Isu
yang tengah hangat di timeline FB mahupun Twitter, adalah PrayForGaza.
Alhamdulillah. Ramai yang bangkit menyuarakan pendapat masing-masing. Mengutuk
tindakan kejam pihak Israel, membedil tanpa belas kasihan. Mulalah kempen
memboikot barangan Israel terutamanya MekDi. Gambar-gambar kekejaman pihak
Israel, kanak-kanak yang tak bersalah mati kena bom, cedera parah, terpampang
di media-media massa, di laman FB, di timeline Twitter.
Kisah
Palestin bukan baru bermula dua-tiga hari yang lepas, malah sejak beribu-ribu
tahun yang dahulu. Tapi, ada juga yang sekadar bersuara, pada hakikatnya,
mereka tidak tahu apa sebenar yang terjadi. Apa yang mereka tahu, Israel dan
Palestin berperang sejak dulu-dulu lagi. Israel adalah pihak yahudi dan Palestin
adalah pihak Islam. Jadi, sebagai orang Islam, kena sokong Palestin. Berdoa dan
derma kepada Palestin. Ok,fullstop. Sampai situ saja apa yang mereka tahu dan
mampu mereka buat. Selebihnya, hanya mampu bersimpati dan terus mengutuk
kekajaman Israel. Sebab itu ada yang sekejap boikot, lepas tu hilang boikot. Kerana
apa? Mereka tak tahu keseluruhan kisah yang terjadi. Jadi, simpati mereka hanya
ada bila isu ini diperbesarkan. Macam sekarang, segalanya baru hangat
diperkatakan, barulah nak boikot betul-betul walhal rakyat Gaza telah lama
menderita.
Ana
bercakap macam neh sebab Ana adalah salah seorang dari mereka satu ketika dulu.
Ya, Ana hanya mengetahui sekadar 5%-10% kisah sebenar. Ana sekadar mengetahui perkara-perkara yang
basic sahaja. Ana bukanlah seorang yang yang baik, tetapi sedang berusaha hari
demi hari untuk menjadi baik. Dulu, Ana tak pernah nak mengambil tahu sejarah
Palestin. Hanya mendengar dan membaca apa yang dah diupdate di MukaBuku. Bila
ada gambar-gambar mangsa kekejaman Israel, akan discrollllll lelaju, tanpa
sedetik pun nak berhenti dan baca apa yg sedang terjadi. Sebab Ana sangat takut
untuk melihat penderitaan yang mereka lalui. FOBIA melihat kanak-kanak hangus
dibom, kepala berdarah-darah. Jadi, pengetahuan Ana tentang kisah Palestin
makin cetek.
Bila
isu ini hangat diperkatakan sekarang, Ana kembali mencari sumber-sumber tentang
kisah Palestin. Dari A-Z. Manusia itu boleh berubah. Dari tak tahu, kita boleh
jadi ambil tahu. Dari tak sedar, kita dah sedar. Jangan dijadikan isu:
‘Alahh, orang dah lama
tahu. Kau baru nak tahu. Orang dah lama kecoh, kau baru sibuk nak kesian-kesian.
Orang dah lama boikot, kau baru terhengeh-hengeh nak boikot’
Manusia yang
jahil hari ini, tak semestinya mereka akan jahil selama-lamanya. Mereka yang
soleh dan solehah hari ini, tak semestinya keimanan mereka akan kekal kukuh
selama-lamanya. Kerana hati kita Allah yang pegang. Jangan pernah riak dengan
apa yang kita ada. Segalanya boleh ditarik kembali oleh Allah. Sebab itu iman
itu sifatnya ada turun dan ada naik.

Ok. Back to Israel + Palestin.
Ana tak nak cerita kisahnya dari awal sampai habis. Kisahnya terlalu panjang
dan rumit untuk diperkatakan dalam 1 post sahaja. Apa yang Ana nak cakap,ambil
tahulah tentang saudara kita disana. Ambil tahu lah segala kisah penderitaan
mereka. Tak apa kalau baru nak ambil tahu, dari tak ambil tahu langsung. Ana
pun baru nak ambil tahu, jadi, tak ada apa yang nak dimalukan.
“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah
bersaudara…”
(Surah
al-Hujurat : 10)
Mereka
disana adalah saudara kita. Saudara itu adalah perkataan yang menunjukkan
hubungan yang sangat rapat dengan kita. Sampaikah hati kita membiarkan mereka
disana terkapai-kapai tanpa bantuan? Bayangkan yang ada kat sana Atok, Nenek, PakLong,
MakLong, PakNgah, MakNgah kita. Sanggup kita duduk senang lenang disini,
membutakan mata dan hati kita atas penderitaan mereka? Tak susah pun nak ambil
tahu, tak perlu pergi library, cari buku tebal-tebal dan baca. Segalanya di
hujung jari. Itu gunanya teknologi zaman kini.
“Perjalanan beribu batu bermula dengan
langkah pertama. Langkah pertama selalunya nampak remeh tapi besar kesannya.”
Bukanlah nak suruh angkat
senapang, pergi berperang dekat sana. Kita tak ada ilmu pertahanan macam tu.
Sekurang-kurangnya, salurkan sumbangan dan bantuan yang kita mampu. Ada banyak alternative
yang boleh kita guna untuk membantu saudara kita. Derma adalah salah satunya. Boleh cari
sendiri, banyak agensi yang salurkan bantuan ke sana. Paling simple sekali,
untuk yang masih belajar macam Ana, boleh menyalurkan sumbangan melalui AMAN PALESTIN. Menderma melalui SMS sahaja. Taip contohnya, PALESTIN < jarak> 10
(nilai: RM10/5/3/1) hantar ke 39111. Boleh check laman web itu sendiri kalau
nak kan kepastian. Dari share kredit dekat boyfriend, girlfriend, ada baiknya
menderma untuk saudara kat sana. Biar jumlahnya kecil sekalipun, janji hati
ikhlas dari tak menderma. Boleh jadikan amalan, setiap kali topup, derma dulu
kat saudara kita kat sana. Kan?
Sekecil-kecil bantuan yang kita
ada adalah DOA. Jangan perkecilkan kehebatan doa, kerana telah terbukti doa
adalah senjata paling kuat untuk umat Islam. Setiap kali lepas solat, doa untuk
kemenangan umat Islam, kekuatan mereka dalam berhadapan dengan Palestin. Highlight disini, lepas solat. Kalau
tak solat, kalau hubungan kita dengan Allah pun kita tak jaga, macam mana doa
nak makbul? Kukuhkan Islam dalam diri kita dulu, baru kita dapat membantu umat
Islam yang lain. Letak Allah dalam hati kita, baru kita dapat kuat seperti
rakyat Gaza di sana. Ada Allah di setiap hati mereka. Itulah sumber kekuatan
mereka. Jika Allah ada dalam hati kita, kita juga akan kuat hadapi ujian
kehidupan. Sungguh, semangat juang saudara di Gaza, banyak memberi kesedaran
kepada seluruh umat Islam di dunia.
Sebagai penutup (baru perasan post kali neh panjang sangat, hee), Ana sertakan sekali karya classmate Ana. Banyak cara yang boleh digunakan untuk sampaikan mesej dan kesedaran kepada rakyat. Bukan penulisan semata-mata. Lagu ini banyak mesej yang nak disampaikan. Adakah kau tahu apa yang sedang terjadi di Gaza? Adakah kau tahu penderitaan mereka disana? Adakah kau tahu kenapa Israel dan Palestin berperang tak sudah-sudah? Lu pikirlah sendiri. :D
Boleh layan lagu-lagu yang lain di SIRSAFF. Dia seorang yang berbakat. :)
0 comments:
Post a Comment