“Ahhhhh! Nampak jer alim, baik
mamat tu,
sembahyang tunggang terbalik,
tapi rupanya kaki
perempuan!”
“Elehh, tengok dari luar
memang lah baik,
Pakai tudung litup,
Tapi hati busukkk, nak buat
apa!”
Itu
lah antara ayat yang kita selalu dengar. Itu lah ayat yang selalu kita cakap
tanpa kita sedar.
Kerana
hakikatnyat, kita memang suka menilai orang hanya dengan melalui pandangan mata
kita.
Orang yang nampak baik, tak semestinya dia betul-betul baik. Orang yang nampak jahat, tak semestinya dia betul-betul jahat.
Satu
yang menjadi persoalannya di sini, kenapa perlu mengaitkan antara urusan mereka
dengan Allah dengan perangai mereka?
Adakah
kita cuba mengatakan bahawa orang yang mematuhi perintah Allah itu adalah
MAKSUM? Bebas dari melakukan kesalahan?
Mereka
itu tetap manusia biasa, yang selalu melakukan kesalahan.
“ISLAM ITU SEMPURNA, MANUSIA MEMANG TAK SEMPURNA.”
Itu
yang kita kena ingat.
Sekurang-kurangnya,
tanggungjawab mereka dengan Allah itu sudah selesai.
Sedangkan
kita?
Yang
menuding jari pada agama tatkala sikap mereka tak memenuhi kehendak kita,
adakah kita sudah menunaikan tanggungjawab kita terhadap Allah?
“Aku tidak SEBAIK yang kau ucapkan,
Tetapi aku juga tidak SEBURUK yang terlintas di hatimu,”
-
Ali bin Abi Talib
Ilmu tanpa amal, maka
sia-sialah jadinya. Mereka yang punya ilmu dan kefahaman tentang agama, maka
rugilah jika tidak diaplikasi dalam kehidupan.
Jagalah kata-kata yang
keluar dari mulut kita, jangan tunjukkan kebodohan kita bila kita berkata-kata.
Bagi mereka yang telah
menunaikan tanggungjawab terhadap Allah, jagalah sikap dan perangai kita sebaik
mungkin. Jangan sampai kita menjadi fitnah terhadap ajaran ISLAM.
Selagi ada yang tak
sempurna dalam perangai kita, recheck kembali solat kita, sempurnakah solat
kita? Check dari kita ambil wudhuk sehinggalah ke salam, betulkah cara kita?
Bagi yang bertudung,
jangan hanya bertudung, recheck balik aurat kita, sempurnakah kita menutupnya? Baju
kita ketat tak? Jarang ke tak? Tudung kita menutupi dada ke tak?
Bila kita keluar, kita
dah pun membawa imej ISLAM bersama-sama kita, jagalah sikap kita, jangan
memburukkan nama agama kita sendiri.
Tanam dalam hati, walau
apa pun yang kita buat, walau di mana pun kita berada, ALLAH sentiasa
memerhatikan kita.
(p/s: “Jagalah hak
Allah, dan Allah akan menjaga hak kamu.”)
betul tu... kita kena selalu recheck solat kita. Dan pastikan setiap hari yang berlalu kita semakin khusyuk dalam menunaikan solat.. Peringatan utk diri sy sendiri terutamanya. :-)
ReplyDeleteAlhamdulillah, sempurna solat kita, sempurna lah hari-hari yang kita lalui dalam kehidupan, sempurnalah akhlak kita. Peringatan bersama.
ReplyDeletesuka entry ni =)
ReplyDeletesemuanya bermula dgn solat .
Apabila kita lakukan kesalahan alasannya agama dan ajaran ibu bapa.
ReplyDeleteSyahirah: Benar, sempurna solat kita, insya-Allah, sempurna juga akhlak kita.
ReplyDeleteAinur Athikah: Ya, sedangkan agama dan ajaran ibu bapa tidak salah, letakkan kesalahan itu di bahu kita, dan belajar untuk bertanggungjawab atas kesalahan yang telah kita lakukan.