AD (728x60)

Sunday, July 23, 2017

Guru Ganti / Guru Sandaran Tidak Terlatih

Share & Comment
Mesti ramai yang pernah dengar tentang kerja sebagai Cikgu Ganti di sekolah-sekolah kan? Mengganti guru-guru yang cuti bersalin sekurang-kurangnya selama 2 bulan. Tapi tak ramai yang tahu proses permohonan dan cara kerja macam mana. Baru-baru ini, Hana ada dapat tawaran sebagai Guru Ganti atau nama sebenarnya adalah Guru Sandaran Tidak Terlatih.

Sebenarnya proses dia takdelah susah mana pun. Kena rajin jer. Selalunya, yang apply kerja sebagai cikgu ganti ini, mesti dari kalangan  anak-anak cikgu atau anak-anak sesiapa yang bekerja di Pejabat Pendidikan Daerah. Mereka adalah golongan yang lebih alert tentang peluang pekerjaan ini. 

Ramai yang apply selepas tamat SPM, tamat belajar Diploma/Degree sementara tunggu kerja tetap. Tapi untuk Hana, Hana cuba nasib untuk apply, sebab Hana dah nampak potential dan minat diri sebenarnya menjurus untuk jadi seorang Guru. Dari dulu lagi dah minat tapi selalu rasa tak yakin dengan diri sendiri. Tak yakin untuk bercakap depan orang, apatah lagi nak mengajar. Waktu Hana mula bekerja di Ceragem, dekat situ Hana nampak yang Hana masih minat dan boleh jadi seorang guru. Next post, kita akan cerita lebih detail tentang Ceragem yer.

Back to the story, 1st step yang anda harus lakukan adalah, pergi ambil borang permohonan di PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) berdekatan dengan tempat tinggal anda. Anda dinasihatkan prepare diri untuk di temuduga terus sewaktu isi borang permohonan sekiranya borang permohonan anda sudah lengkap. Masa Hana dulu, banyak yang tak lengkap. Jadi Hana ambil dan prepare semua untuk memohon jawatan itu. Kemudian, baru Hana hantar ke PPD.

Untuk memohon, terpulanglah. Ikut keupayaan diri masing-masing. Nak mengajar sekolah rendah atau menengah. Nak ajar subjek apa. Tapi anda akan dapat mengikut kekosongan, tak semestinya akan dapat subject yang anda apply. Gaji juga mengikut tahap pendidikan anda. Boleh tanya PPD untuk maklumat lanjut. Dan Hana ada dengar juga, tak semua PPD open untuk guru ganti ni disebabkan masalah kewangan, jadi cuba tanya dulu okay?

Ada orang dapat panggilan untuk temuduga dulu (interview yang simple jer katanya), tapi Hana terus dapat panggilan untuk datang ke PPD dan ambil surat untuk lapor diri ke sekolah yang dihantar. Terkejut tu tak payah cerita lah kan. Dengan takde interview, tiba-tiba kena lapor diri, lepas tu tak tau nak start mengajar macam mana sebab tak prepare langsung kan. Tapi alhamdulillah, niat yang baik, Insya-Allah segalanya akan dipermudahkan urusan. Sebab tu Hana rasa mudah sangat untuk apply jawatan Guru Ganti ni. 

Hari pertama lapor diri, Hana terus ke pejabat dan bagi surat lapor diri. Kemudian, Hana diminta untuk jumpa pengetua dan seterusnya GPK untuk ambil jadual kelas. Ya, terus start mengajar yer hari pertama. Bermulalah episod sesat mencari kelas dekat mana, student yang kejap-kejap hilang mengular, macam-macam hal lagi lah. Haha. Tapi itu semualah kenangan manis mengajar di sana, SMK Seremban Jaya 2.


Muka kepenatan waktu minggu pertama, masih dalam proses membiasakan diri

Biasalah, bebudak zaman sekarang mesti nak selfie aje. Padahal cikgu pun sama. Haha.

Alhamdulillah, Hana ganti waktu bulan Hari Guru. Jadi sempatlah merasa sambutan Hari Guru hari tu. Baru rasa perasaan guru-guru dihargai selama ni macam mana. Cuma, zaman dah berubah. Budak-budak zaman sekarang tak sama dengan zaman kita belajar dulu. Kalau nak apply kerja ni, semata-mata untuk dapatkan duit sedangkan takde minat nak mengajar, baiklah pergi cari kerja lain.






Guru ini satu tugas yang sangat mulia. Mendidik anak orang lain sedangkan anak sendiri dekat rumah pun kadang-kadang tak terjaga. Hakikatnya, tugas guru bukan sekadar mengajar di dalam kelas jer. Ada program yang kena buat, ada badan beruniform dan persatuan yang kena handle, ada jawatan di dalam kelab guru yang sentiasa aktif. Tak cukup dengan tu, guru pun kena buat macam-macam rancangan pelajaran untuk didik anak murid. Sepatutnya, guru balik kerja pukul 2 PM. Tapi disebabkan banyak tugas yang menanti, ramai guru balik lambat. 

Hargai guru anda. Tanpa mereka, siapalah anda di masa hadapan nanti. All the best untuk sesiapa yang nak cuba apply kerja ini, moga Allah permudahkan urusan kalian.


Tags:

Written by

I was the founder hanaqueen station and also the author of this blog. We offering variety of delicious ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else

47 comments:

  1. Wahh bestnyaa..nak tanya walaupun takda background pendidikan still bole jadi guru sandaran? I mean mcm sy ambik Degree Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Lepas SPM pun boleh apply nak jadi guru sandaran, tapi gred gaji ikut level pendidikan. :)

      Delete
  2. Nak jadi guru sandaran tp dgn kelulusan ijazah sarjana psikologi bole kahr?

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian... Suka saya baca nye... Semalam saya terima panggilan dari PPD, suruh dtg ke pejabat pada isnin ni jam 10 pg.. Tapi dia x maklumkan pun sama ada dtg utk interview atau pun utk ape2... Berdebar pula rase...!

    ReplyDelete
  4. memang perlukan kesabaran yang tinggi kan. adik beradik suami saya ramai cikgu juga. memacam ceritalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman sekarang ni, tak macam zaman dulu. Kalau tak sabar, memang tak boleh pilih bidang mengajar ni. Hehe

      Delete
  5. Sukses selalu dalam mendidik anak-anak agar kelak menjadi generasi yang soleh dan soleha. Aamiin.

    ReplyDelete
  6. Teringin pulak apply kerja ni lepas habis degree nanti. Teringin nak rasa macam mana mengajar budak-budak hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah, man tahu ada bakat terpendam nak jadi cikgu. ^^,

      Delete
  7. Saya pernah buat guru ganti ni tiga kali kat sekolah rendah.Ada satu saya ganti guru pergi kursus.Lagi dua guru bersalin.Mula2 memang kekok,ada satu saya ganti guru kelas.....pening sikit,ada kena urus yuran,rekod kedatangan dah macam cikgu betul plak.Saya memang minta option bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu tapi kena juga ajar sains,matematik ikut cikgu yang kita ganti.Tapi kalau time ajar PSV memang saya sukalah tengok syllabus dia haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan pengalaman jadi cikgu? Memang kena cover semua tugas guru yang kita gantikan tu. Samalah macam saya hari tu.Haha

      Delete
  8. dapat pengalaman yang berharga kan :)

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  9. just wonder.. semasa kita nak hntar all document dekat ppd kan.. kita kena daptkan cop pengesahan ke?? tdi I ada hntr but tak cop la pulak ..

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum sis

    kalu lepasan spm n pra dip apply guru ganti tu hnya di sekolah rendah shj ke? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung kepada apa yang kamu apply. Dekat sek sy dulu, ada je lepas spm apply sek men.

      Delete
  11. salam sis borang permohonan memang kene amik kat ppd ke?x de e-borang ke kat website ke?

    ReplyDelete
  12. salam sis borang permohonan tu memang kene amik kat ppd ke? ade x e-borang kat website ke?

    ReplyDelete
  13. salam. nak tanya.. gaji guru ganti tu akan ditolak dengan kwsp ke? Gaji bersih dia brapa ye?

    ReplyDelete
  14. salam. nak tanya.. gaji guru ganti tu akan ditolak dengan kwsp ke? Gaji bersih dia brapa ye?

    ReplyDelete
  15. salam. nak tanya.. gaji guru ganti tu akan ditolak dengan kwsp ke? Gaji bersih dia brapa ye?

    ReplyDelete
  16. salam. nak tanya pasla gaji guru ganti ni... gaji dia mmg akan ditolak dengan kwsp ke? kalau ditolak kwsp.. banyak mana ye yg dia tolak..? gaji bersih dia berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, ya akan ditolak mengikut kadar % yang ditetapkan mengikut basic. gaji bersih bergantung kepada tahap pendidikan

      Delete
  17. Salam, nak tanya akak sikit,
    Sekarang ni masih kena ambil borang kat ppd ke? Sebab ada yang kata kita yang kena pergi sekolah yang mana ada kekosongan, dan jumpa orang atasan untuk dapatkan surat sokongan daripada pihak sekolah itu sendiri sebab sekarang masalah kewangan makin tinggi, kiranya pihak sekolahlah tanggung gaji kita. Betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, yang ini pernah dengar juga. Sebab sekarang ni, tak semua PPD open untuk guru sandaran sebab takde bajet dah. So, sekolah guna duit PIBG untuk bayar gaji guru sandaran. Boleh cuba pergi tanya dekat sekolah berdekatan.

      Delete
  18. Assalamualaikum akak,
    Saya sekarang memegang jawatan sebagai guru ganti skolah menengah bagi subjek fizik tgktan 4 dan 5.. sekarang saya sudah menjadi guru ganti selama 1 minggu 3 hari.. tempoh tamat guru ganti sya adalah pada bulan 8 akan datang.. akan tetapi sekarang saya sudah mendapat tawaran untuk menjadi jurutera di sebuah syarikat glc mengikut bidang saya.. jadi sya ingin meminta nasihat dan cara2 untuk saya berhenti mnjadi guru ganti ini.. tq akak

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum sis. Gaji untuk guru ganti ni akan dibayar bila ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam, dibayar setiap hujung bulan.

      Delete
  20. Nak tanya, jadi ckgu ganti lama lama akan diserap ke cikgu betul ke? Or just buat part time? Mohon penjelasan tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya sehingga habis kontrak. Boleh apply lagi jika ingin sambung.

      Delete
    2. Hanya sehingga habis kontrak. Boleh apply lagi jika ingin sambung.

      Delete
  21. as salam...kalau dploma brapa sehari ye

    ReplyDelete
  22. Saya dah apply untuk guru sandaran tidak terlatik ini dekat ppd port dikson.dah lebih 2 minggu tak ada respons..saya pula pergi ppd seremban.membuat permohonan dekat sana.sama juga.tidak ada apa apa respons..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ppd dah tutup permohonan untuk guru sandaran ini. Boleh cuba pergi ke sekolah yang berdekatan dan buat permohonan direct di sana.

      Delete
  23. Saya dah membuat permohan dekat ppd..tak ada apa apa respons..sedih pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan putus asa ya, Hana dulu pun lama nak tunggu panggilan dari ppd selepas buat permohonan.

      Delete
  24. Salam. Tumpang tye. Sy dah apply, jd dlm tempoh brp hari ya kita dpt tahu kputusan?

    ReplyDelete
  25. Aslm, sis. Kalau pelajar lepasan SPM boleh ke nk apply jadi guru ganti nie??? Sebenarnya nk jadi guru ganti nie kena umur berape??? Saya teringin nk apply jadi guru ganti kat satu sekolah nie, dia kekurangan cg, tapi saya cuma pelajar lepasan SPM . Boleh ke, ek???? TQ..

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum sis.. guru ganti ni lena buat medical check up ke?

    ReplyDelete

 

My Instagram

Location

123movies
google maps for free

Popular Posts

Recent Posts

Why to Choose HanaQueen?

HHANAQUEEN STATION OFFER A VARIETY OF PACKAGES FOR THOSE WHO WANT TO START A BUSINESS. YOU JUST NEED TO FIND THE BEST LOCATION TO RUN YOUR BUSINESS AND WE WILL PROVIDE ALL EQUIPMENT TO START YOUR BUSINESS INCLUDING FREE TRAINING.

YOU CAN START YOUR BUSINESS UNDER OUR NAME OR BUILD UP YOUR OWN BRAND. OUR BUSINESS IS FRESH AND FOCUSED, CONSISTENTLY DELIVERING NEW IDEAS. THIS IS NOT AN 'ADD ON' BUSINESS - WE ONLY PROVIDE GREAT SERVICES TO OUR CLIENTS. IT’S WHAT WE DO AND WE LOVE IT..

Copyright © HANAQUEEN STATION | Designed by SirArtwork