10 hingga 15 mukasurat, tidak perlu terlalu banyak sebenarnya. Ada sesetengah free report cukup sekadar 5 hingga 6 muka surat sudah OK. Biasanya kita buat free report ini dalam bentuk file PDF.

Macam mana pula untuk sediakan free report ini? Senang sahaja,anda boleh buat sendiri atau upah orang lain buatkan buat anda. Anda perlu tulis dalam word dan save ke dalam pdf, anda boleh install perisian primo pdf untuk tukarkan file anda ke bentuk PDF.

Free report ini anda boleh siapkan dalam tempoh 2 hari anda, tidak perlu terlalu tebal seperti ebook, cukup sekadar tips dan panduan ringkas buat subscriber.

Langkah 3 : Membina Squeeze Page (tempoh 3-5 hari)

Contoh Squeeze Page

Squeeze page merupakan laman web khusus yang di design untuk anda mengutip mailing list. Biasanya ia tidak terlalu rumit dengan pelbagai teks. Ia mengandungi tajuk utama, point utama yang ada dalam list free report, design ecover free report dan juga borang sign up.

Anda boleh mendapatkan template squeeze page dari mana-mana laman web secara percuma (gunakan google), tetapi jika anda mahu design yang unik, anda boleh dapatkan servis dari website ini:


Biasanya, anda perlu mengupload squeeze page anda ke webhosting anda sendiri. Maka di sini, anda memerlukan web hosting dan domain anda sendiri. Anda boleh dapatkan pakej web hosting beserta domain name dari pakej sempoihosting jika anda mahu.

Sekiranya squeeze page sudah siap, anda bolehlah melangkah ke step yang ke seterusnya.

Langkah 4 : Mendapatkan Autoresponder (tempoh 1-2 hari)

Mendaftar Autoresponder cukup mudah untuk anda lakukan. Anda hanya perlu pilih dari mana-mana website yang menyediakan service ini buat anda. Ada 3 service autoresponder yang amat di sarankan oleh ramai otai kita supaya anda dapat menggunakan tools ini dengan sempurna.

Tiga pilihan utama ialah:

Apa beza antara ketiga-tiga service ini? Tidak jauh beza, cuma dari segi harga mungkin ada sedikit perbezaan. Untuk servis dari Aweber, untuk 30 hari pertama, anda hanya perlu membayar sekitar USD 1 sahaja dan untuk servis dari Getresponse, anda tidak perlu membayar apa-apa kos untuk 30 hari yang pertama. Ini bermaksud, jika dalam tempoh 30 hari pertama anda dapat kutip 1,000 mailing list dan menjual produk, insyaAllah wang itu nanti boleh di jadikan modal untuk membuat bayaran anda kepada pihak autoresponder untuk bulan ke-2.

Manakala, bagi Mailchimp pula, anda boleh gunakan ia secara percuma selagi list anda tidak mencapai 2,000 alamat email. Namun begitu, untuk versi percuma, anda tidak boleh menggunakan fungsi autoresponder yang ada pada mailchimp. Jika anda mahu mengaktifkan fungsi autoresponder (yang mana, ia amat diperlukan untuk membolehkan anda menghantar laporan percuma kepada subscriber secara automatik), anda perlu upgrade ke plan berbayar.

Mengikut pengalaman saya, mailing list yang mempunyai sekitar 300 hingga 500 juga sudah mampu untuk menjana wang, apalagi jika mailing list anda mencecah sehingga 1,000.

Untuk menggunakan autoresponder diatas, anda boleh rujuk kepada tutorial yang ada di sediakan oleh pihak mereka. Mungkin pada peringkat awal, anda mungkin melalui tempoh “pening-pening lalat” untuk memahami setiap fungsi dan bahagian yang ada. Namun lama kelamaan anda akan dapati bahawa autoresponder system ini mudah di uruskan dan seronok untuk anda gunakan bagi melakukan promosi melalui emel.

Jika anda masih bingung dan tidak tahu untuk meletakkan borang sign up ke squeeze page anda, anda boleh mendapatkan servis ini di laman forum atau daripada seller yang memberi servis design kepada anda. Biasanya servis ini di sediakan dalam satu pakej bersama-sama dengan designing.

Jadi, saya merumuskan sekitar 7-8 hari, anda sudah mempunyai free report,web hosting dan domain name serta sqeeze page anda beserta dengan autoresponder. Ini adalah tempoh waktu yang paling minima yang anda boleh sediakan dan ia bergantung kepada dengan servis dari pihak mana yang anda ambil. Bisanya semua servis yang saya senaraikan websitenya di atas tadi, mereka memberikan respond dan maklumbalas sekitar 24 jam dan akaun anda tersedia sekitar 48 jam paling lambat (web hosting + autoresponder servis).



Langkah 5 : Test, test, test!

Amat penting untuk anda membuat ujian demi ujian kepada squeeze page anda dan juga system autoresponder. Caranya?
Anda perlu cuba untuk sign up sebagai pelawat. Lihat sekiranya anda menerima maklum balas dari sistem autoresponder anda. Cuba juga untuk menghantar emel baru kepada “list” melalui autoresponder system. Jika semuanya berjalan dengan baik, maka anda boleh terus mempromosi squeeze page anda.

Langkah 6 : Bina Fanpage

Bina fanpage khusus untuk squeeze page anda. Jika squeeze page anda berbunyi “Tips Hilang Jerawat”, maka fanpage anda juga perlu mempunyai tajuk yang lebih kurang sama. Ini kerana fan page ini akan bertindak untuk menjadi “ ejen” promosi bagi free report anda.

Pastikan header fanpage, profile dan sebagainya di lengkapi dengan sempurna.

Lakukan posting pertama anda dengan membuat tawaran berkaitan dengan free report anda.

Langkah 7 : Promosikan Posting Melalui FB Ads

Ini memang cara yang amat menakjubkan untuk anda mengumpul mailing anda. Tahukah anda, ada seorang usahawan internet yang mampu mengutip sekitar 1,000 list sehari dengan hanya menggunakan teknik promosi melalui facebook ads sahaja? Biar betul. Hebat kan? Teknik di gunakan hanyalah dengan mempromosikan posting yang di post di fanpage itu tadi (yang sudah anda create di langkah ke 6)

Adakah ianya tidak masuk akal?

Sebenarnya semua orang tahu bahawa facebook ads ibarat sebuah senapang yang cukup berkuasa untuk anda guna jika mahu pergi memburu. Jika anda menjual produk berbayar kepada orang ramai yang di jual sekitar RM 30 hingga RM 50 pun ramai yang mahu beli, apalagi jika anda mahu memberi tawaran percuma seperti free report kepada mereka.

Oleh itu, gunakanlah facebook ads untuk mempromosi squeeze page anda. Amat penting di sini anda menggunakan pilihan audience yang tepat. Sekiranya free report ialah berkenaan cara-cara untuk menghilangkan jerawat, maka pilihan audience juga perlu sesuai dengan topik free report anda.

Mungkin mereka yang sering menghadapi masalah jerawat ialah yang berumur sekitar 18 hingga 25 tahun, dan mereka juga bisanya orang bujang yang masih lagi menuntut. Pastikan gambar yang anda gunakan juga menarik perhatian.

Dengan cara ini, anda berupaya untuk menarik ramai orang untuk muat turun free report anda dengan banyak. Jika dalam tempoh sehari anda boleh mendapatkan sekitar 100 mailing list, maka dalam tempoh 10 hari kempen di jalankan, anda boleh mengutip sehingga 1,000 mailing list!

Imej yang paling bagus yang boleh menyentak hati orang ramai ialah imej sebelum dan selepas. Mahu baca tentang impak menggunakan imej seperti ini dalam ayat promosi?

Anda boleh baca artikel saudara Luqman di sini:

“Sebelum dan Selepas” – Teknik Pemasaran Yang Paling Menyakinkan!

Langkah 8 : Promosi di Forum

Forum merupakan tempat gergasi yang mempunyai ramai pelayar internet dan di sinilah anda boleh menawarkan orang ramai untuk download free report anda. Gunakanlah laman web forum wangcyber, Carigold atau mana-mana forum untuk mempromosikan free report dan squeeze page anda.

Saya melihat, forum merupakan satu tempat yang cukup mudah untuk anda jenamakan diri. Ramai otai kita yang sukses hari ini, pada awalnya mereka membangunkan jenama dan nama mereka di forum. Bila mereka sudah mendapat kepercayaan orang ramai, dari situlah mereka mencapai kejayaan ke next level. Anda juga boleh melakukan hal yang sama.

Penutup

Baiklah, saya sudah berkongsi dengan anda 8 langkah untuk mendapatkan paling kurang 1,000 mailing list anda yang pertama dalam tempoh 30 hari. InsyaAllah jika cepat anda menyusun strategi dan langkah, maka lebih cepat anda menuai hasil.

Setelah mempunyai mailing list, anda juga perlu mahir dalam menulis surat/emel kepada subscribers anda. Maka di sini, saya menyarankan anda agar membaca artikel yang di tulis oleh saudara Luqman tentang cara untuk menulis emel berkesan kepada subscribers anda :

Jangan Hantar Apa-Apa Email Kepada Subscriber Anda, Sebelum Anda Membaca 5 Tips Ini!

Saya harap tips dan langkah yang d berikan ini akan membantu anda untuk membina database mailing list anda nanti.

Semoga anda sukses!

Credit: Facebook
Tags:

Written by

I was the founder hanaqueen station and also the author of this blog. We offering variety of delicious ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else

0 comments:

Post a Comment

 

My Instagram

Location

123movies
google maps for free

Popular Posts

Recent Posts

Why to Choose HanaQueen?

HHANAQUEEN STATION OFFER A VARIETY OF PACKAGES FOR THOSE WHO WANT TO START A BUSINESS. YOU JUST NEED TO FIND THE BEST LOCATION TO RUN YOUR BUSINESS AND WE WILL PROVIDE ALL EQUIPMENT TO START YOUR BUSINESS INCLUDING FREE TRAINING.

YOU CAN START YOUR BUSINESS UNDER OUR NAME OR BUILD UP YOUR OWN BRAND. OUR BUSINESS IS FRESH AND FOCUSED, CONSISTENTLY DELIVERING NEW IDEAS. THIS IS NOT AN 'ADD ON' BUSINESS - WE ONLY PROVIDE GREAT SERVICES TO OUR CLIENTS. IT’S WHAT WE DO AND WE LOVE IT..

Copyright © HANAQUEEN STATION | Designed by SirArtwork