Mudah Diucapkan Mungkin Sukar Diamalkan.
Sabar itu bererti menahan diri (Surah Al-Kahfi-28)
Ciri sabar yang lainnya ialah seseorang yang dapat menenangkan anggota tubuh dan lidahnya ketika tertimpa musibah, masalah ataupun dugaan.
Sabar bukanlah bererti berdiam diri atas keadaan yang menimpa. Sabar bererti kita berusaha mencari jalan keluar atas masalah yang ada disertai dengan do’a dan ikhtiar yang maksimum.
Sabar adalah tabah hati tanpa mengeluh dalam menghadapi dugaan dan rintangan dalam waktu tertentu untuk mencapai tujuan. Tidak goyah dengan keyakinannya tentang janji Allah. Bahawasanya Allah senantiasa ada dan bersama-sama dengan orang yang bersabar.
Semoga kita dimudahkan agar dapat selalu bersabar kerana sabar inilah inti kita hidup di dunia.
Ulama menjelaskan bahawa sabar itu dalam tiga hal:
1. Sabar dalam melaksanakan ketaatan.
Boleh jadi ada yang sabar untuk solat tetapi belum tentu sabar terhadap ujian wanita.
2. Sabar untuk meninggalkan maksiat.
Boleh jadi ada yang sabar dengan kemiskinan tetapi sangat berat jika menjalani puasa wajib atau sunnah
3. Sabar ketika mendapat ujian dan musibah.
Boleh jadi sabar keduanya tetapi ketika mendapat ujian sedikit saja ia tidak bersabar.
Kerananya Imam Syafi’i berkata seandaikan ayat Al-Quran turun tentang wasiat kebenaran dan wasiat kesabaran dalam surat Al-‘Ashr, maka sudah mencukupi.
Allah Ta’ala berfirman:
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.”
(QS. Al ‘Ashr: 1-3).
Beliau berkata,
“Seandainya Allah tidak menurunkan hujjah atas makhluk-Nya selain surat ini nescaya telah cukup.”
(matan Ushul Tsalatsah)
Sabar memiliki keutamaan yang sangat besar di antaranya:
- Mendapatkan petunjuk.
- Mendapatkan pahala yang sangat besar dan keredhaan Allah.
- Mendapatkan alamat kebaikan dari Allah
- Merupakan anugerah yang terbaik
- “Tidaklah Allah menganugerahkan kepada seseorang sesuatu pemberian yang labih baik dan lebih lapang daripada kesabaran.”
Sumber: Telegram
Sungguh kalau manusia tak tahu akan erti sabar, musnahlah dunia..
ReplyDeleteMaklumat yang bagus di sini, saya ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman saya yang cuba mendapatkan pinjaman untuk mengembangkan Perniagaan Pakaian saya di sini di Malaysia. Sungguh sungguh berat pada perniagaan saya yang turun kerana penyakit masa kecil saya kemudian ketika saya sembuh saya memerlukan dana untuk menetapkannya lagi untuk saya bermula jadi saya berjumpa Encik Benjamin seorang pegawai perunding pinjaman di Le_Meridian Funding Service Dia bertanya saya dari projek perniagaan saya dan saya beritahu dia saya sudah memiliki Satu dan saya hanya perlu pinjaman 200,000.00 USD dia memberi saya borang untuk mengisi dan saya juga dia meminta saya ID Sah saya dalam beberapa hari Mereka melakukan pemindahan dan pinjaman saya telah diberikan . Saya benar-benar ingin menghargai usaha itu juga cuba mendapatkan ini kepada sesiapa yang mencari pinjaman perniagaan atau isu kewangan lain untuk Menghubungi Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian Pada E-mel: lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com Dia juga boleh didapati di WhatsApp Hubungi: +1 -9893943740.
ReplyDelete