Alas kaki homemade ini dijahit oleh mak Hana sendiri. Pelbagai product hasil dari jahitan mak Hana disebabkan minat yang mendalam dalam menjahit. Lagipun, mak suka menjahit untuk mengisi masa lapang di rumah.
Mula-mula, cuma jahit untuk kegunaan rumah. Lama-lama, ramai yang berkenan bila datang rumah tengok alas kaki dekat rumah kami. Jadi, mula lah proses percubaan menjual alas kaki ini online dan juga secara offline.
Alhamdulillah, sambutannya sangat menggalakkan. Jualan offline di booth niaga abang Hana sangat laku. Ramai yang suka tengok dan pilih sendiri corak yang mereka suka.
Tak kurang juga permintaan online yang menjadikan alas kaki ini hadiah untuk ibu di kampung.
Ini adalah antara corak-corak alas kaki dari kain batik pelikat yang ada di dalam stock. Sehelai cuma bernilai RM10.
Orang-orang lama suka tengok corak ini sebab ini adalah cara orang dulu jahit alas kaki. Susah untuk dapat zaman sekarang. Ada juga yang guna alas ini untuk alas tempat duduk dalam kereta.
Alas kaki bentuk segi empat yang ini juga cuma bernilai RM10 sahaja. Panjang 45cm, lebar 35cm.
Ini pula adalah alas yang sesuai untuk dijadikan hiasan atas meja. Malah ada juga di antara pelanggan kami, jadikan ini sebagai hiasan di dalam dulang hantaran.
Size sebesar pinggan di rumah anda. 1 pcs cuma RM5. Beli 4 pcs ke atas, free postage. Tapi untuk mereka yang beli alas kaki secara online, akan dapat alas comel ini sebagai free gift daripada kami.
COD area Seremban atau postage di seluruh Malaysia. Berminat untuk tempahan? WhatsApp 0196183022-Hana, untuk corak yang terkini.
0 comments:
Post a Comment