Semalam sempat jumpa sebentar dengan rakan seperjuangan waktu mula-mula niaga dulu. Beliau sudah 8 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan terutamanya di dalam bidang makanan ini.
Waktu Hana mula buka kedai, beliau adalah antara orang yang banyak bagi sokongan dan membantu mempromosikan perniagaan Hana pada penduduk setempat kerana dah lama menapak berniaga di situ. Terlalu banyak jasa beliau pada HanaQueen Station.
Perniagaan beliau bermula secara kecil-kecilan sahaja dulu. Bermula dari menumpang tapak kecil di restaurant orang, kemudian berniaga sendiri di bawah pokok, dibesarkan sedikit perniagaan itu dengan menggunakan kanopi dan akhirnya setelah dikenali ramai, beliau sudah ada tapak kekal, malah ada cawangan di tempat lain.
Setelah macam-macam yang dilalui, hari ini, sedikit demi sedikit perniagaannya mula jatuh disebabkan keadaan ekonomi dan tiada kuasa pembeli seperti dahulu. Kalau dahulu, untuk makanan, orang tidak berkira untuk membeli. Tapi disebabkan ekonomi semakin merosot, berniagalah apa sahaja, kuasa membeli itu sudah tiada membuatkan ramai usahawan mula mengeluh kerana tiada sale.
Tetapi beliau tidak memilih untuk mengalah. Kejatuhan ini membuatkan beliau tahu di sudut mana yang perlu diperbaiki lagi. Beliau cuma ambil masa sekejap untuk berehat dan kemudian akan comeback dengan idea yang lebih fresh untuk perniagaan beliau.
Asam garam dunia perniagaan, pasti ada jatuh dan bangun. Hana sendiri sudah merasa jatuh dan bangun. Semenjak 2014, Hana sudah ada beberapa cawangan kedai di beberapa tempat dahulu dalam masa yang sekejap dan kini semua cawangan tersebut sudah pun ditutup semenjak awal tahun 2017.
Dalam perniagaan, kita kena tahu kira untung dan rugi untuk mempertahankan perniagaan. Sama ada perlu pertahankan atau berhenti seketika untuk mengelakkan kerugian menjadi lebih teruk dan akhirnya boleh menjurus kepada bankruptcy.
Ramai usahawan zaman sekarang, apabila baru sahaja mula berniaga, dah ada mindset 'aku orang kaya' sedangkan baru setahun jagung dalam perniagaan. Apabila diuji dengan kerugian, untuk mengelakkan mindset 'aku orang kaya' tercalar, maka ada antara mereka yang sanggup pinjam duit berpuluh ribu dari 'Ahlong' demi untuk menanggung kerugian.
Apabila financial mula tidak stabil, hutang bertambah sana dan sini, maka perniagaan itu tidak akan dapat diselamatkan lagi. Konsep cari duit 'gali lubang, tutup lubang' ini cuma akan menjerut leher usahawan itu sendiri.
Tak semua business pertama setiap usahawan itu akan terus meletup dan berjaya. Usahawan perlu mencari business apa yang serasi dan memberi keuntungan kepada diri mereka, bukan terus mengalah selepas menghadapi satu kegagalan. Sebab itu kita selalu lihat ramai jutawan mempunyai pelbagai jenis perniagaan dan cuma ada satu atau dua sahaja perniagaan mereka yang memberi keuntungan besar.
Disebabkan kos semakin meninggi dan keadaan ekonomi sekarang, Hana buat keputusan untuk tutup sementara kiosk HanaQueen Station. Lebih-lebih lagi apabila Hana juga ada beberapa komitment lain yang perlu Hana beri fokus lebih utama.
Tapi adakah itu bermaksud Hana sudah mengaku kalah dan rasa gagal dalam perjuangan? Sekiranya Hana give up dalam berniaga, maka anda tidak akan melihat blog ini masih wujud, tidak dapat lihat page FB HanaQueen Station masih beroperasi.
Hana sekarang giat aktif dalam membantu memberi consultation kepada usahawan yang baru ingin memulakan perniagaan F&B dan terkini Hana juga ada membekalkan Pakej Perniagaan yang lain juga. Maklumat lanjut boleh dilihat di Pakej Perniagaan
Jadi, adakah anda mahu mula mengalah sebelum sempat berjuang kerana takutkan kegagalan dan kerugian? Fikirkanlah.