AD (728x60)

Sunday, July 13, 2014

ISLAM adalah agama paling BEST!

Share & Comment


Assalammualaikum,


Alhamdulillah, Ramadhan kali ini membawa 1001 cerita dan pengalaman baru. Lepas habis study dan segala urusan final sem, Ana mula start kerja part time berdekatan dengan rumah. Tapi, apa yang Ana nak cerita bukanlah berkenaan kerja tersebut. 

Perkenalan dengan rakan sekerja yang baru banyak buat Ana berfikir. Dia seorang muallaf. Sekali pandang, memang takkan tahu dia adalah Islam. Selama ni, Ana hanya dengar cerita dari pihak ketiga tentang muallaf. Apabila berjumpa sendiri dengan muallaf, dengar cerita mereka secara live, Allah, sungguh kita akan sayu melihat cahaya dalam mata mereka bila bercerita tentang keindahan ISLAM.



Sahabat Ana ini berasal dari agama Hindu. Dia membesar dengan kawan-kawan Melayu sejak dia kecil lagi. Dari situ, dia mula melihat keindahan ajaran Islam dan kepincangan ajaran agama Hindu. Dia mula berfikir. Mula mencari di mana kebenaran kehidupan.

Alhamdulillah, cahaya hidayah Allah itu sampai apabila dia mendapat mimpi, seorang anak kecil secara tiba-tiba mengajar dia solat. Lalu dia memeluk Islam secara rasmi semenjak 2011. 

Apabila ditanya dan diminta untuk bercerita tentang pengalamannya, tentang mengapa memilih ISLAM sebagai pegangan hidup, jawapannya mudah sahaja..

"Kerana di antara 4 agama di dunia ini, ISLAM yang paling BEST! ISLAM ajar kita dari kita mula bangun tidur, masuk tandas, keluar tandas, sebelum makan, selepas makan dan segala perkara basic yang kita lakukan dalam hidup ini ada DOA nya. Ajaran ISLAM sangat teratur. ISLAM adalah sebaik-baik agama bagi mereka yang mengkaji.


Kita lihat saja di sekeliling kita, di seluruh pelusuk dunia, di setiap negara malah di negara k-pop sekali pun, semakin ramai yang memeluk ISLAM. Kita tengok sendiri bangsa yang suka mengkaji, orang putih sana, mereka pasti akan kembali ke ISLAM sekiranya mereka benar-benar mengkaji.

Ada juga yang mengkaji tetapi menutup mata dan hati untuk menerima ISLAM, tapi itu semua di bawah kekuasaan Allah. Hanya dia berhak menentukan siapa yang akan menerima cahaya hidayahnya. Hanya dia yang berkuasa membolak balikkan hati seseorang itu. Alhamdulillah, aku tetap teguh dengan pilihan yang aku buat ini. Tanpa sesal.

Takkan pernah sesal dengan ISLAM. Walaupun sekarang ini dibuang keluarga setelah mereka tahu agama aku, aku tetap berasa tenang. Ketenangan dan kebahagiaan yang aku tak pernah rasa dulu. Ya, sedih tu mestilah ada, hilang keluarga, siapa yang tak sedih, tempat nak berkasih sayang tu dah takde. Tapi aku tahu aku tak keseorangan. Allah kan ada.

Alhamdulillah, Allah bantu aku untuk menghadapi ujiannya. Allah bantu aku untuk mempertahankan iman aku. Walaupun aku seorang diri sekarang, aku tak pernah rasa susah pun. Alhamdulillah, Allah jaga aku."

Apa yang membuat Ana terasa lebih sayu adalah keyakinan dia terhadap Islam adakalanya melebihi kita yang bergelar ISlam semenjak dari lahir ini. Itulah bezanya kita dan mereka, muallaf. Mereka menemui Nur Islam itu setelah mengkaji ajaran Islam, sedangkan kita melakukan setiap ibadah tanpa menyerahkan sepenuh hati seperti mereka. 

Kerana apa? Kerana kita tidak memahami seperti apa yang mereka fahami tentang Islam. Mereka betul-betul menghayati makna dua kalimah syahadah yang mereka ucapkan itu:

Sebab itu ramai di antara muallaf ini bergelar pendakwah setelah betul-betul menuntut ilmu tentang Islam. Kerana apabila mereka faham dan nampak keindahan Islam, hati mereka membuak-buak rasa untuk berkongsi keindahan Islam itu bersama yang lain. Oleh sebab itulah, ramai di antara kita tidak menghargai nikmat terbesar Allah kurniakan pada kita iaitu ISLAM dan IMAN sejak kita lahir di dunia ini.



Malu. Malu dengan diri sendiri. Malu apabila tidak menghayati Islam seperti mana seorang muallaf menghayatinya. Malu apabila seorang muallaf yang baru mengenali Islam lebih tabah menghadapi ujian dan meletakkan sepenuh pergantungan kepada Allah. Malu apabila mereka lebih gigih dalam melaksanakan ibadah tanpa lelah dan berdakwah tanpa jemu. 

Allah. Betapa kita yang bergelar Islam sejak lahir ini, patut tunduk malu dihadapan mereka. Di saat kita patut menghulurkan bantuan dan mengajar tentang Islam kepada mereka, dan kita sendiri tak tahu nak ajar apa sebab ceteknya ilmu pengetahuan dan keimanan, maka kita patut MALU.

Moga kita semua, saudara sesama ISLAM yang best ini, mampu untuk berganding bahu untuk memperluaskan ajaran ISLAM.

Dan buat mereka yang masih mencari-cari di mana kebenaran dan apa kelebihan ajaran Islam, Ana syorkan boleh bermula dengan membaca buku ini, Tuhan Lebih Saintifik. Huraiannya mengenai Islam, mampu menyentuh hati sesiapa yang membacanya. Malah jujur dari hati, banyak juga perkara yang Ana tidak tahu tentang Islam, salah faham mengenai ajaran Islam, ada dijelaskan dalam buku ini. 



Selamat membaca. 

Selamat menghayati makna ISLAM. 

Selamat mencari sinar kebenaran. 

Selamat meneguhkan keimanan dan ketaqwaan wahai saudara-saudaraku. 

Jangan pernah lelah untuk berlari mendekati Allah. 

Doaku bersama kalian, dan mohon doakan aku jua ya. 



Amin.



Tags:

Written by

I was the founder hanaqueen station and also the author of this blog. We offering variety of delicious ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else

0 comments:

Post a Comment

 

My Instagram

Location

123movies
google maps for free

Popular Posts

Recent Posts

Why to Choose HanaQueen?

HHANAQUEEN STATION OFFER A VARIETY OF PACKAGES FOR THOSE WHO WANT TO START A BUSINESS. YOU JUST NEED TO FIND THE BEST LOCATION TO RUN YOUR BUSINESS AND WE WILL PROVIDE ALL EQUIPMENT TO START YOUR BUSINESS INCLUDING FREE TRAINING.

YOU CAN START YOUR BUSINESS UNDER OUR NAME OR BUILD UP YOUR OWN BRAND. OUR BUSINESS IS FRESH AND FOCUSED, CONSISTENTLY DELIVERING NEW IDEAS. THIS IS NOT AN 'ADD ON' BUSINESS - WE ONLY PROVIDE GREAT SERVICES TO OUR CLIENTS. IT’S WHAT WE DO AND WE LOVE IT..

Copyright © HANAQUEEN STATION | Designed by SirArtwork