AD (728x60)

Sunday, October 16, 2011

Teruslah berniaga

Share & Comment
"akak ada buka adik punya blog..
seronok baca adik punya artikel.."

"akak suka..sangat memberi motivasi..
harap akak dapat motivasi lebih dari adik.."

Assalammualaikum,
Dialog di atas, sebagai pembuka bicara setelah lama meninggalkan blog ini tanpa apa-apa update. Bukan sengaja, tapi kesibukkan menghalang Ana untuk update blog ini. Tapi, thanks kepada kakak yang telah membuat Ana mencari masa untuk update blog yang kian lama ditinggal sepi.


"dik macam mana akak nak tingkatkan kesabaran dalam diri akak?
sebagai manusia akak sedaya upaya menjadi setabah yang mungkin..
namun akak hanya manusia biasa..
terkadang hati ni tersentuh..
dengan perkara-perkara agak remeh.."




  •                                                                                     
"harap adik leh menjadi pendengar dan menjadi seorang yang meyokong akak"


Ana terharu pabila kepercayaan diberi, sedangkan antara kita masih belum kenal antara satu sama lain. Jadi, sebagai penghargaan buat kakak yang sudi percaya pada Ana, update kali ini khas buat kakak. Insya-Allah, Ana akan cuba menjadi seorang pendengar dan penyokong akak yang setia. Ana akan cuba menjadi semangat dan pemberi motivasi yang setia buat akak. Setiap orang pasti ada dugaannya yang tersendiri. Setiap orang pasti ada kisahnya yang tersendiri. Termasuklah akak. Dalam masalah yang akak hadapi, ada hikmah yang tersembunyi tanpa kita sedari. Dalam setiap kesulitan yang akak jalani, ada terselit kekuatan buat akak untuk terus melangkah. Teruskan melangkah kak, walaupun beribu kali terjatuh, jangan berhenti untuk kembali bangun dan teruskan langkah akak.

Berniaga atau makan gaji? Pilihan yang akak buat adalah berniaga. 9/10 rezeki adalah datangnya dari berniaga. Tapi sebelum menceburkan diri dalam bidang perniagaan, persediaan mental sangatlah diperlukan. Bidang perniagaan adalah bidang yang sangat berisiko tinggi. Kalau hati tak cukup kental, jiwa tak cukup tabah, jangan sesekali ceburkan diri dalam bidang ini. Tahniah buat kakak. Kakak punya jiwa yang kental, kuat dan tabah. Kakak tahu cara untuk membuat diri akak bersemangat dan bermotivasi. Insya-Allah, satu hari nanti, kejayaan pasti akan menjadi milik kakak.

Ana tak punya pengalaman yang banyak dalam dunia perniagaan untuk bagi motivasi dekat akak. Malah, Ana rasa Ana bukanlah orang yang layak untuk bercakap soal perniagaan. Tapi, Ana punya dua orang abang yang menceburi bidang perniagaan. Ana ada membantu mereka untuk menguruskan perniagaan. Alhamdulillah, Ana punya pengalaman untuk menguruskan kedai. Dari awal mereka mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan sehinggalah berjaya memiliki syarikat sendiri. Jatuh bangun mereka depan mata Ana sendiri. Lumrah dalam perniagaan, masalah kewangan pasti ada kak. Tapi itu tak langsung melemahkan semangat abang Ana walaupun sehingga satu tahap, satu persatu harta yang mereka ada ditarik oleh bank. Abang Ana terus bangkit meneruskan perniagaan. Bermacam-macam perniagaan mereka ceburi. Dari sekecil-kecil perniagaan sehinggalah sebesar-besar perniagaan. Ternyata, pengalaman masa lalu banyak mengajar abang Ana tentang perniagaan sehingga dia berjaya.

alhamdulillah, along sudah ada dua cawangan kedai RM2.
Ana punya keyakinan yang tinggi terhadap akak walaupun kita baru saja kenal. Akak punya semangat yang kuat. Jangan mengalah kak. Ana selitkan jua kata-kata dari abang Ana tentang dunia perniagaan sebagai pemangkin semangat akak untuk terus kekal dalam bidang ini :

  •  Percaya pada diri anda sendiri.


  • Jadilah "duta" kepada perniagaan anda sendiri seperti perniagaan-perniagaan yang berjaya lain!


  • Dalam perniagaan, anda perlu kreatif dalam menangani masalah dan membuat keputusan. Jangan jadikan tiada modal, tiada idea perniagaan menghalang anda. Fikirkan cara kreatif dalam perniagaan anda!


(p/s: Buat kakak Nabsiah binti Sahari, renungkan kata-kata ini: "kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah"..keep moving yer kak? >_< )



Tags: ,

Written by

I was the founder hanaqueen station and also the author of this blog. We offering variety of delicious ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else

3 comments:

  1. lagi2 kalau buat direct selling.muka kena tebal habes...fuh..apa2 pun..tahniah korang berdua kerana sudah terjbak dalam perniagaan(saya bila lagi nih?huhu)

    ReplyDelete
  2. haha..direct selling pun ana ada pengalaman tau..jual astro..hehe..tapi tak tahan lama..muka da tak leh tebal..huhu..insyaallah..ada rezeki dalam perniagaan..tak ke mana..huhu..

    ReplyDelete
  3. owh...lebih kuang la..man pun ada gak beberapa kali tu jual produk..amik kau..penat wey lidah asik bercakap..tup2..orang x beli.(down 5 saat disitu)..huhu...act kalau berkerja apa2 pun dikira perniagaan coz kita sumbangkan tenaga(jual tenaga)..huhu

    ReplyDelete

 

My Instagram

Location

123movies
google maps for free

Popular Posts

Recent Posts

Why to Choose HanaQueen?

HHANAQUEEN STATION OFFER A VARIETY OF PACKAGES FOR THOSE WHO WANT TO START A BUSINESS. YOU JUST NEED TO FIND THE BEST LOCATION TO RUN YOUR BUSINESS AND WE WILL PROVIDE ALL EQUIPMENT TO START YOUR BUSINESS INCLUDING FREE TRAINING.

YOU CAN START YOUR BUSINESS UNDER OUR NAME OR BUILD UP YOUR OWN BRAND. OUR BUSINESS IS FRESH AND FOCUSED, CONSISTENTLY DELIVERING NEW IDEAS. THIS IS NOT AN 'ADD ON' BUSINESS - WE ONLY PROVIDE GREAT SERVICES TO OUR CLIENTS. IT’S WHAT WE DO AND WE LOVE IT..

Copyright © HANAQUEEN STATION | Designed by SirArtwork