AD (728x60)

Saturday, July 13, 2013

Adab Melawat/Menziarahi Pesakit di Hospital.

Share & Comment


Sejak 4 tahun yang lepas, bila ayah kena strok, Ana selalu perhatikan ragam orang yang datang melawat pesakit di hospital. Sebelum ni tak pernah nak ambil kisah pun, tapi sejak mula practical di hospital, Ana mula ambil kisah sikap pelawat/saudara/ahli keluarga/kawan-kawan yang datang melawat. Secara tak langsung, sikap mereka akan beri kesan kepada tahap pemulihan para pesakit.

Memang bagus datang menziarahi pesakit, tak salah langsung, tapi sebagai pelawat yang datang melawat kenalah tahu etika/adab semasa melawat. Tujuan kita melawat mesti nak tengok pesakit itu cepat sembuh dan bukannya bertambah sakit kan? Itu lah gunanya adab melawat pesakit. Adab-adab ini tak semestinya kena ajar dekat rumah, dekat sekolah, tapi adab-adab ini boleh difikir menggunakan akal anda yang bijaksana. Gunakan logical thinking. Patut atau tak patut segala kelakuan dan sikap anda semasa melawat.

Menziarahi orang sakit itu merupakan salah satu hak seorang muslim ke atas muslim yang lain. Terdapat banyak hadis yang menyebutkan tentang anjuran dan kelebihan menziarahi orang sakit, antaranya sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:-

“Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”.

(Hadits riwayat at-Tirmidzi)



Apa adab-abad yang perlu ditekankan semasa melawat pesakit di hospital?

1.       Jangan pakai minyak wangi yang berlebihan ataupun sebarang bau yang menusuk hidung tak kira wangi atau busuk. Bukan pesakit jer pening kepala, orang yang sihat pun boleh pening kalau bau. Bersederhanalah.

2.       Kalau nak bawa buah tangan/makanan semasa melawat memang lah bagus, tapi pastikan makanan yang dibawa tu pesakit boleh makan, bukan tengok jer. Selalunya, makanan yang dibawa oleh pelawat, bukan dimakan oleh pesakit, tapi oleh orang lain. Kan dah kecik hati pesakit sebab tak dapat makan? #Think

3.      Selalunya, waktu melawat adalah waktu pesakit makan, waktu lunch dan dinner mereka. Kalau pun pesakit tu tak lalu nak makan, takde selera nak makan, janganlah orang yang melawat ni tolong habiskan makanan mereka. Kan ke tak sopan macam tu?

4.       Selalunya kerusi yang disediakan hanya ada 1 atau 2 dan orang yang datang melawat tu ramai. Kan lagi elok jika berdiri jer kalau takde kerusi yang mencukupi. Lagipun datang melawat bukan sampai berjam-jam, sekejap jer kan. Janganlah duduk di katil pesakit, nanti akan menyebabkan pesakit berasa tidak selesa dan sempit. Ada yang lebih teruk, boleh pergi duduk dekat katil pesakit sebelah. Aduhai. Kesian pesakit tu.

5.       Tak salah nak datang melawat sampai bawa 1 family, kadang-kadang tu ada yang lebih dari 10 orang. Sepatutnya, orang yang datang melawat tak lebih dari 4 orang dalam 1 masa. Bergilir-gilir masuk melawat jika ramai kan lagi elok. Kena ingat, pesakit nak rehat, bukan nak  melayan kita berborak.

6.       Bercakap dengan sederhana, tidak terlalu perlahan atau terlalu kuat. Tapi janganlah bercakap kuat, sampai berborak macam nak bagi 1 wad dengar apa yang diborakkan. Hormati pesakit lain yang sedang berehat. Kadang-kadang, ada pesakit yang tak dapat nak tidur sebab suasana pelawat yang terlalu bising.

7.       Jangan lawat pesakit terlalu lama, ingat balik niat asal datang melawat. Tujuan melawat adalah untuk melihat keadaannya dan bertanya khabar selain mendoakan agar pesakit segera sembuh kan? Tak perlu ambil masa yang terlalu lama, lebih-lebih lagi jika melihat keadaan pesakit yang lemah dan memerlukan rehat.

8.       Point paling penting, hormati doctor, jururawat, staff-staff, PHYSIOTHERAPY, dan lain-lain jika mereka sedang melakukan sesuatu atau sedang merawat. Tinggalkan pesakit buat sementara waktu melainkan staff memerlukan bantuan anda. Jangan ganggu tugasan yang mereka sedang lakukan.

9.       Penggunaan handphone juga termasuk dalam salah satu adap. Adalah tidak sopan jika handphone anda dok berbunyi tak berhenti-henti. Kalau nak message tak berhenti-henti pun, pleaselah, silentkan handphone anda. Lagi-lagi dalam ICU/CCU, penggunaan handphhone memang tak dibenarkan di dalam kawasan tersebut. Ni ada pulak yang boleh jawab telefon dalam tu. Tolong hormati peraturan yang disediakan. Takde peraturan yang dibuat tanpa sebab. Ingat tu.

10.   Masa melawat tu, cakaplah perkara yang baik-baik, doakan perkara yang baik-baik sahaja. Walaupun pesakit tu dah tenat dan takde harapan nak hidup lagi, berilah kata-kata semangat kepada mereka supaya mereka kekal positive dan bersemangat. Contohnya, “Sabarlah sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga, seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak”.



Hukum menziarahi orang sakit adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat dituntut. Menziarahi orang sakit tidak hanya terbatas kepada sahabat atau jiran tetangga yang sakit sahaja, bahkan disunatkan juga menziarahi saudara Islam yang tidak dikenali walaupun musuh atau orang yang pernah menyakiti kita.


Jadi, tolonglah jaga adab ketika melawat pesakit. Adab-adab itu mencerminkan akhlak dan peribadi diri anda. Islam dah ajar cara beradab, jadikan ianya 1 pegangan diri. Tak susah pun nak jaga adab kan? Letakkan diri korang dekat tempat pesakit, dan cuba fikir, korang suka ke kalau orang yang datang melawat tu bersikap dan berkelakuan seperti orang yang takde adab? Fikirkan dan selamat beramal. 


Tags:

Written by

I was the founder hanaqueen station and also the author of this blog. We offering variety of delicious ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else

0 comments:

Post a Comment

 

My Instagram

Location

123movies
google maps for free

Popular Posts

Recent Posts

Why to Choose HanaQueen?

HHANAQUEEN STATION OFFER A VARIETY OF PACKAGES FOR THOSE WHO WANT TO START A BUSINESS. YOU JUST NEED TO FIND THE BEST LOCATION TO RUN YOUR BUSINESS AND WE WILL PROVIDE ALL EQUIPMENT TO START YOUR BUSINESS INCLUDING FREE TRAINING.

YOU CAN START YOUR BUSINESS UNDER OUR NAME OR BUILD UP YOUR OWN BRAND. OUR BUSINESS IS FRESH AND FOCUSED, CONSISTENTLY DELIVERING NEW IDEAS. THIS IS NOT AN 'ADD ON' BUSINESS - WE ONLY PROVIDE GREAT SERVICES TO OUR CLIENTS. IT’S WHAT WE DO AND WE LOVE IT..

Copyright © HANAQUEEN STATION | Designed by SirArtwork