AD (728x60)

Friday, September 20, 2013

Kenapa kena ada ilmu tentang business?

Share & Comment



Alhamdulillah, sekarang ni satu family dah buat business. Kalau dulu along dengan angah jer buat business (Kedai Pemborong RM2), sekarang kaklang pun dah mula berjinak-jinak dengan business pulak. Kaklong pun dah mula business tempahan jahitan baju, frozen food, etc. Kakngah pun ada business baju kanak-kanak.

Cerita pasal kaklang, dia bukanlah minat sangat buat business. Kaklang takut nak ambil risiko dulu. Dia lebih pilih untuk hidup biasa-biasa sahaja. Tapi, bila dah ada anak, nak tak nak, keselesaan anak adalah yang utama. Kaklang mula cari side income dengan buat business, Alhamdullillah, business pun dah semakin okay. 

Nak buat business, 1st sekali kena berani ambil risiko. Lecturer Ana cakap, kita kena tahu konsep 'Degree of the risk'. Apa benda tu? As simple as, the more you invest, the higher the return, the higher also the risk. Itu konsep risk taking. Kita kena berani hadapi kerugian jugak dan kena ada ILMU. Itu yang paling penting sekali. Ramai orang zaman sekarang, suka-suka terus buat business tanpa ada ilmu di dada. 



Kenapa kena ada ILMU?

Elak Bankruptcy

  • Kita selalu dengar sekarang, ramai orang yang join business, ada yang sampai bankrupt. Sebab apa jadi macam tu? Sebab tiada ilmu. Semangat nak buat business, terus buat loan beribu-ribu, tanpa selidik dulu tentang demand business yang diorang nak buat, mampu ke tak nak buat sales untuk bayar balik loan yang dipinjam tu. 
  • Fikir sedalam-dalamnya sebelum buat apa-apa loan. Business yang tengah top sekarang, takkan top selamanya. Setiap business ada trend tersendiri. Contohnya kek moist chocolate, dulu masa Ana matrik, famous sangat kek ni. Ana yang tak suka kek pun, makan kek ni. Tapi lepas tu, dah senyap. Sekarang muncul pulak burger bakar. Kek moist still ada, tapi tak top macam dulu. Kena ingat dan bersedia untuk hadapi semua ni. Kena ada plan untuk tarik customer dan kekalkan business.
  • Kena tahu keupayaan diri (capability). Capability ni pun termasuklah ilmu pengetahuan, kalau takde ilmu, jangan terlalu yakin terus buat business. Bukan tak bagi, tapi belajar dulu. Kalau kita tahu di mana keupayaan diri kita, jangan buat di luar kemampuan. Biar kita bermula secara kecil-kecilan, tak payah buat loan berlebihan-lebihan, sebab kita tahu kita tak mampu, dah okay nanti, barulah besarkan business. Kena ada konsep 'sedar diri'.
Memajukan business
  • Ilmu kena dituntut, kena ada mentor sebelum cebur diri sepenuhnya dalam business. cari seorang mentor dalam business yang kita nak ceburkan diri tu, observe segalanya. Bila dah ada mentor, insya-Allah, kita akan jumpa jalan yang paling baik untuk kita terus menerus majukan business kita. Setiap businessman yang berjaya, akan ada seorang mentor yang membimbing beliau. Kalau tak percaya, boleh cari kisah-kisah orang yang dah berjaya. Banyakkan membaca untuk tambah ilmu. Konsep mentor ini pun Dr.Azizan selalu sebut dan tekankan. Siapa Dr.Azizan? Tak tau? Pi tanya pakcik google. Hee.
  • Bila dah ada ilmu, bila dah ada mentor, barulah kita tahu apa yang patut kita buat untukmemajukan business dengan jayanya. Macam main saham, investment, kita takde ilmu, pakai labur jer duit kat mana-mana tanpa ada mentor yang tunjuk ajar cara main saham dengan betul, agak-agak apa akan jadi? Sendiri fikir eh.


Amboi, cakap macam dah ada business pulak kan. Haha. Ini namanya berkongsi ilmu pengetahuan, lagi banyak kita beri, lagi banyak kita dapat. Insya-Allah. Sebab tu, Ana suka kongsi apa yang Ana tahu. Ini semua dari pemerhatian Ana. Dari pembacaan Ana. 

Cara cakap pun dah tahu kan, Ana memang minat business, tapi Allah dah takdirkan Ana untuk ada di jalan physiotherapy ni. Siapa cakap physiotherapy tak boleh buat business kan? Nak atau tak nak jer sebenarnya. Cari duit itu mudah kalau kita fikir ianya mudah. Kalau asyik fikir susah, duduk dan tak usaha apa-apa memanglah susah jadinya. Insya-allah, ilmu physiotherapy yang Ana ada ini takkan disia-siakan walaupun Ana buat business nanti.

Sambung cerita pasal kaklang, dia buat business Shaklee sekarang. Dia join sebab dia yakin dengan produk tu, dan of course kaklang sendiri dah pakai, tahu kehebatan Shaklee tu. Semalam sehari suntuk buatkan blog untuk kaklang, alhamdulillah, business dah maju setapak ke hadapan. Tak larat nak layan dekat FB page jer katanya. Kena ada blog untuk promotion, baru customer lebih nampak dan faham. 

Ana membantu apa yang terdaya. Takut jugak buat blog untuk orang, takut tak kena dengan taste kan. Tapi sebab kakak sendiri, takde masalah nak buatkan. Jemput singgah ke blog dan FB page Nurin Supplement. Blog still under construction, banyak lagi yang akan diupdate. Semalam tak larat nak buat semua, Insya-Allah, kejap lagi Ana sambung update.


Like dan follow jika berminat, tiada paksaan. 

Nak buat business? 

Be creative. Intelligent. 

Buat business yang membantu menyelesaikan masalah orang lain. Insya-Allah boleh berjaya.

Good luck. 






Tags:

Written by

I was the founder hanaqueen station and also the author of this blog. We offering variety of delicious ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else

1 comments:

  1. Nisa pun teringin nak buat bisnes kecil-kecilan, sudah lama planning cuma belum dapat direalisasikan lagi. Doakan dipermudahkan segalanya.

    ReplyDelete

 

My Instagram

Location

123movies
google maps for free

Popular Posts

Recent Posts

Why to Choose HanaQueen?

HHANAQUEEN STATION OFFER A VARIETY OF PACKAGES FOR THOSE WHO WANT TO START A BUSINESS. YOU JUST NEED TO FIND THE BEST LOCATION TO RUN YOUR BUSINESS AND WE WILL PROVIDE ALL EQUIPMENT TO START YOUR BUSINESS INCLUDING FREE TRAINING.

YOU CAN START YOUR BUSINESS UNDER OUR NAME OR BUILD UP YOUR OWN BRAND. OUR BUSINESS IS FRESH AND FOCUSED, CONSISTENTLY DELIVERING NEW IDEAS. THIS IS NOT AN 'ADD ON' BUSINESS - WE ONLY PROVIDE GREAT SERVICES TO OUR CLIENTS. IT’S WHAT WE DO AND WE LOVE IT..

Copyright © HANAQUEEN STATION | Designed by SirArtwork