CASE 1
A: Panas betul lah
zaman sekarang ni.
B: Panas lagi api
neraka doh.
A: Yang tu tak payah
cakap, aku pun tahu.
B: Kita ni kan dah
di shortlist kan untuk jadi ahli neraka. So, kena lah sedia dari sekarang.
Haha.
A: Tu lah, kalau
mati, confirm kita jadi bahan pembakar api kat neraka sana kan. Haha.
C: ‘Terdengar perbualan mereka secara diam, dan hanya mampu
beristigfar dalam hati. Astaghfirullahalazim.
’
CASE 2
X: Aku dah tak tahan
dah hidup kat dunia ni!! Semua orang tak sayang aku, semua orang nak cari masalah
dengan aku, semua orang tak faham aku! Lebih baik aku mati saja!!!
Y: Sabar, jangan
buat tindakan melulu. Jangan cakap ikut hati dan emosi yang tak stabil.
X: Arghhhh! Kau pun
sama macam orang lain. Hidup aku ni, hanya nak puaskan kehendak orang jer, terkongkong
sebab nak jaga hati orang jer. Sedangkan hati aku sendiri?? Takde sape yang
jaga. Kalau aku mati, baru takde orang sakit hati dengan aku.
Y: Yang kau cakap
pasal mati ni, nak sangat mati, kau dah bersedia ke nak jawab kat akhirat
nanti?? Bertaubatlah! Bunuh diri takkan selesaikan masalah! Neraka jawabnya!
Y: *Terkedu* Astaghfirullahalazim.
Ramai orang sedar balasan yang mereka akan dapat di setiap
kesalahan dan maksiat yang dilakukan.
Ramai orang sedar hakikat kebenaran syurga dan neraka itu.
Ramai orang sedar setiap dosa yang mereka lakukan boleh
membawa mereka ke dalam neraka di akhirat nanti.
Dan ramai orang juga yang tak kisah akan ancaman api neraka
buat mereka nanti.
Fikiran mereka jadi sempit, sehingga api neraka jadi bahan
mainan dalam setiap percakapan mereka.
Di mana silapnya mereka ini?
Mereka sedar, mereka tahu tapi mungkin mereka tak faham.
Mungkin mereka tak faham hukuman api neraka bukanlah sesuatu
yang boleh dibuat main.
Mungkin mereka tak faham panasnya api neraka itu jauh lebih
panas, jauh lebih dasyat dari api dunia.
Sedangkan melecur walaupun hanya
terkena air panas sekalipun, mereka meraung seolah nak satu dunia dengar,
apatah lagi api neraka.
Saat ada manusia melecur dengan serius atau terperangkap
dalam kebakaran di dunia, mereka mungkin boleh mati kerana panasnya api yang telah
memusnahkan sistem tubuh badan mereka.
Mungkin mereka tak tahu bahawa kulit dan tubuh ahli neraka
juga terus menerus diperbaharui setelah terbakar supaya ia boleh terus menerus
menanggung azab seksaan dan tidak pula berakhir dengan kematian seperti di
dunia.
Sesungguhnya
orang-orang yang kufur Ingkar kepada Ayat-Ayat Keterangan Kami, Kami akan
Membakar mereka dalam Api Neraka. Tiap-tiap kali Kulit mereka Masak Hangus,
Kami Gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa Azab
Sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana. (An-Nisaa' 56)
(p/s: Jom berdoa bersama-sama, " Jauhkan kami dari
nerakaMu ya Rabb kerna kepanasan dunia ini kami masih belum menahannya apatah
lagi kepanasan api Neraka yang pastinya akan menghancurkan diri andai kami
dicampakkan kedalamnya. ")
ishh2 ..
ReplyDeletedah bosan nak hidup ke?
betapa indahnya hidup ni.
patutnya bersyukur bukan menyesali.
manusia itu selalu pendek akal bila emosi dah kuasai diri. huhu
ReplyDelete