AD (728x60)

Monday, July 22, 2013

Masa silam itu sudah berlalu

Share & Comment


Sekarang ni, ramai orang yang sedang mencuba untuk keluar dari kegelapan.
Mencuba untuk mencari cahaya baru dalam hidup.
Mencuba untuk berubah kearah lebih baik.
Memcuba untuk memperbaiki hidup
Mencuba untuk kembali kepada fitrah yang Allah dah tetapkan.
Mencuba untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Mencuba untuk melaksanakan perintah Allah yang sekian lama ditinggalkan.
Mencuba untuk menjadi seseorang yang baru.

Alhamdulillah.

Hakikatnya, sejahat mana pun diri seseorang manusia itu,
Jauh di dalam hatinya, pasti ada terselit walau sedikit sinar kebaikan.
Dan sinar itu akan terus bercahaya untuk menyinari ruang kegelapan.
Tapi, sinar itu pun boleh pudar dan padam.
Atau sinar itu boleh menyinar dan terus menyinar.
Semuanya bergantung pada situasi di sekitar insan yang ingin berubah itu.
Situasi yang menyokong atau meruntuhkan semangat mereka yang ingin berubah.

Apa  yang menyedihkan,
Bila seseorang itu dah buat keputusan untuk berubah,
Meninggalkan segala kesilapan, kejahilan dan kegelapan hidupnya dulu,
Berusaha sedaya upaya untuk memperbaiki kehidupan,
Supaya dapat menjadi lebih baik,
Kenapa perlu ada insan yang cuba untuk mematahkan usaha itu??



Kenapa perlu mengungkit segala kesilapan yang pernah dilakukan
Di saat dia sedang berjuang untuk berubah??
Kenapa perlu mengaitkan masa silamnya dengan masa kini
Di saat dia cuba membina kehidupan yang baru??
Kenapa perlu menilai dia dengan masa silamnya
Di saat dia telah meninggalkan masa silamnya??
Kenapa perlu mengingatkan kembali perkara silamnya
Di saat dia bermatian untuk melupakan dan memperbaiki kesilapannya??


“Rujukan kita sepatutnya adalah masa sekarang dan bukannya masa silam. Zaman silam itu hanyalah ukuran. Ukuran untuk melihat sejauh mana manusia itu boleh berubah 180 darjah.

Kita melihat zaman silam Umar al-Khattab yang pernah mengangkat pedang untuk membunuh Nabi S.A.W. Namun itu hanyalah ukuran bagaimana Umar boleh berubah menjadi Khalifah kepada kerajaan Islam yang hebat dan berjaya menewaskan dua kuasa besar(Rom dan Parsi) semasa pemerintahannya.

Perkara yang sama juga berlaku pada Khalid al-Walid yang mengepalai tentera Quraish menewaskan tentera Islam di perang Uhud. Namun yang menjadi rujukan adalah bagaimana beliau dimuliakan dan digelar sebagai Pedang Allah tanpa diungkitkan kisah silamnya.” (Dakwat)


Siapa kita untuk menilai manusia lain?
Siapa kita untuk bercakap tentang masa silam orang lain?
Siapa kita untuk mencari kesalahan dan keburukan orang lain?
Siapa kita untuk bercakap dan mempersoalkan tentang perubahan orang lain?

Sebelum kita menilai,
sebelum kita mencari kesalahan orang lain,
Sebelum kita mencari keburukan orang lain,
Malah, sebelum kita bercakap mahupun berfikir,
Letakkan diri kita di tempat mereka.
Adakah kita senang dengan apa yang kita nilai,bercakap dan berfikir?

Manusia yang suka mengaitkan diri orang yang sedang berubah dengan masa silamnya
adalah manusia yang suka mencari kesalahan orang lain.
Hentikanlah sikap itu.
Hentikanlah persepsi buruk kamu itu.
Hentikanlah mematahkan semangat insan yang ingin berubah.
Hentikanlah.

Kerana masa silam itu sudah berlalu.


“Walau segelap mana pun masa silammu, tidak mustahil di hujungnya ada cahaya yang akan menanti.

Dan walau secerah mana pun masa silammu, tak mustahil ada kegelapan yang menanti di hujung perjalanan.” (HANIF MOHAMAD SALLEH, 2013)





Tags:

Written by

I was the founder hanaqueen station and also the author of this blog. We offering variety of delicious ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else

0 comments:

Post a Comment

 

My Instagram

Location

Recent Posts

Follow by Email

Why to Choose HanaQueen?

HanaQueen Station are currently offering delicious of variety ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else.We also offer a variety of packages for starting a business.

We are constantly developing and improving our menu internally and externally. Our food and business is fresh and focused, consistently delivering new ideas. This is not an 'add on' business - we only provide great sevices to our clients. It’s what we do and we love it.

Copyright © HANAQUEEN STATION | Designed by SirArtwork