AD (728x60)

Sunday, October 15, 2017

Soalan KBAT bahaya?

Share & Comment
No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Reaksi pelajar saya yang berusia 10 tahun apabila nampak soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di dalam buku latihan. Belum baca soalan sampai habis lagi dah kata susah dan bahaya.


KBAT sebenarnya adalah satu sistem yang bagus, dapat mendidik pelajar untuk lebih kreatif, berfikir luar dari kotak fikiran dan tidak menghafal fakta semata-mata. Kalau dahulu soalan di dalam peperiksaan lebih straight, tapi soalan sekarang menguji daya fikiran pelajar untuk jawab soalan tersebut. 

Soalan KBAT ini merujuk kepada empat aras iaitu mengaplikas, menganalisis, menilai dan mencipta.

Image result for KBAT
Zaman sekarang dah tak sama dengan zaman kita dulu. Kalau dulu, bila dengar anak-anak dapat straight A dalam peperiksaan UPSR, PT3 atau SPM, dah "WOWWW" sangat dah! Betul-betul kagum dan rasa anak itu seorang yang bijak. Tapi kalau sekarang, dengar anak-anak dapat straight A, perkataan yang keluar cumalah "Ohhh". 
Terlalu ramai pelajar yang bijaksana menyebabkan terhasilnya KBAT untuk melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global.
Tapi sayang apabila minda pelajar-pelajar sering diterapkan bahawa soalan KBAT adalah susah. Bila tahu itu adalah soalan KBAT, ada pelajar yang jadikan ianya satu alasan untuk tinggalkan dan tidak jawab atas alasan susah. Malah ada yang nampak soalan KBAT, terus tinggalkan tanpa baca dan tak nak cuba menjawab langsung. 

KBAT adalah untuk menguji daya fikiran pelajar. Apa sahaja idea yang diberikan oleh mereka dan jawapan yang logik akan diterima dan ada markah asalkan mereka menjawabnya. Mengikut skema permarkahan ialah mana-mana jawapan yang munasabah akan dikira. Pelajar cuma perlu menggunakan common sense yang sesuai mengikut soalan yang dikemukakan.

Benda apabila kita sering fikir ianya SUSAH, maka SUSAH lah jadinya. Jangan takut dengan KBAT. Pelajar yang cemerlang pasti suka cabaran soalan KBAT. Dan pastikan pelajar banyakkan membaca isu-isu terkini. 
#hometutor

Image result for kalau fikir susah, susahlah jadinya
Tags:

Written by

I was the founder hanaqueen station and also the author of this blog. We offering variety of delicious ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else

4 comments:

  1. Memang zaman sekarang kita terkendala dalam membuat dan menerapkan kurikulum yang sesuai dengan perkembangan zaman dan kondisi psikologis serta sosial anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar. Zaman sentiasa berubah, dan kita perlu cara kaedah untuk anak-anak boleh sesuaikan diri dalam keadaan sekarang.

      Delete
  2. Kbat biasanya dihurai dalam ayat yang panjang yang mana tidak menarik pelajar untuk membacanya. Padahal kehendak soalan tidaklah sepayah mana. Pendapat saya guru dan parents perlu kreatif untuk menarik minat pelajar membaca soalan2 kbat yang panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, ayat yang panjang untuk mengelirukan pelajar tentang kehendak sebenar soalan. Ini yang buat pelajar malas nak berfikir dan menjawabnya

      Delete

 

My Instagram

Location

Popular Posts

Recent Posts

Follow by Email

Why to Choose HanaQueen?

HHANAQUEEN STATION OFFER A VARIETY OF PACKAGES FOR THOSE WHO WANT TO START A BUSINESS. YOU JUST NEED TO FIND THE BEST LOCATION TO RUN YOUR BUSINESS AND WE WILL PROVIDE ALL EQUIPMENT TO START YOUR BUSINESS INCLUDING FREE TRAINING.

YOU CAN START YOUR BUSINESS UNDER OUR NAME OR BUILD UP YOUR OWN BRAND. OUR BUSINESS IS FRESH AND FOCUSED, CONSISTENTLY DELIVERING NEW IDEAS. THIS IS NOT AN 'ADD ON' BUSINESS - WE ONLY PROVIDE GREAT SERVICES TO OUR CLIENTS. IT’S WHAT WE DO AND WE LOVE IT..

Copyright © HANAQUEEN STATION | Designed by SirArtwork