AD (728x60)

Sunday, January 14, 2018

Sihat sebelum Sakit

Share & Comment


Bila gigi sakit, terasa susah nak makan sampai hilang selera makan. Bila kaki sakit, terasa sangat susah nak berjalan mahupun berdiri. Bila tangan sakit, terasa sangat susah untuk menulis apatah lagi nak buat pelbagai kerja lain. 

Bila kepala sakit, nak fikir apa-apa pun tak boleh, emosi pun jadi tidak stabil. Hatta walau hanya 1 jari terluka sedikit, bengkak, setiap pergerakan dan aktiviti kita akan terganggu. 

Apatah lagi kalau kita ditakdirkan menghidap penyakit yang lebih teruk, kita akan mula hilang semangat, rasa semua yang terjadi ini tidak adil untuk kita hadapi. Kenapa kita, kenapa bukan orang lain yang sakit? Itu yang sering kita akan persoalkan.

Tapi apabila semuanya dah sembuh dan kembali sihat, baru tersedar betapa jarangnya kita bersyukur dengan nikmat kesihatan yang Allah dah berikan selama ini, nikmat apabila semua anggota badan masih berfungsi dengan sempurna.

Apa yang sering kita lakukan selama ini adalah mengeluh dan terus mengeluh di atas sedikit ujian dan dugaan kehidupan tanpa kita menyedari betapa lebih besar nikmat yang Allah dah berikan dekat kita setiap masa.

Sakit itu kafarah dosa, maka bersyukurlah kerana Allah sedang menghapuskan dosa kalian. Jangan merungut tetapi ucapkanlah Alhamdulillah. 



Bersyukurlah sekiranya anda punya kesihatan yang sempurna. Jagalah sebaiknya. Usah tunggu hilanglah nikmat sihat itu baru kita nak mula beribadah.

Kerana ramai di antara kita tak dapat rasa nikmat kesihatan yang baik itu.

Orang yang sihat dia sentiasa bersama dengan nikmat, tetapi orang yang tidak sihat (sakit) itu sentiasa bersama dengan Pemberi Nikmat. - Syeikh Mutawalli Sya'arawi




Tags: ,

Written by

I was the founder hanaqueen station and also the author of this blog. We offering variety of delicious ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else

3 comments:

  1. terima kasih atas peringatan ni hana.. sakit sebenarnya satu nikmat :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..sentiasa bersyukur
    InsyaAllah =)

    ReplyDelete

 

My Instagram

Location

123movies
google maps for free

Popular Posts

Recent Posts

Why to Choose HanaQueen?

HHANAQUEEN STATION OFFER A VARIETY OF PACKAGES FOR THOSE WHO WANT TO START A BUSINESS. YOU JUST NEED TO FIND THE BEST LOCATION TO RUN YOUR BUSINESS AND WE WILL PROVIDE ALL EQUIPMENT TO START YOUR BUSINESS INCLUDING FREE TRAINING.

YOU CAN START YOUR BUSINESS UNDER OUR NAME OR BUILD UP YOUR OWN BRAND. OUR BUSINESS IS FRESH AND FOCUSED, CONSISTENTLY DELIVERING NEW IDEAS. THIS IS NOT AN 'ADD ON' BUSINESS - WE ONLY PROVIDE GREAT SERVICES TO OUR CLIENTS. IT’S WHAT WE DO AND WE LOVE IT..

Copyright © HANAQUEEN STATION | Designed by SirArtwork