AD (728x60)

Wednesday, July 20, 2011

Sempurnakah Solatmu?

Share & Comment
RASULULLAH SAW bersabda:
“Solat itu adalah tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat, sesungguhnya ia sudah menegakkan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat, sesungguhnya ia meruntuhkan agama.”



Seringkali kita dengar kata-kata bahawa “solat itu mencegah dari kemungkaran” . Tetapi, ramai orang yang solat masih lagi melakukan kemungkaran. Jangan disalahkan solat yang tak dapat mencegah diri dari melakukan kemungkaran. Cuba renungkan kembali solat yang kita dirikan.

Sempurna kah solat kita? Ikhlaskah niat kita dalam melakukan solat semata-mata kerana Allah?
Atau kita sekadar melakukan solat kerana takut dengan suruhan ibu bapa? Atau kerana takut kawan-kawan memandang serong terhadap kita jika tak solat?  

Lengkapkah 5 waktu solat kita dirikan sehari semalam?
Atau kita hanya solat pabila teringat dan rajin? Atau kita hanya kenal sejadah diwaktu kita dalam kesusahan? Atau kita hanya solat 4 waktu kerana sering tertinggal solat subuh?

klik di gambar sekiranya tidak jelas. ^_^

Betul kah bacaaan tajwid dalam solat kita?
Atau kita membaca dengan speed yang terlalu laju tanpa menghiraukan bacaan yang betul dan tajwidnya? Atau kita sekadar membaca tanpa memahami maksudnya?

Dapatkah kita menjaga waktu solat sebaik-baiknya?
Atau kita seringkali melengah-lengah dalam melaksanakan solat? Atau kita seringkali solat lewat di akhir waktu? Atau kita seringkali menqada’ solat kerana leka dan lalai waktu solat?

Khusyukkah kita dalam mendirikan solat? Adakah kita memberi seluruh hati dan jiwa kita sewaktu melaksanakan solat?
Atau kita masih teringat soal dunia ketika melakukan solat? Atau kira seringkali memikirkan masalah dunia dalam solat? Atau kita teringat rancangan TV/ facebook/ SMS di hp sewaktu melaksanakan solat?


Solat seringkali dipandang remeh, leceh, berat dan mudah tanpa disedari bahawa solat adalah perkara PERTAMA yang akan dihisap di akhirat nanti. Andai solat kita diterima, INSYA’ALLAH amalan yang lain-lain akan diterima. Tetapi seandainya SOLAT TIDAK DITERIMA, maka SIA-SIA lah amalan-amalan kita yang lain itu.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman: ”Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.”
(Riwayat at-Tirmidzi)



(p/s:  Solat membezakan antara seorang Muslim dengan kafir. Ini bermakna, meninggalkan Solat dengan segaja menjadikan seseorang itu sama seperti kafir. Peringatan buat diri sendiri. ) 
Tags:

Written by

I was the founder hanaqueen station and also the author of this blog. We offering variety of delicious ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else

0 comments:

Post a Comment

 

My Instagram

Location

123movies
google maps for free

Popular Posts

Recent Posts

Why to Choose HanaQueen?

HHANAQUEEN STATION OFFER A VARIETY OF PACKAGES FOR THOSE WHO WANT TO START A BUSINESS. YOU JUST NEED TO FIND THE BEST LOCATION TO RUN YOUR BUSINESS AND WE WILL PROVIDE ALL EQUIPMENT TO START YOUR BUSINESS INCLUDING FREE TRAINING.

YOU CAN START YOUR BUSINESS UNDER OUR NAME OR BUILD UP YOUR OWN BRAND. OUR BUSINESS IS FRESH AND FOCUSED, CONSISTENTLY DELIVERING NEW IDEAS. THIS IS NOT AN 'ADD ON' BUSINESS - WE ONLY PROVIDE GREAT SERVICES TO OUR CLIENTS. IT’S WHAT WE DO AND WE LOVE IT..

Copyright © HANAQUEEN STATION | Designed by SirArtwork