Setiap kata-kata itu adalah satu DOA . Kalau berkata baik , maka baiklah akan berlaku . Kalau berkata buruk , maka sebaliknya akan berlaku . Antara perkataan yang DILARANG untuk di ucapkan oleh peniaga adalah:
1. Sales Slow
2. Orang tak ada
3. Orang tak lekat
4. Payah nak jual
5. Semua orang dah beli
6. Makin perlahan
7. Susah nak buat
8. Dah ramai orang jual
9. Tak ada duit
Aik? Banyak betul alasannya?
Tak apa. Lepas ini usahawan semua kena la banyakkan ucap Subhaanallah, Syukur Alhamdulillah, Allahuakbar. Inshaa-Allah hidup lebih mudah dan lebih berkat.
Bak kata sifu Azizan Osman, "Ingat lagi pesan seorang guru. Kalau kita nakkan sesuatu, kita cakap dan doa banyak kali. Supaya Allah dengar. Supaya Dia makbulkan. Dan supaya minda kita terprogram untuk dapatkan apa yang kita hajatkan. Selalu ucap syukur bila dapat sesuatu dan syukur juga jika tak dapat kerana Allah itu tahu apa yang baik untuk hambanya.
Jika anda sering kata “Aku tak mampu. Aku tak ada duit.” Hari-hari anda ucap, hari-hari anda sebut, itulah yang akan anda dapat. Minda anda akan down. Aura anda akan negatif. Dan sudahnya memang anda dapat apa yang anda minta itu, tak mampu dan tak berduit."
Nak senang, banyakkan bersyukur dan bersabar. InsyaAllah setiap hari Allah SWT datangkan berduyun duyun orang membeli produk kita atas berkat sabar dan syukur.
Allahu, kan best macam itu?
Goodluck CLOSING !
cikgu sha selalu pesan - jangan cakap takde duit sebab kata kata tu satu doa.
ReplyDeleteBetul tu, jaga-jaga dalam berkata-kata. ;)
DeleteTQVM atas info..betul yg amat. Think positive sentiasa.
ReplyDeleteBerminat nak jadi dropship boleh wasap nombor ini 0199554545 (k.Mega)
Yes, think positive.
Delete