Seringkali kita mengeluh apabila
berdepan dengan pelbagai masalah dan dugaan hidup. Kita rasa kita dah tak kuat
lagi nak teruskan kehidupan. Kita rasa kita dah tak mampu lagi nak tanggung
semua bebanan dan dugaan yang menimpa. 'Semakin Allah menyayangi kita, semakin
kuat dugaan yang Allah berikan pada kita.' Tak terasa tenang ke bila kita fikir
macam tu? Semakin kuat dugaan yang Allah beri, semakin matang kita dapat jalani
kehidupan dan semakin dekat diri kita dengan Allah.
Tidakkah kita rasa, ujian yang Allah beri, adalah untuk menyedarkan kita? - Hilal Asyraf
Jangan nak dipersoalkan
kenapa kita diuji, sebaliknya ingatlah kenapa kita dilahirkan di dunia ini. 'Kita hamba, maka buatlah cara sebagai hamba.' Tanam
dalam hati, tanam dalam minda, Allah takkan uji lebih dari kemampuan kita. Kenapa
kita nak cakap kita tak mampu harungi dugaan dan ujian, sedangkan Allah yang
mencipta kita, dan Allah lebih tahu kemampuan kita? Jangan mengalah sebelum
berjuang. Lihatlah dari sudut yang positive, sehingga ke saat hari ini, adakah kita pernah mati apabila diduga dalam kehidupan? Tak kan? Kita masih hidup, kita masih bernafas. Lihat ke belakang, berapa banyak ujian dan dugaan kita mampu harungi? dan setiap ujian itu mengajar kita erti kehidupan dan erti kematangan. Ada hikmahnya dalam setiap ujian, maka yakinlah, untuk kesekian kalinya, ujian yang menimpa kita kali ini, mampu kita tempuhi.
Kadang-kadang, kita rasa kita lah insan yang paling sedih sedangkan insan
yang lain di sekitar kita kelihatan gembira dengan life mereka. Itu apa yang
kita rasa. Tapi apa yang kita rasa tak semestinya betul. Ya, terima hakikat
bahawa kita tak selalunya betul. Mereka yang nampak happy, tak semestinya
mereka benar-benar happy. Mereka yang selalu nasihatkan kita untuk jadi kuat,
tak semestinya mereka juga kuat. Siapa tahu mereka sebenarnya lebih sedih dari
kita? Siapa tahu dugaan yang mereka hadapi lebih teruk dari kita? Tiada siapa
tahu. Macam mana orang lain tak tahu tentang kesedihan kita, dugaan yang kita
tanggung, macam tu jugak kita tak tahu tentang mereka. Jadi, kenapa perlu
bandingkan diri kita dan juga diri orang lain?
We spend so much time asking God to cure us of our hardships.
But we never stop to consider that our hardships are curing us
– Yasmin Mogahed
Ana tak suka bandingkan diri Ana dengan orang lain. Bagi Ana, setiap
individu itu ada keunikkan masing-masing. Dan setiap individu itu dilahirkan
dengan ciri-ciri yang berbeza. Rambut sama hitam, tapi rambut kita tak sama
panjang, tak sama lurus/kerinting. Kita dilahirkan punya 2 tangan, tapi tangan
kita tak sama cerah kulitnya. Kita dilahirkan punya hidung, tapi hidung kita
tak sama mancungnya. Jadi, untuk apa bezakan diri kita dengan orang lain? Belajarlah
untuk bersyukur. Jangan persoalkan kenapa dia lagi cantik dia lagi kurus, dia
lagi menawan, dia lagi pandai dan sebagainya. Mula lah hargai diri sendiri, mula
lah bersyukur dengan apa yang kita ada. Disebabkan sikap kita yang suka membanding-bandingkan,
sebab itulah kita selalu bersedih.
" Learn to accept who you are and treat yourself nice. ♥"
Bersyukurlah, kerana sifat itu boleh membahagiakan kita. |
Kalau terasa masalah yang kita hadapi itu besar sangat sampai nak putus
asa dalam kehidupan, pandanglah saudara kita di GAZA sana. Mereka adalah contoh
terbaik untuk kita tahu, bukan kita sahaja yang diduga di dunia ini. Kita patut
berasa malu. Malu dengan mereka. Mereka tabah hadapi ujian, makin diuji, makin
kukuh ikatan mereka dengan Allah. Sejak kebelakangan ni, Ana selalu rasa tersangat-sangat
down dek kerana masalah duniawi, tapi bila kenang nasib saudara di GAZA, apalah
sangat dugaan yang kita hadapi berbanding mereka. Sungguh, semangat juang
saudara di Gaza, banyak memberi kesedaran kepada seluruh umat Islam di dunia. Ada
Allah di setiap hati mereka. Itulah sumber kekuatan mereka. Jika Allah ada
dalam hati kita, kita juga akan kuat hadapi ujian kehidupan.
(p/s: Post kali ini lebih untuk beri peringatan kepada diri sendiri. Semoga kita sama-sama kuat dalam mengahdapi kehidupan. Yakinlah, Allah sayangkan kita.)
0 comments:
Post a Comment