Apabila kita ditimpa dugaan dan musibah yang membuatkan kita terduduk, terjatuh dan tidak berdaya untuk bangkit kembali, kita sering lupa ada yang diuji dengan lebih hebat dari apa yang kita tanggung.
Apabila kita ditinggalkan oleh orang yang paling kita perlukan dan sayang, kita sering merasakan kita adalah mangsa keadaan kepada manusia yang kita sifatkan sebagai kejam tersebut.
Apabila kesihatan kita semakin merosot, kita sering lupa apa yang kita buat dengan masa yang kita ada waktu kesihatan kita sempurna.
Hakikatnya, kita sering lupa pada segala nikmat yang Allah berikan untuk kita syukuri waktu kita dalam kesedihan, kelukaan, broken, depressed dan sebagainya.
Yang kita nampak hanya keburukan semata-mata. Yang kita nampak, kitalah manusia malang di dunia ini. Kitalah yang paling sakit dan tiada sesiapa pun yang memahami diri kita. Kita sering menuding jari meletakkan kesalahan kenapa kita bersedih kepada orang lain. Dengan harapan, kesakitan itu akan berkurangan.
Tidak. Sama sekali tidak.
Kesakitan itu masih sama.
Selagi hati masih belum belajar untuk bersyukur.
Bersyukur atas segala yang kita masih punya.
Bersyukur atas segala ujian yang menimpa.
Kerana semua itu tanda Allah itu bersifat Ar-Rahman.
"bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu,
yang menciptakan segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu..
pasti akan damai lah hatimu,
kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia..
bukan Allah tak tahu deritanya hidupmu,
retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang Dia mahu
kerana Dia tahu hati yang sebeginilah
yang selalunya lebih lunak dan lebih mudah
untuk dekat dan akrab dengan-Nya.."
Waktu hati Hana dihimpit pilu, bacaan Surah Ar-Rahman ini betul-betul buat Hana sedar dan kuat. Kesedihan yang dirasakan tak terbanding dengan segala nikmat yang Allah dah curahkan. Walhal segala apa yang terjadi, adalah untuk membawa kita kembali dekat kepada-Nya.
Malu. Malu bila kita pertikaikan segala kesedihan yang kita rasakan sedangkan nikmat yang diberikan tak terhingga sejak kita lahir lagi.
Malu. Malu bila sedar selama ini kita letakkan perkara lain yang teratas melebihi dari Dia yang telah berikan segalanya pada kita.
Malu. Malu hanya kerana dugaan yang menimpa, sampai ada terlintas untuk menamatkan hayat diri tanpa rasa bersyukur nikmat kesihatan dan umur yang diberikan selama ini.
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan? "
31 kali ayat tersebut di ulang di dalam surah Ar-Rahman. Bersyukurlah. Terus bersyukur. Segala kedukaan akan hilang. Percayalah.
Apabila kita menghargai keindahan yang kita ada, segala kegelapan yang dirasai mula akan terasa diterangi cahaya.
Kerana Allah itu Maha Pemurah.
Kerana Allah itu Maha Pemurah.
Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu hendak dustakan....Allahuakbar
ReplyDeleteAllahuAkbar
DeleteHello Hana.. Postingan yg bagus.. Nice articles! 🌸😊 yes.. We must enjoy and thanks to Allah swt whom gives us all ..always and forever.. Barakallah fii umriik.. 😊
ReplyDeleteTerima kasih. Sekadar perkongsian ikhlas dari jiwa. :)
Deletethank you for your reminder. good sharing here
ReplyDeleteAlhamdulillah. Thank you for reading. ^^,
DeletePerkongsian yg sgt bagus, teruskan ye farhana :)
ReplyDeleteTerima kasih. Insya-Allah ^^,
DeleteMaha Benar Allah dengan segala firman-Nya. Semoga kita senantiasa mendapatkan nikmat bersyukur dan nikmat dari Allah swt. lainnya.
ReplyDeleteInsya-Allah. Semoga kita semua di bawah lindungan rahmat Allah.
DeleteSubhanallah Thanks Hanna..ini yang akak perlukan time ni. terus on je bacaan ni buat halwa telinga dan hati yang lupa untuk bersyukur yang baik2. tq so much
ReplyDeleteMost welcome akak. Moga bacaan Ar-Rahman mampu menenangkan jiwa yang gundah itu
DeleteNice Sharing :)
ReplyDeleteThank you. ^^,
Deleteperkongsian yang bagus.saya suka baca surah ni
ReplyDelete