LG SUBSCRIBE

LG Appliances Dengan
Bayaran Bulanan

Tak perlu keluarkan modal besar sekaligus. Pilih appliances LG yang sesuai untuk rumah anda dan nikmati kemudahan melalui pelan langganan bulanan, tertakluk kepada kelayakan dan terma yang ditetapkan.
🏠

Pelbagai Pilihan

Aircond, peti sejuk, mesin basuh, TV dan banyak lagi.

💳

Bayaran Bulanan

Urus pembelian appliances dengan komitmen secara bulanan.

🛠️

Care & Maintenance

Servis dan warranty mengikut produk serta pelan yang dipilih.

📱

Mudah Diurus

Urus maklumat subscription dan servis dengan lebih mudah.

TANYA HANA →
Hana - LG Subscribe Manager
Why Smart Living by Hana?

Hi, saya Hana, LG Subscribe Manager.

Saya bantu anda pilih appliances LG yang sesuai dengan keperluan rumah dan bajet — daripada pemilihan produk hingga pilihan pelan LG Subscribe.

🏠 Panduan Praktikal Tips mudah untuk bantu anda buat pilihan.
📐 Ikut Keperluan Pilihan berdasarkan ruang dan gaya hidup.
💰 Ikut Bajet Kenali pilihan produk dan bayaran yang tersedia.
💬 Boleh Tanya Hana Tak pasti nak pilih yang mana? Tanya Hana.
TANYA HANA →

Keuntungan Perniagaan Jualan Mainan

Perkara apa yang disukai oleh kanak-kanak? 

Apa hadiah yang anda fikirkan untuk seorang kanak-kanak? 


Ya, hampir semua orang menjawab mainan itu sebagai jawapannya. 


Tidak kira anak lelaki dan perempuan sentiasa ceria apabila dia menemui mainan kegemarannya. 





Ibu bapa juga tidak akan dapat menolak jika anak itu telah meminta dibelikan mainan. Tidak hairanlah di beberapa sudut jalan kita sering menemui kedai atau penjual jalanan menjual mainan. Malah ada juga menjual di padang permainan.

*Kelebihan Perniagaan Jualan Mainan*




Dunia kanak-kanak adalah dunia permainan, jadi menjual mainan sememangnya menjanjikan keuntungan menggiurkan.


1. Harga Kos vs Harga Jualan


Tahukah anda keuntungan jualan mainan adalah tinggi. Purata antara 25% -50%. Ini kerana kos barangan mainan ini murah. Lebih-lebih lagi jika peniaga ini membeli secara borong daripada pengedar / pengeluar.

Ambil contoh pakej niaga #mainanlelong harga borong hanyalah RM4.50 untuk 3 barang tetapi harga jual 3 barang = RM10. Untung sekali ganda.

2. Ketahanan Tidak Terlalu Penting

Selalunya mainan kanak-kanak bertaburan, di rosak kan dan dibuang di sana sini sekejap saja lepas di beli. Ini sifat semula jadi kanak-kanak. Walau di beli mainan mahal sekali pun tetap rosak juga. Lepas tu anak itu akan dibeli kan lagi mainan lain.

Di sini lah potensi tinggi repeat sales jualan untuk penjual mainan. Tambahan lagi jika kita jual #mainanlelong yang murah. Ada ibu bapa yang beli dengan kami setiap hari sebelum balik kerja sebagai ole ole untuk anak mereka di rumah.




3. Mainan Tiada Tamat Tempoh (expiry date)

Berbeza dengan perniagaan menjual produk makanan dan minuman, produk mainan tiada tamat tempoh. Selagi stok di jaga dengan baik, mainan yang tidak dijual masih boleh disimpan dan dijual sampai bila-bila.

Semua stok #mainanlelong juga selamat dan mempunyai cop MC yang di luluskan oleh kerajaan.

4. Model Terkini Sentiasa Diburu

Sifat kanak-kanak yang mudah bosan dan ingin mempunyai mainan yang sama dengan teman-teman sepermainannya, membuatnya selalu tertarik untuk membeli mainan dengan model terbaru. Oleh itu mainan dengan model terkini akan sentiasa menarik perhatian kanak-kanak.

Ada juga stok #mainanlelong yang mirip seperti mainan ori tetapi harga murah. Mainan murah seperti hot wheels, lego, frozen, spinner murah sentiasa mendapat sambutan hangat sampai sekarang.

Ini lah antara kelebihan yang membuatkan perniagaan jualan mainan masih boleh wujud dan menjana keuntungan.

Selagi ada kanak-kanak dalam dunia ini, selagi itu lah mainan akan ada permintaan. Kadang kadang tu orang dewasa pun beli juga mainan untuk diri sendiri sebab teringin masa kecil tiada wang untuk beli.

cc: Hairul Nizam Hashim
Pemborong/Pembekal Mainan Bumiputera
SMART LIVING BY HANA

Masih Tak Pasti Nak Pilih Yang Mana?

Setiap rumah ada keperluan yang berbeza. Ceritakan ruang, bilangan ahli keluarga dan keperluan anda — Hana bantu tengok pilihan appliances yang sesuai.

WHATSAPP HANA →