AD (728x60)

Friday, April 10, 2015

Training percuma di HanaQueen Station

Share & Comment




Saya masih ingat lagi waktu saya mula buka HanaQueen Station. Apa yang saya ada waktu itu cuma lah semangat yang berkobar-kobar, tak sabar nak siap set up kedai, tak sabar nak mula berniaga. Tapi saya juga TAKUT kerana saya LANGSUNG tiada pengalaman! No experience! Ya, percayalah, saya tak pernah berkerja di sebarang kiosk makanan yang buat ice blended, waffle, corn apatah lagi buat hot dog bun! Tak pernah!

Tapi apa yang buat saya kuat untuk teruskan HanaQueen Station? Walaupun saya takde pengalaman, saya ada insan yang penuh dengan pengalaman di sekeliling saya. Alhamdulillah. Rezeki saya untuk menyerap masuk segala ilmu baru yang ada supaya saya boleh buat yang terbaik untuk HanaQueen Station. 

Saya punya keluarga yang semuanya berasal buat business. Ada abang-abang yang dah berniaga bertahun-tahun lamanya, mereka banyak membantu membimbing saya dari cara set up kedai, cara nak menguruskan kedai, cara menguruskan kewangan dan pelbagai lagi. Kakak ipar saya yang ada background account mengajar saya simple account untuk tahu rekod duit yang keluar masuk setiap hari. 

Saya punya kawan baik yang saya dah anggap macam keluarga sendiri, yang punya pengalaman luas dalam dunia pekerjaan. Alhamdulillah, dia banyak membimbing saya dari cara nak buat ice blended, nak masak pelbagai menu, cara nak urus susun atur barang di kedai, cara nak kira cost barang dan macam-macam lagi. Ada juga sahabat yang banyak membantu saya dari mula saya buka kedai, terutama dari segi menguruskan pekerja dan juga kedai apabila saya takde dekat kedai.

Alhamdulillah, saya bertuah ada mereka di sisi saya. Sangat banyak membantu. Yer, saya bermula dari kosong. Dari bawah dan tiada apa-apa langsung. Kebanyakkannya perkara di kedai  saya cuma guna konsep 'try and error' untuk dapatkan yang terbaik bagi HanaQueen Station. Dan alhamdulillah, saya berjaya buat!

Tapi, saya mengambil lebih seminggu untuk mendapatkan menu yang sedap, menarik dan juga cepat. Waffle hangit, waffle lembik, waffle tak masak, ice blended tawar, terlebih manis, jagung masin, roti hotdog hangus, semuanya saya pernah rasa. Kenapa terjadi? Sebab saya tiada lagi skill waktu itu. Saya masih lagi dalam fasa membiasakan diri dengan kedai dan peralatan di situ, apatah lagi saya ni jenis yang sangat kelam kabut kalau tetiba pelanggan ramai. Semua jadi tak kena. Haha. 

Dan itulah pengalaman yang mematangkan. Pengalaman yang mengajar kita lebih bertenang untuk mengawal pelanggan. Hampir sebulan, barulah saya dapat skill yang penuh dan saya perlu turunkan skill itu kepada staff saya pula. Alhamdulillah, staff saya mampu menguruskan kedai dengan sendiri sekarang, tanpa bantuan saya lagi.




Saya cuma ingin memudahkan mereka yang berminat untuk berniaga. Kebanyakkannya, ramai orang berminat untuk berniaga. Tahu bahawa berniaga adalah salah satu lubuk rezeki yang luas. Cuma mereka takut untuk menceburkan diri kerana tiada pengalaman. Tiada basic dalam berniaga. Saya juga tiada basic, saya belajar dalam bidang physiotherapy tapi alhamdulillah saya berjaya dengan adanya insan-insan hebat di sekitar saya yang membantu.

Kini, izinkan saya membantu anda untuk berniaga. Supaya anda tidak lagi mengambil masa yang lama seperti saya untuk mendapatkan skill. Supaya anda tidak lagi melalui kesusahan yang saya lalui di kedai. Saya bantu anda dari awal, semasa dan juga selepas berniaga. Anda cuma perlu cari tempat untuk berniaga dan saya akan set up kedai anda dengan lengkap. Jika ambil pakej yang kecil juga, saya akan bantu anda.

Selepas pembayaran pakej dibuat, training akan dibuat di Kiosk HanaQueen Station, Seremban . Itu lebih mudah untuk saya terangkan kepada anda, segala selok belok di kedai, cara memasak semua menu dan juga cara menguruskan kedai. Kiosk HanaQueen Station adalah salah satu contoh yang terbaik untuk anda dapatkan gambaran bagi kiosk anda nanti. Sebab itu, saya perlu anda untuk datang ke main Kiosk HanaQueen Station di Seremban.

TRAINING ADALAH SECARA PERCUMA DI HANAQUEEN STATION, SEREMBAN SEKIRANYA ANDA MENGAMBIL SEBARANG PAKEJ PERNIAGAAN  DARI HANAQUEEN STATION ! Tapi perlu di ingatkan, training percuma adalah sekali sahaja! Saya perlukan sepenuh perhatian dari anda sewaktu training. Sekirannya anda perlukan training buat kali kedua, ianya akan dicaj. 

Dan bagi mereka yang jauh, di luar dari Seremban, saya boleh turun dan buat training di tempat anda. Sebagai contoh, ada yang bertanya berminat untuk ambil pakej Franchise HanaQueen Station tapi mereka di Sarawak. Saya boleh buat training di Sarawak selepas settle set up kedai mereka di sana. Cuma ada kos yang perlu di tanggung oleh mereka seperti kos transport dan juga penginapan untuk kami. 

Bagi mereka yang ambil pakej kecil, training juga disediakan secara percuma di Seremban. Saya juga menyediakan manual training berbentu power point untuk rujukan anda bagi merka yang tinggal jauh. Seperti biasa, sekiranya anda inginkan training di tempat anda, akan dikenakan caj untuk tanggung segala kos yang dikatakan tadi. Tapi tiada paksaan untuk mereka yang tak perlukan training. 




Anda cuma perlukan sediakan  mental yang kuat, keyakinan yang tinggi dalam perniagaan anda dan juga diri anda sendiri dan semangat yang tidak mudah luntur. Saya tidak menjanjikan anda bakal jadi jutawan sekiranya buka Kiosk HanaQueen Station, sebab rezeki itu semuanya datang dari Allah. Jika jutawan, alhamdulillah, tapi bak kata orang putih prepare for trouble and make it double. That's business! 

Kita semua punya tujuan yang sama, berniaga untuk menaikkan taraf kehidupan kita. Tanpa usaha, tanpa mencuba, dan tanpa kesedaran semuanya adalah mimpi dan angan-angan mat jenin sahaja. 

Check link ini untuk mengetahui Pakej Perniagaan HanaQueen Station.

Boleh juga call/sms/whatsapp saya terus untuk detail lebih lanjut atau sebarang persoalan: Farhana 0196183022.

Terima kasih, assalammualaikum.
Tags:

Written by

I was the founder hanaqueen station and also the author of this blog. We offering variety of delicious ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else

0 comments:

Post a Comment

 

My Instagram

Location

123movies
google maps for free

Popular Posts

Recent Posts

Why to Choose HanaQueen?

HHANAQUEEN STATION OFFER A VARIETY OF PACKAGES FOR THOSE WHO WANT TO START A BUSINESS. YOU JUST NEED TO FIND THE BEST LOCATION TO RUN YOUR BUSINESS AND WE WILL PROVIDE ALL EQUIPMENT TO START YOUR BUSINESS INCLUDING FREE TRAINING.

YOU CAN START YOUR BUSINESS UNDER OUR NAME OR BUILD UP YOUR OWN BRAND. OUR BUSINESS IS FRESH AND FOCUSED, CONSISTENTLY DELIVERING NEW IDEAS. THIS IS NOT AN 'ADD ON' BUSINESS - WE ONLY PROVIDE GREAT SERVICES TO OUR CLIENTS. IT’S WHAT WE DO AND WE LOVE IT..

Copyright © HANAQUEEN STATION | Designed by SirArtwork