Rezeki.
Ramai yang seolah memahami apa itu sebenarnya rezeki namun hakikatnya mereka
tidak pernah memahaminya walau sedikit pun. Terlibat dalam dunia perniagaan
banyak membuka mata saya tentang apa itu rezeki. Pemahaman tentang unsur rezeki
itu diperluaskan lagi setelah membaca tulisan karya Tuan Fathuri Salehuddin,
Mudahnya Menjemput Rezeki.
Ramai yang
berfikir bahawa untuk mendapat rezeki, kita perlu berusaha, perlu bekerja,
berniaga untuk mendapatkan duit. Ya, itu benar. Hujung bulan bila dapat gaji,
ya, kita sangkakan itulah rezeki hasil dari usaha kita. Tanpa kita menyedari
bahwa rezeki itu sebenarnya datang dari Allah.
Saya
bukanlah berasal dari keluarga yang senang. Saya melihat kepayahan ayah dan mak
dalam membesarkan kami adik beradik. Gaji ayah tidak lah besar mana, tapi
alhamdulillah, walaupun tidak senang tapi semua cukup sehingga kami semua dapat
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Abang saya pernah
bertanya kepada ayah, apa rahsia dia membesarkan kami, walaupun gaji kecil tapi
semuanya cukup. Jawapan ayah simple, “Rezeki
kena berkat.”
Pernahkah
anda berada di dalam situasi ini, tidak kira betapa gigih anda berusaha untuk
dapatkan wang, tapi kehidupan anda semakin sempit dan sesak. Walaupun anda
telah membuat pelbagai pekerjaan, dapat hasil dan duit yang banyak, namun
segalanya tidak pernah cukup. Kenapa? Kerana rezeki itu bukan datang dari kita,
tapi Dia. Di sinilah letaknya keberkatan sebuah rezeki.
Tuan
Fathuri Salehuddin ada sebut “Apa yang di
dapati melalui usaha kita, terdapat padanya rezeki orang lain.” Sebagai
contoh, kita dapat bonus sebulan gaji, maka pelbagai rancangan telah kita buat,
tapi bila bonus dah masuk, masa itulah kereta rosak, masa itulah kena saman,
masa itulah rumah paip bocor. Inilah yang dikatakan di dalam rezeki kita,
terdapat rezeki orang lain. Di dalam rezeki bonus kita, terdapat rezeki pomen
kereta, rezeki makcik jual kuih, dan sebagainya.
Salah satu
perkara yang saya sering dengar dalam dunia perniagaan, lumrahnya ramai yang
mengatakan sifat Melayu yang sering ada unsur hasad dengki dalam berniaga. Masa
inilah akan keluar cerita kena bomoh, tuduh menuduh dalam mencuri customer dan
sebagainya. Tuan Fathuri Salehuddin ada mengulas bahawa “Tidak perlulah kita bersangka buruk kepada sesiapa apabila rezeki
kita menjadi sempit atau berasa hebat apabila rezeki melimpah-ruah.”
Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan tersapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu. Maka demi Tuhanlangit dan bumi, sesungguhnya yang dijanjikan itu adalah benar-benar (akan terjadi) seperti perkataan yang kamu ucapkan. (Adz-Dzariyat 51: 22-23)
Apa yang saya paling tertarik dalam ulasan buku ini adalah tentang:
“Aku kenal
seorang yang tidak solat. Rumahnya besar, keretanya beberapa buah dan
mahal-mahal pula. Anak-anaknya pandai-pandai belaka dan belajar tinggi.
Rezekinya Nampak banyak walhal dia tidak solat. Tidak solat pun Allah beri
rezeki yang begitu banyak?”
Ukuran dan
sukatan rezeki setiap makhluk-Nya sudah siap sehingga hari kiamat. Baik dia
seorang yang beriman dengan Allah atau dengan patung-patung, tetaplah ada
rezekinya. Begitulah Maha Pemurah dan Pengasihnya Allah. Walau tidak
menyembah-Nya, tetap juga diberi rezeki. Walau ingkar perintah-Nya, masih terus
diberi rezeki. Pemberian ini dinamakan pemberian Rububiyyah.
Dalam
mencari rezeki, kita seharusnya memahami dahulu apa itu sebenarnya rezeki,
bagaimana caranya untuk menjemput rezeki dan mendapat keberkatan dalam rezeki. Dalam urusan berniaga dan bekerja untuk
menjemput rezeki, apa yang kita inginkan sudah tentunya redha Allah, Maha
Pemberi Rezeki dengan usaha kita.
Highly recommend to read this book, “Mudahnya
menjemput rezeki”- Fathuri Salehuddin. Banyak ilmu yang bakal kita dapat mengenai rezeki dalam buku ini.
Rahsia saya adalah usaha ..hanya untuk Allah S.W.T
ReplyDeleteNiat untuk Allah, insya-Allah, ada keberkatan
Deletesinggah dari segmen yang sama :)http://rayonceknowles.blogspot.my/2015/12/pencarian-blog-terkemas-2015.html
ReplyDeleteTerima kasih singgah :)
Deletetesting. testing. testinggg
ReplyDeleteNice sis...nak dapat rezeki yg berkat juga,tiap kali pegi keja, betul kan niat, insyaAllah Allah pndang dan kerja kita jd ibadah...insyaAllah ada kberkatannya...
ReplyDeleteBetul tu, selalu alpa/lagha, laju jer pergi kerja tanpa niat kerana Allah. :(
Deletekat rumah saya ada buku ni versi mini punya. the power of sedekah tu memang tidak dapat dinafikan :-)
ReplyDeleteKan. Di dalam rezeki kita, ada bahagian untuk rezeki orang lain. :)
Deletehi. nice entry !
ReplyDeleteThank you :)
Deletetq atas perkongsian ilmu yang bermanfaat:)
ReplyDelete