AD (728x60)

Sunday, February 10, 2013

Menjadi lebih BAIK atau lebih TERUK?

Share & Comment

Untuk kesekian kalinya, Ana berbicara soal PERUBAHAN. Tapi, selalunya Ana akan bercakap tentang perubahan ke arah yang lebih baik. Kali ini, kita ubah ke arah yang bertentangan, perubahan ke arah yang lebih teruk. Hakikatnya, manusia memang boleh berubah. Itu fitrah kehidupan.

Sama ada ke arah yang lebih baik atau yang lebih teruk. Pilihan itu ada dalam tangan kita. Dan kita yang menentukan apa sebenarnya pilihan hidup kita, bukanlah orang lain. Pilihan itu selalunya hadir berpasangan dan bertentangan sifatnya. Contohnya, manis atau pahit, baik atau buruk, positive atau negative, bahagia atau derita, doasa atau pahala, syurga atau neraka.

Apa yang menyebabkan manusia itu berubah ke arah yang lebih teruk?



Situasi 1: Kerana CINTA yang mengecewakan/ DENDAM yang tak terbalas

Ahmad seorang yang baik dan setia orangnya. Ahmad ada ilmu agama yang menjadi pegangan hidupnya. Belum pernah terjebak dalam masalah hati dan perasaan sepanjang dia hidup, namun setelah mengenali Limah, Ahmad mula dapat merasakan kemanisan CINTA yang disangkakan akan berpanjangan.

Ahmad sangat menyayangi Limah, namun sayang Limah pada Ahmad tak sedalam sayangnya Ahmad pada Limah. Ahmad sanggup berkorban jiwa dan nyawa untuk Limah. Tapi Limah tak sanggup mengorbankan walaupun RM1 untuk Ahmad. Limah bersama Ahmad hanya untuk mengisi kekosongan dan kebosanan masanya.

Sampai saatnya, Limah mula tawar hati dan bosan dengan Ahmad, lalu Limah meninggalkan Ahmad tanpa sebarang kata pemutus antara mereka. Ahmad kecewa. Ahmad menangis. Ahmad terluka. Ahmad cuba mengubati lukanya, Ahmad jumpa Psychiatrist, Ahmad jumpa tok bomoh untuk berubat. Namun, gagal.




Dalamnya luka Ahmad sehingga mengubah dirinya menjadi seorang yang pendendam. Ahmad takkan semudah itu melepaskan Limah setelah apa yang telah Ahmad korbankan untuknya. Ahmad bertekad, tiada siapa pun yang akan dapat memiliki Limah sehingga dendamnya terhadap Limah terlunas. Walaupun Limah adalah orang yang pernah Ahmad canangkan di serata dunia bahawa Ahmad menyayanginya, kini, Ahmad bertekad untuk menjatuhkan Limah supaya Limah rasa apa yang dia telah rasa selama ini.

Tak cukup dengan itu, Ahmad sudah tak percaya dengan CINTA dan WANITA. Ahmad menjadi playboy terkemuka di abad ini. Sweet talker. Romantik habis sampai ramai perempuan cair. Berkepit dengan ramai wanita walau di mana sahaja Ahmad berada. Dosa dan pahala sudah dilupakan, asalkan hati Ahmad puas. Ahmad menyalahkan Limah atas perubahan yang terjadi atas dirinya.


Situasi 2: Kerana KEJAYAAN/KETAMAKAN dalam mendapatkan harta

Ali hidup susah sedari kecil. Berkerja dengan tenaga yang dia ada sejak usianya 10 tahun demi mencari sesuap nasi. Namun, Ali bukanlah seorang yang mudah berputus asa. Ali sabar dan tabah menghadapi dugaan, berkerja keras, rajin demi mencapai kejayaan.

Ali sedar, di zaman moden sekarang, hampir segalanya memerlukan wang. Ali perlu memastikan dia boleh berjaya dan bertekad bahawa tiada siapa pun akan mengalami nasib seperti dirinya. Bermacam dugaan yang pernah Ali hadapi, namun Ali terus tabah meneruskan kehidupan.



Kini, pada usia 25 tahun, Ali sudah berjaya memiliki perniaagaan sendiri. Ali bangga dengan kejayaan yang dia miliki. Ali semakin ghairah dalam mengumpul harta dunia. Rasuah dan  riba adalah makanan harian Ali demi memastikan perniagaannya mampu bertahan dan berkembang maju.

Ali lupa akan niatnya dulu sekiranya dia telah berjaya. Malah Ali seolah-olah hilang sifat kemanusiaan apabila menindas holongan lemah dan miskin demi menambah kekayaan yang telah dia ada. Ali tak nak kembali ke zaman dia susah dulu, jadi Ali sanggup mengadai maruah dan agama demi mendapatkan harta berlipat kali ganda. Dari seorang yang penyabar dan pemurah, Ali berubah menjadi seorang yang panas baran dan kedekut. Ali menyalahkan takdir hidupnya yang susah dahulu atas perubahan yang terjadi atas dirinya sekarang.

                Cukuplah 2 situasi sebagai contoh. Situasi berkenaan tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup atau pun yang telah tiada. Sekadar rekaan semata-mata, cerita yang boleh didapati dari drama petang-petang dalam tv. Patut ke kita menyalahkan orang lain yang menjadi punca kepada perubahan kita? Patut ke kita menuding jari pada takdir yang tak menyebelahi nasib kita? Benar ke mereka yang berubah atau tanpa kita sedari, kita yang sebenarnya telah berubah?

Kita yang memilih untuk berubah, kita yang memilih untuk jadi lebih teruk atau baik, untuk lebih positive atau negative, tapi kenapa kita nak menyalahkan orang lain atas perubahan kita? Keputusan untuk berubah itu bukan atas dasar paksaan, kita yang buat sendiri. Jangan disebabkan untuk menutup kesalahan diri sendiri, kita meletakkan kesalahan itu dekat orang lain. Masalah takkan pernah selesai dengan cara itu.



Sebelum kita bercakap tentang orang lain, cuba kita lihat kembali diri kita, diri kita 5 tahun yang lepas, dengan yang ada sekarang. Adakah kita telah berubah? Perubahan yang lebih baik atau yang sebaliknya? Kalau ke arah yang lebih baik, Alhamdulillah. Tapi kalau yang lebih teruk? Jarang kita sedar kalau kita berubah menjadi teruk, tapi insan yang rapat dengan kita akan perasan dulu. Macam kita tak sedar kita dah buat silap, kita takkan sedar sampai ada yang menegur. Kenapa perlu kita sibuk mencari dan melihat perubahan dalam diri orang lain sedangkan diri kita sendiri telah jauh berubah? *Think*

Jangan sampai kita menuju ke arah yang lebih teruk dari hari yang semalam. Banyak kan muhasabah diri sebab kadang-kadang kita tak sedar kita makin teruk hari demi hari. Orang selalu cakap, kita kena yakin dengan diri kita, tapi orang juga selalu cakap jangan sampai kita over-confident. Jangan asyik fikir, kita ini baik, cool, dan semua orang suka kita. Haters are everywhere and haters also could be your motivation to change. Adakalanya, kita kena rendahkan diri kita supaya kita tak terbang terlalu tinggi hingga lupa untuk berpijak di bumi  yang nyata.

Selalu recheck amalan dan akhlak kita hari-hari. Sebelum tidur, dari dok berangan benda yang tak berfaedah, cuba renung apa yang kita dah buat sepanjang hari. Jauhkan diri dari sifat amarah dan dendam, cuba untuk jadi seorang yang pemaaf. Jauhkan diri dari segala benda yang bersifat negative kalau kita tahu diri kita ini mudah terpengaruh dan terpedaya dengan permainan dunia. 

(p/s: Sekadar peringatan bersama, supaya diri ini tak menjadi lebih teruk dari semalam.)



Tags:

Written by

I was the founder hanaqueen station and also the author of this blog. We offering variety of delicious ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else

2 comments:

  1. Betul tu.. kena selalu pastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Sebab masa berlalu sangat sangat sangat pantas sampai kita pun tak sedar masa tu dah berlalu meninggalkan kita. :-)

    ReplyDelete
  2. Hehe, betul. Masa tak pernah tunggu kita. :)

    ReplyDelete

 

My Instagram

Location

123movies
google maps for free

Popular Posts

Recent Posts

Why to Choose HanaQueen?

HHANAQUEEN STATION OFFER A VARIETY OF PACKAGES FOR THOSE WHO WANT TO START A BUSINESS. YOU JUST NEED TO FIND THE BEST LOCATION TO RUN YOUR BUSINESS AND WE WILL PROVIDE ALL EQUIPMENT TO START YOUR BUSINESS INCLUDING FREE TRAINING.

YOU CAN START YOUR BUSINESS UNDER OUR NAME OR BUILD UP YOUR OWN BRAND. OUR BUSINESS IS FRESH AND FOCUSED, CONSISTENTLY DELIVERING NEW IDEAS. THIS IS NOT AN 'ADD ON' BUSINESS - WE ONLY PROVIDE GREAT SERVICES TO OUR CLIENTS. IT’S WHAT WE DO AND WE LOVE IT..

Copyright © HANAQUEEN STATION | Designed by SirArtwork