LG SUBSCRIBE

LG Appliances Dengan
Bayaran Bulanan

Tak perlu keluarkan modal besar sekaligus. Pilih appliances LG yang sesuai untuk rumah anda dan nikmati kemudahan melalui pelan langganan bulanan, tertakluk kepada kelayakan dan terma yang ditetapkan.
🏠

Pelbagai Pilihan

Aircond, peti sejuk, mesin basuh, TV dan banyak lagi.

💳

Bayaran Bulanan

Urus pembelian appliances dengan komitmen secara bulanan.

🛠️

Care & Maintenance

Servis dan warranty mengikut produk serta pelan yang dipilih.

📱

Mudah Diurus

Urus maklumat subscription dan servis dengan lebih mudah.

TANYA HANA →
Hana - LG Subscribe Manager
Why Smart Living by Hana?

Hi, saya Hana, LG Subscribe Manager.

Saya bantu anda pilih appliances LG yang sesuai dengan keperluan rumah dan bajet — daripada pemilihan produk hingga pilihan pelan LG Subscribe.

🏠 Panduan Praktikal Tips mudah untuk bantu anda buat pilihan.
📐 Ikut Keperluan Pilihan berdasarkan ruang dan gaya hidup.
💰 Ikut Bajet Kenali pilihan produk dan bayaran yang tersedia.
💬 Boleh Tanya Hana Tak pasti nak pilih yang mana? Tanya Hana.
TANYA HANA →

5 Barang Paling Cepat Habis di Kedai RM2 Murah Jimat Seremban

Kalau sebut sahaja Kedai RM2, pasti ramai yang teruja dan dapat membayangkan barang-barang yang mereka akan beli. Kenapa nak beli yang mahal sedangkan ada yang murah dan dapat berjimat kan? Murah tidak semestinya tidak berkualiti. Kebanyakkan barang di Kedai RM2 ini amat berbaloi sekiranya anda tahu cara menggunakannya. 


Kami akan senaraikan 5 barang yang paling top dan cepat habis di Kedai RM2 Murah Jimat Seremban:


        1. TANAH



Tanah hitam organik dari Sarjani. Ini adalah produk yang paling laju di kedai kami. 50 pack tanah, 3-4 hari sahaja sudah sold out. Satu pelanggan datang terus ambil 6-10 bag untuk stok mereka. Tanah ini sesuai untuk menjadi tanah semaian semua jenis pokok. 
Tanah boleh ditambah ke dalam pasu atau kawasan tanaman yang tanah asalnya telah keras atau kering.


Banyak kelebihan tanah hitam ini antaranya adalah tidak berbau,  sesuai untuk semua jenis tanaman dari semai benih hingga ke tukar pasu dan mampu meningkatkan PRODUKTIVITI DAN KUALITI TANAMAN. Tanah organik ini telah diproses dengan campuran 5 bahan lain iaitu:

👉 Tanah Top Soil grade S (Super halus)

👉  Sekam Bakar padi

👉 Baja Organik Mas Hitam

👉 Sabut Halus

👉 Effective Microbe (Mikrob Baik)


        2. PASU







Menanam pokok atau tumbuh-tumbuhan kini sudah dikira sebagai hobi yang menarik dan menyeronokkan. Ia bukan hanya boleh mencantikkan kediaman tetapi juga dapat memberi ketenangan kepada minda, dapat keluarkan peluh dan dapat menjimatkan kos apabila dapat menikmati sayur segar yang di tanam sendiri.


Kos yang diperlukan juga tidak tinggi. Kedai kami menyediakan kelengkapan seperti pasu, tanah hitam, baja, benih dan sabut kelapa untuk aktiviti berkebun. Semuanya harga RM2.20. Kelengkapan berkebun antara barang paling laris di sini.


        2. SABUN









Sabun adalah barang yang paling banyak anda dapat berjimat berbanding jika anda beli di kedai lain. Sebagai contoh, musim pandemik kini hand wash adalah sabun yang amat penting sekarang. Dengan harga RM2.20, anda boleh jimat banyak kerana harga hand wash di kedai lain boleh mencecah RM5-7 1 botol.


Sabun cuci pinggan, cuci lantai, cuci baju juga amat laris di kedai kami. Sabun ini walaupun murah tapi berkualiti tinggi. Ada sabun jenama RM2 juga mampu menanggalkan minyak di pinggan, ada sabun yang mampu menanggalkan kotoran di lantai malah berbau sangat harum dan wangi. Anda perlu mencubanya terlebih dahulu.


           4. MAINAN/ TOYS






Ramai yang selalu cakap mainan kedai RM2 ini low class, takde kualiti, cepat rosak. Tapi ramai yang tak nampak, disebabkan mainan kedai RM2 ini lah yang menyebabkan ramai ibu ayah dapat bahagiakan anak-anak dengan belikan anak mereka mainan yang banyak selalu. Kalau rosak pun tak sakit hati sebab murah.


Antara mainan yang paling laku keras di kedai kami adalah belon air, bola, lego dan macam-macam lagi.


        5. PENYAPU




Penyapu di kedai kami berharga RM4.40 (RM2.20 untuk kepala dan RM2.20 untuk batang kayu). Berbanding di kedai luar, harga penyapu, mop, pencakar, penyodok sampah boleh mencecah RM6-9 setiap satu. Hampir setiap rumah memerlukan kelengkapan ini untuk membersihkan di dalam rumah atau pun di halaman luar rumah.


Sebenarnya banyak lagi barang-barang yang berbaloi untuk anda beli di Kedai RM2 Murah Jimat Seremban ini. Kelengkapan sekolah, buku-buku, barang plastik seperti jug, tupperware dan botol air juga ada di sini. Bagi orang lelaki, mereka kerap mencari barang hardware di sini. 


Kedai RM2 ini seperti satu hentian kedai yang menyediakan hampir semua jenis barang untuk ahli keluarga anda. Tidak salah untuk berjimat dalam berbelanja. 


Jemput datang ke kedai kami:


Tekan link di bawah untuk lokasi kedai: https://waze.com/ul/hw22x2n666 😁

SMART LIVING BY HANA

Masih Tak Pasti Nak Pilih Yang Mana?

Setiap rumah ada keperluan yang berbeza. Ceritakan ruang, bilangan ahli keluarga dan keperluan anda — Hana bantu tengok pilihan appliances yang sesuai.

WHATSAPP HANA →