KUALA LUMPUR 19
Dis. - Solat hajat menjadi kunci
kejayaan seorang pelajar cemerlang dari Sekolah Menengah Sains (SMS) Selangor
apabila berjaya memperoleh semua A dalam lapan subjek yang diambilnya pada
Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 lalu.
Nur Fitri
Haziqah Mohd. Yusof berkata, amalan
solat hajat menjadi aktivitinya setiap malam lebih-lebih lagi apabila
menghampiri musim peperiksaan malah turut
disertai ibu bapanya.
Selain itu
katanya, amalan memohon maaf antara
satu sama lain turut menjadi penyumbang kejayaannya kerana dikatakan mampu
melapangkan fikiran ketika menduduki peperiksaan.
"Tidak
dinafikan, saya juga berjumpa setiap
guru di sekolah ini semata-mata untuk memohon maaf bagi memperoleh
keberkatan ilmu yang mereka ajar selain meminta keampunan daripada ibu bapa dan
ahli keluarga yang lain.
"Malah saya
turut mengamalkan beberapa amalan sunat lain seperti membaca doa penerang hati dan ayat Kursi sebelum masuk ke dewan
peperiksaan untuk mendapat keredhaan dan ketenangan ketika menjawab
soalan," katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan PMR di
sekolahnya di sini hari ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kota/20121220/wk_05/Solat-hajat-rahsia-kejayaan-Nur-Fitri-Haziqah#ixzz2FggJ1Zri
© Utusan Melayu (M) Bhd
Ana
kongsikan artikel ni, supaya kita boleh sama-sama ambil apa-apa sahaja perkara
yang kita boleh contohi. Apa guna ilmu kalau tidak diamalkan dan dikongsikan
bersama kan? Sebenarnya, ada program solat hajat di tempat Ana semalam sempena
menghampiri final exam bagi kami pelajar degree ini. Ustaz itu berkongsi
tentang artikel akhbar ni, semasa sesi tazkirah sementara nak tunggu isyak. Banyak
yang Ana fikir lepas dengar perkongsian artikel ini, dan ya, saya hormat
pelajar cemerlang ini. Tahniah buat beliau.
Ramai
orang yang buat solat hajat, itu pun mungkin sekali dua jer sebelum exam,
mungkin seminggu sebelum exam atau mungkin sehari sebelum exam. Tapi pelajar
ini luar biasa, dia buat solat hajat SETIAP MALAM dan apabila menghampiri
peperiksaaan, dia DOUBLEKAN lagi jumlah solat hajat yang dia selalu buat tadi. Solat
hajat itu juga disertai oleh ibu bapa beliau. Hebat kan? Doa ibu bapa itu telah
dikatakan antara doa yang paling mustajab. Kalau ibu bapa kita juga buat solat
hajat untuk kita, insya-Allah, urusan kita dipermudahkan. Lepas ni, pakat
ramai-ramai, ajak mak ayah buat solat hajat untuk kita sekali, minta mak ayah doa
yang baik-baik untuk kita.
Tak
ramai yang buat macam tuh, tak ramai yang minta pada Allah dengan
bersungguh-sungguh, ramai yang hanya minta sekadar cukup syarat jer. Bak kata
ustaz, “Kita kena kreatif dalam meminta kepada Allah. Jangan minta apa yang
orang dah biasa minta. Jangan minta perkara yang terlalu umum. Mintalah
betul-betul apa yang kita nak. Kalau rasa tak mampu dapat 3.5 sekali pun, kita
kena minta dapat 4.0. Mana tau ada rezeki, Allah makbulkan doa kita.” Tapi, masa usrah tadi, lecturer Ana ada
cakap, belajar cerminkan diri sebelum
berdoa dan meminta pada Allah. “Tak kena kalau kita minta macam-macam pada
Allah, nak itu, nak ini, tapi apa yangAllah suruh tinggalkan, kita buat. Apa yang
Allah perintahkan buat, kita tinggalkan. Jadi, cermin dulu diri sebelum berdoa.
Layakkah kita minta macam-macam pada Allah?” Pendek cerita, kita boleh meminta
dan berdoa dari Allah apa sahaja yang kita nak, tapi pastikan diri kita layak
untuk meminta.
Meminta
maaf dan memaafkan, semua orang tahu bila kita buat dua perkara ini, hati kita
akan lapang dan tenang. Dapat jauhkan diri kita dari sifat benci membenci dan
dendam yang boleh hitamkan hati kita. Tapi ramai tak yang buat setiap malam
sebelum tidur? Ngantuk-ngantuk, booommmm! Terus tidur. Benda yang nampak kecil
dan remeh ini, sebenarnya kesan dia sangat besarrrrr! Tak percaya? Try. Ana tengah didik diri Ana untuk jadikan
kebiasaan memaafkan segala kesalahan orang dan meminta maaf. Kadang-kadang, ada
yang terasa dengan kita tanpa kita sedar. Makanya, jadikan meminta maaf itu
kebiasaan kita. Tak mati pun minta maaf selalu.
Kalau buat semua tu sungguh-sungguh, tapi buku tak baca, tak jadi jugak. :p |
Sebelum menutup tirai, mari kita recheck balik tips pelajar
cemerlang:
1. Solat
hajat setiap malam
2. Solat
hajat disertai ibu bapa sekali
3. Minta
maaf dan memaafkan dengan semua orang
4. Jumpa
guru dan pensyarah untuk memohon maaf dan minta keberkatan ilmu
5. Baca
doa terang hati & ayat kursi (Ustaz kata, kalau tak tau doa terang hati,
boleh baca surah Al-Insyirah.)
3
tips tambahan dari ustaz:
1.
Ambil wudhuk sebelum belajar, pastikan diri
dalam keadaan yang suci
2.
Belajar menghadap kiblat
3.
Pakai wangi-wangian sebab boleh merangsang otak
untuk aktif. (tak payah over sangat nak spray 1 badan pulak.)
Selamat maju jaya kepada semua yang bakal menghadapi peperiksaan akhir macam Ana. :D |
(p/s: Apa guna
percakapan, jika tidak selari dengan perbuatan. Apa guna ilmu, jika tidak
diamalkan. Belajarlah untuk istiqamah dalam perbuatan, dan belajarlah untuk
berkongsi ilmu. )
0 comments:
Post a Comment