AD (728x60)

Thursday, January 2, 2014

Bersahabatlah dengan Al-Quran

Share & Comment



Setiap kali baca, pasti teringat sahabat di KMM dulu yang tolong belikan. Dia siap tolong tuliskan nama lagi. Siap no matrik dulu pun ado.

Katanya, kita mungkin akan ada banyak Al-Quran di rumah. Tapi kita kena ada satu tafsir atau Al-Quran yang dapat kita jadikan sahabat. Untuk kita senang bawa kemana-mana sahaja. 

Supaya kita faham segala panduan hidup  yang ada dalam Al-Quran. Dan moga-moga Al-Quran ini juga mampu jadi pembela kita di akhirat sana nanti.

Ana bercakap bukan sekadar "Ahh, dia ni, cakap senanglah. Pandai cakap jer lebih. Buat tak." Jujur, semua orang ada masa lalu. Zaman kegelapan. Zaman kejahilan. Zaman lagha. Ana pun pernah lalui semua itu.

Syukur, Allah hadirkan sahabat yang baik masa Ana di Kolej Matrikulasi Melaka. Masa tu, boleh dikatakan, Ana mengaji agak teruk. Gagap, tersangkut-sangkut, semua tu normal lah masa tu. Khatam? Ana bukan tak pernah mengaji, selalu, tapi sayang mengaji tak pernah sampai habis. Belajar mengaji dengan ayah. Ada juga pergi rumah-rumah ustaz/ustazah. Tapi tak sampai habis. 

Sudahnya, mengaji sendiri, Asyik ulang balik dari mula, sebab kita tak confident nak teruskan bacaan sampai habis. Yelah, waktu dulu, Ana selalu dengar, kalau salah baca, hukumnya DOSA. Jadi, kita pun takutlah nak baca, dari nak tambah pahala, tertambah dosa pulak nanti.  Terus tak baca-baca. Itu yang Ana fikir dulu. Jadi yang selalu mengaji dulu, Yassin. Al-Mulk. Surah-surah yang dah biasa baca. Yang dah confident baca.

Tapi, benda kalau kita tak practice, sampai bila-bila tak pandai. Lagi lama kita tinggalkan Al-Quran, lagi keras lidah nak membaca. Lagi merangkak-rangkak lah bacaan kita tu nanti.

Hadis Nabi SAW di mana baginda bersabda, 

"Orang yang mahir membaca al-Quran setaraf dengan malaikat yang mulia lagi taat (al-Safarah al-Kiram al-Bararah). Adapun orang yang membaca al-Quran dalam keadaan tersangkut-sangkut dan bersusah payah membacanya, dia akan dapat dua pahala." 

(Hadis Sahih riwayat al-Imam Muslim, Kitab, Bab, No. 798)

Membaca A-Quran dalam keadaan tersangkut-sangkut dan BERSUSAH PAYAH. Maknanya, usaha nak membaca. Bukan biar dan berharap akan terus pandai. Masa Ana dekat KMM, baru hati tekad sebulat-bulatnya, nak baiki bacaan Al-Quran. Masa tu 1st time duduk jauh dengan family kan. Semua buat sendiri, dan alhamdulillah, Allah datangkan sahabat baik yang sudi membimbing.

Mula-mula, malu nak belajar. Yelah, dah terasa tua sangat masa tu, tapi tak reti mengaji. Tapi bila fikir, kalau tak mula masa tu, bila lagi kan. Nanti dah bertambah tua pulak. Tua-tua, tak jugak pandai mengaji. Esok lusa, nak ajar anak, dah kena hantar dekat orang. Sebab tak pandai mengaji nak ajar anak sendiri. Sedih.

Usaha yang Ana ambil masa tu, Ana mengaji sambil dengar bacaan Al-Quran dekat laptop. Ana pilih bacaan dari Sheikh Saad Al-Ghamdi sebab Ana rasa senang nak ikut bacaan beliau. Dengar dan ikut. Dengar dan baca bersama-sama. Masa tu malu nak berguru dengan sesiapa, lagi-lagi kengkawan kan. *Ego* Haha. 

Tak lama lepas tu, belajar dengan roommate. Orang yang banyak bimbing Ana, yang bawa Ana join usrah. Dan beliau juga yang belikan Al-Quran Tafsir pertama Ana macam dalam gambar tu.  Ya, sebelum tu tak pernah langsung baca tafsir.  Bila dah ada tafsir, excited nak baca Quran tu lain macam. Satu persatu yang kita baca, hati tergerak, "Yelah, semua ada dalam Al-Quran. Semua Allah dah bagi tau dalam Quran ni."

Sekarang ni mula excited nak cari Quran Pelangi. Warna purple. Haha. Tapi, bila pandang Al-Quran tafsir Ana ni, tak jadi nak beli. Cukuplah satu ni. Sampai masanya nanti, ada rezeki lebih, baru akan beli lain. Tak nak nanti, bila ada yang baru, yang ni terabai. Tapi, kalau ada yang nak bagi sebagai hadiah, luas tapak tangan menerimanya. Haha.



Bacalah Al Quran selalu walaupun kita tidak dapat membaca dengan baik. Cuba amalkan selepas solat, ambil masa sekejap, practice baca Al-Quran. Satu page pun jadilah. Kalau sibuk sangat, ambil masa lepas maghrib, sambil nak tunggu Isyak tu, baca sekejap. Bukan tunggu malam jumaat jer,  baru nak baca Yassin.

Tak kira betul atau salah kita baca, asalkan kita usaha hari demi hari nak baiki bacaan. Bila benda tu kita dah selalu amalkan, Insya Allah, kita akan sentiasa mencuba untuk memperbaiki bacaan dan tajwid di samping memahami setiap ayat yang dibaca. 

"Dan bacalah Al-Quran dengan tartil "

(Surah Al-Furqan 25:32)

Kemudian,usaha belajar secara bertalaqi iaitu menghadap guru yang lebih pakar. Supaya kita mampu membacanya dengan menjaga makhraj huruf dan juga hukum tajwidnya yang betul. Ilmu tajwid ni indah. Feel nak baca Quran bila dah dalami ilmu tajwid, lagi best.

Pesan Ulama hari ini "baca juga tafsirnya tetapi jangan memandai nak menafsir". Baca sebagai panduan dan untuk ambil pengajaran. Tapi jangan memandai nak menafsir tanpa berguru. Ilmu setakat diploma, takkan kita boleh buat kerja orang PhD, kan?

Jiwa kosong? Hati gelisah? Perasaan tak tenang? 

Recheck balik, bila kali terakhir mengaji. Jangan pernah leka. Muhasabah diri. Dalam 24 jam sehari, berapa minit kita habiskan masa untuk tilawah Al Quran?

Tak pandai mengaji? Boleh belajar. Hendak atau tak nak jer kan? Ana pun sedang belajar lagi.

Jangan cari alasan. Tapi carilah solusi.

Sebagai peringatan bersama. Sama-sama perbaiki diri. Insya-Allah.



Tags:

Written by

I was the founder hanaqueen station and also the author of this blog. We offering variety of delicious ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else

0 comments:

Post a Comment

 

My Instagram

Location

123movies
google maps for free

Popular Posts

Recent Posts

Why to Choose HanaQueen?

HHANAQUEEN STATION OFFER A VARIETY OF PACKAGES FOR THOSE WHO WANT TO START A BUSINESS. YOU JUST NEED TO FIND THE BEST LOCATION TO RUN YOUR BUSINESS AND WE WILL PROVIDE ALL EQUIPMENT TO START YOUR BUSINESS INCLUDING FREE TRAINING.

YOU CAN START YOUR BUSINESS UNDER OUR NAME OR BUILD UP YOUR OWN BRAND. OUR BUSINESS IS FRESH AND FOCUSED, CONSISTENTLY DELIVERING NEW IDEAS. THIS IS NOT AN 'ADD ON' BUSINESS - WE ONLY PROVIDE GREAT SERVICES TO OUR CLIENTS. IT’S WHAT WE DO AND WE LOVE IT..

Copyright © HANAQUEEN STATION | Designed by SirArtwork