AD (728x60)

Wednesday, January 23, 2013

Neraka

Share & Comment


CASE 1

A: Panas betul lah zaman sekarang ni.

B: Panas lagi api neraka doh.

A: Yang tu tak payah cakap, aku pun tahu.

B: Kita ni kan dah di shortlist kan untuk jadi ahli neraka. So, kena lah sedia dari sekarang. Haha.

A: Tu lah, kalau mati, confirm kita jadi bahan pembakar api kat neraka sana kan. Haha.

C: ‘Terdengar perbualan mereka secara diam, dan hanya mampu beristigfar dalam hati. Astaghfirullahalazim. ’


CASE 2

X: Aku dah tak tahan dah hidup kat dunia ni!! Semua orang tak sayang aku, semua orang nak cari masalah dengan aku, semua orang tak faham aku! Lebih baik aku mati saja!!!

Y: Sabar, jangan buat tindakan melulu. Jangan cakap ikut hati dan emosi yang tak stabil.

X: Arghhhh! Kau pun sama macam orang lain. Hidup aku ni, hanya nak puaskan kehendak orang jer, terkongkong sebab nak jaga hati orang jer. Sedangkan hati aku sendiri?? Takde sape yang jaga. Kalau aku mati, baru takde orang sakit hati dengan aku.

Y: Yang kau cakap pasal mati ni, nak sangat mati, kau dah bersedia ke nak jawab kat akhirat nanti?? Bertaubatlah! Bunuh diri takkan selesaikan masalah! Neraka jawabnya!

X: Aku mati sekarang ke, aku mati esok ke, lusa ke, tahun depan ke, macam mana cara aku mati sekali pun, aku tetap masuk neraka jugak!! Sama jer!

Y: *Terkedu* Astaghfirullahalazim.




Ramai orang sedar balasan yang mereka akan dapat di setiap kesalahan dan maksiat yang dilakukan.

Ramai orang sedar hakikat kebenaran syurga dan neraka itu.

Ramai orang sedar setiap dosa yang mereka lakukan boleh membawa mereka ke dalam neraka di akhirat nanti.

Dan ramai orang juga yang tak kisah akan ancaman api neraka buat mereka nanti.

Fikiran mereka jadi sempit, sehingga api neraka jadi bahan mainan dalam setiap percakapan mereka.

Di mana silapnya mereka ini?

Mereka sedar, mereka tahu tapi mungkin mereka tak faham.

Mungkin mereka tak faham hukuman api neraka bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main.

Mungkin mereka tak faham panasnya api neraka itu jauh lebih panas, jauh lebih dasyat dari api dunia. 

Sedangkan melecur walaupun hanya terkena air panas sekalipun, mereka meraung seolah nak satu dunia dengar, apatah lagi api neraka.

Saat ada manusia melecur dengan serius atau terperangkap dalam kebakaran di dunia, mereka mungkin boleh mati kerana panasnya api yang telah memusnahkan sistem tubuh badan mereka.

Mungkin mereka tak tahu bahawa kulit dan tubuh ahli neraka juga terus menerus diperbaharui setelah terbakar supaya ia boleh terus menerus menanggung azab seksaan dan tidak pula berakhir dengan kematian seperti di dunia.

Sesungguhnya orang-orang yang kufur Ingkar kepada Ayat-Ayat Keterangan Kami, Kami akan Membakar mereka dalam Api Neraka. Tiap-tiap kali Kulit mereka Masak Hangus, Kami Gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa Azab Sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (An-Nisaa' 56)




(p/s: Jom berdoa bersama-sama, " Jauhkan kami dari nerakaMu ya Rabb kerna kepanasan dunia ini kami masih belum menahannya apatah lagi kepanasan api Neraka yang pastinya akan menghancurkan diri andai kami dicampakkan kedalamnya. ")



Tags:

Written by

I was the founder hanaqueen station and also the author of this blog. We offering variety of delicious ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else

2 comments:

  1. ishh2 ..
    dah bosan nak hidup ke?
    betapa indahnya hidup ni.
    patutnya bersyukur bukan menyesali.

    ReplyDelete
  2. manusia itu selalu pendek akal bila emosi dah kuasai diri. huhu

    ReplyDelete

 

My Instagram

Location

123movies
google maps for free

Popular Posts

Recent Posts

Why to Choose HanaQueen?

HHANAQUEEN STATION OFFER A VARIETY OF PACKAGES FOR THOSE WHO WANT TO START A BUSINESS. YOU JUST NEED TO FIND THE BEST LOCATION TO RUN YOUR BUSINESS AND WE WILL PROVIDE ALL EQUIPMENT TO START YOUR BUSINESS INCLUDING FREE TRAINING.

YOU CAN START YOUR BUSINESS UNDER OUR NAME OR BUILD UP YOUR OWN BRAND. OUR BUSINESS IS FRESH AND FOCUSED, CONSISTENTLY DELIVERING NEW IDEAS. THIS IS NOT AN 'ADD ON' BUSINESS - WE ONLY PROVIDE GREAT SERVICES TO OUR CLIENTS. IT’S WHAT WE DO AND WE LOVE IT..

Copyright © HANAQUEEN STATION | Designed by SirArtwork