Perkataan “francais” berasal dari bahasa Peranchis lama iaitu “fraunchise” yang bermaksud bebas atau “freedom”.
Mengikut sistem perniagaan ini, pemilik perniagaan dinamakan sebagai “Francaiser” dan peniaga yang membeli dan menggunakan model perniagaan francaiser dinamakan sebagai “francaisi” (Franchisee).
Francais bermaksud satu bentuk pemasaran atau pengagihan di mana sebuah syarikat pemberi francais (francaisor) memberi kebenaran, hak atau keistimewaan kepada seseorang individu atau syarikat pemegang francais (francaisi) untuk menjalankan perniagaan mengikut tatacara yang ditentukan dalam jangkamasa tertentu dan pada lokasi yang ditentukan.
Francaisor akan menyediakan produk dan sistem perniagaan manakala francaisi akan menyediakan modal dalam bentuk dana, sumber manusia dan usaha berterusan untuk memastikan kelangsungan perniagaan.
Francais adalah satu amalan perniagaan di mana sebuah syarikat diberi hak untuk mengendalikan perniagaan serupa dengan sesuatu syarikat lain dengan menggunakan jenama, model dan operasi perniagaan syarikat berkenaan.
Bagi pemilik perniagaan atau francaisor, francais merupakan alternatif untuk mengembangkan perniagaan melalui pelaburan pihak ketiga (francaisi).
Masih ramai yang bertanya, adakah HanaQueen Station merupakan perniagaan franchise?
Jawapannya adalah TIDAK. HanaQueen Station hanya menawarkan pakej perniagaan berkos rendah bagi mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan. Tidak ada caj keuntungan tersembunyi yang harus dibayar kepada kami pada setiap bulan dan semua keuntungan perniagaan adalah sepenuhnya milik anda 100%.
Kami juga tidak meletakkan sebarang syarat wajib bahawa anda harus menggunakan brand HanaQueen Station sahaja. Anda boleh menggunakan brand dan nama anda sendiri. Tapi bagi mereka yang ingin mengurangkan kos design dan sebagainya, anda boleh menggunakan brand HanaQueen Station. Tiada masalah.
Sekiranya berminat untuk memulakan perniagaan, boleh call/SMS/WhatsApp Cik Hana 0196183022 atau lihat maklumat lanjut di link 'Pakej Perniagaan' di atas.
0 comments:
Post a Comment