Allah menjadikan dan memberi serta mentakdirkan rezeki kita. Namun Allah telah menyuruh kita berusaha untuk mendapatkan atau mencari rezeki itu. Bermulanya terbit fajar hingga terbenam matahari, rezeki yang kita ushakan itu hendaklah dari usaha kita sendiri serta punca sumber yang halal.
Sebagaimana Rasulullah yang tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi:
“Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi”
Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh.
Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yang berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yang empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari” (Diriwayatkan al-Baihaqi)
Berkata Nabi di dalam hadith yang diriwayatkan oleh at-Tabarani di dalam al-Awsath:
“Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan”
Oleh itu para fuqaha’ menetapkan kemakruhan tidur selepas solat Subuh, dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar:
“‘Dimakruhkan tidurmu wahai mukallaf selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang beraqal.”
Disebutkan ulama’ bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yang berjaga malam untuk qiyam dan sebagainya.
Rezeki ialah harta atau apa-apa yang dikurniakan oleh Allah swt dan dapat dimanfaatkan manusia secara baik. Pengertian rezeki sebenarnya bukan sahaja berupa harta. Apa-apa sahaja yang disedekahkan kepada makhluk Allah adalah rezeki.
Orang yang mendapat rezeki yang banyak dan mudah disebut murah rezeki. Murah rezeki yang halal itulah harapan dan hasrat setiap orang yang mengharap keredhaan Allah .
Indahnya manfaat bangun pagi:
1. Tubuh Mendapat Nutrisi Penting
Dengan bangun pagi, waktu untuk sarapan pasti ada. Sarapan adalah bahan bakar bagi tubuh kita untuk melakukan berbagai aktifitas seharian. Kita pun memiliki waktu untuk menyiapkan sarapan yang sihat, lazat dan bergizi.
2. Tubuh melakukan olah gerak
Energi penuh akan kita dapatkan dengan melakukan olahraga di pagi hari. Tubuh akan memiliki tenaga dan merasa segar sehingga kita siap melakukan pekerjaan rutin.
3. Fikiran lebih tenang
Bangun pagi membuat kita memiliki banyak waktu sehingga kita tidak perlu tergesa-gesa dalam menyiapkan sesuatu. Tidak lewat pergi kerja. atau terhindar keadaan yang dapat membuat kita stres.
4. Tidur lebih berkualiti
Seperti diketahui dengan tidur yang cukup mampu mengurangi berbagai efek negatif pada wajah seperti penuaan dini atau kerutan. Dengan bangun pagi, irama pada tubuh akan menjadi stabil. ini secara tidak langsung akan memperbaiki kualitas tidur.
Kesan negatif, bangun lambat:
1. Masalah metabolisme
Jika Anda tidur terlalu lama, tubuh tidak akan berfungsi sesuai ritmenya. Anda akan merasa lapar dalam jangka waktu lama dan hal ini mempengaruhi kecepatan metabolisme.
2. Lesu
Tidur berlebihan akan membuat Anda merasa lesu. metabolisme Anda masih bekerja dalam 'set' malam hari. Tubuh membutuhkan waktu lebih lama untuk memulai sistem dan tidak dapat berfungsi normal.
Jika Anda benar-benar ingin tidur sedikit lebih lama, usahakan jangan lebih dari tiga puluh minit.
3. Kehilangan waktu produktif
Pagi hari adalah waktu paling produktif kerana fikiran anda masih segar. Jika Anda tidur terlalu lama maka akan akhirnya kehilangan banyak waktu produktif dalam sehari. Sehingga, anda harus menyelesaikan pekerjaan sampai larut malam dengan terburu-buru.
4. Disorientasi
Tidur terlalu lama membuat Anda sulit berkonsentrasi dalam waktu lama. Kecuali, setelah bangun tidur anda langsung berolahraga. Lalu, kerana metabolisme tidak berhenti otak akan membuat Anda merasa lapar.
5. Sakit kepala
Cairan serebrospinal bergerak ke otak ketika Anda tidur terlalu lama. Kondisi ini, jika berlangsung dalam waktu lama dapat menyebabkan sakit kepala parah dan bahkan menyebabkan kebutaan.
Jadi, fikirkan lagi jika Anda ingin tidur lebih lama.
bangun awal pagi ni rezeki melimpah ruah masuk tau..
ReplyDeletebanyak manfaat apabila kita bangun awal pagi ni:)
ReplyDelete