AD (728x60)

Sunday, December 14, 2014

Ijazah bukanlah penentu kejayaan

Share & Comment


“Belajar tinggi-tinggi, lepas tu berniaga. Baik tak payah belajar. Orang lepas habis sekolah pun boleh berniaga.”

“Sayangnya dah belajar sampai Ijazah, tapi tak kerja ikut bidang yang dah belajar. Kalau tak dapat kerja, sambung lah belajar lagi. Ambil Master, muda lagi kan. Belajarlah.”

“Cuba tengok si A tu, sambung Master, nanti boleh jadi lecturer lepas habis belajar. Gaji pun tinggi nanti. Tak payah susah-susah macam ni, nak kena penat-penat macam ni.”

“Alah, baru sekali dua pergi interview, tak sampai 4 bulan habis belajar, dah fedup nak cari kerja. Nak pulak habiskan duit dengan berniaga yang tak tentu untung rugi nya lagi tu.”

Macam-macam ayat lagi yang saya dah dengar waktu saya bertekad untuk mula berniaga selepas habis belajar. Baik dari kalangan kawan-kawan, saudara mara mahupun dari keluarga saya sendiri. Di post saya “Berniaga atau Berkerja”, saya ada cerita kan pengalaman saya sebelum saya buat keputusan memilih untuk berniaga. Bukan mudah untuk saya buat keputusan ini.



Berkerja bukanlah untuk sehari dua. Bukanlah untuk sebulan dua. Tapi untuk menyara hidup sepanjang hayat. Bekerja bukan macam zaman kita belajar. Kita boleh hitung hari bila kita akan habis belajar. Tapi bila berkerja, boleh kita hitung hari nak habis bekerja? Tak. Kena tunggu bersara yang bertahun-tahun lagi tu. Yang kita boleh hitung adalah, bila habis waktu kerja setiap hari. 

Sampai bila nak hitung?  Sampai akhir hayat? Sampai buat keputusan nak berhenti kerja? Apa jadi bila dah berhenti kerja? Nak mula dari bawah balik, cari kerja balik, siapkan file nak pergi interview lagi? Itulah jadi bila kita cuba buat, paksa diri kita teruskan dengan apa yang tidak kena dengan jiwa kita. Berdepan dengan tekanan setiap hari. Fakta menyatakan hampir 50% jenis penyakit datangnya dari stress. End up your whole lifestyle will be affected with that pressure and stress

Apa yang cuba saya sampaikan, BUAT APA YANG KITA MAHUKAN, YANG KITA MINAT!

“LOVE what you do and do what you love. PASSION is the key that opens the door to JOY and ABUNDANCE.” 

“If you can’t figure out your purpose, figure out your PASSION. For your PASSION will lead you right into your purpose.” 

Business adalah passion saya dari dulu lagi. Yang rapat dengan saya, pasti tahu bagaimana mendalamnya minat saya terhadap dunia perniagaan. Ya, ini bukanlah bidang kepakaran saya sewaktu saya belajar, tapi perniagaan bergantung pada pengalaman. Bukan ilmu theory semata-mata. If you never try, you’ll never know. Kan?

Penat, tak dinafikan berniaga agak memenatkan. Lebih-lebih lagi apabila saya memilih untuk berniaga makanan. Apatah lagi saya memilih untuk bermula dari bawah, memilih untuk melakukan perkara yang saya tak pernah buat selama ini, cuba semua dengan sendiri, walhal sedikit pun tiada pengalaman tentang semua itu. Tiada pengalaman buat ice blended, buat waffle, hotdog bun dan lain-lain. Zero. Sungguh. 



Tapi apa yang saya ada waktu itu adalah MINAT. Minat  yang buat saya bersungguh–sungguh untuk membuka HanaQueen Station. Lagi-lagi, ice blended adalah salah satu favourite saya, saya selalu beli ice blended tak kira ke mana saya pergi, dan ia menjadi sesuatu kekuatan untuk saya mencuba sendiri.

Tapi, jika kita nak persoalkan tentang penat, kerja apa yang tak memenatkan? Tiada manusia yang berjaya tanpa melalui sebarang kepayahan dan kesusahan. Penat adalah lebih baik daripada stress. Penat dengan kepuasan. Kepuasan itu apabila kita lihat ramai pelanggan datang membeli, rasa seronok apabila sibuk berniaga dan apa yang kita jual itu habis.  Lebih-lebih lagi, kita tak perlu tunggu sampai hujung bulan untuk dapat gaji. Cash setiap hari masuk. Insya-Allah. Itu kelebihan yang ada pada berniaga.

Bukanlah saya bermaksud untuk mengabaikan apa yang saya dah belajar selama 4 tahun di university. Sewaktu saya di UiTM Puncak Alam, saya tidak hanya mendapat ilmu untuk menjadi physiotherapist. Tapi saya juga dididik dengan ilmu kepimpinan, ilmu komunikasi, ilmu agama dan pelbagai lagi ilmu yang saya takkan dapat jika saya tak sambung belajar. Jangan sempitkan akal fikiran kita bahawa jika kita punya ijazah, maka kita akan punya segala-galanya selepas habis belajar. 

Masalah pengangguran bukan lagi isu yang baru, adakah kita selaku siswazah yang berilmu (sebab dah ada ijazah) hanya akan tunggu kerja yang berkaitan dengan bidang kita, baru kita nak kerja dan cari duit? Mentaliti seperti ini tak sepatutnya wujud lagi terutama pada zaman sekarang yang susah untuk mendapat pekerjaan. 

Sambung pelajaran jika tak dapat kerja? Tak salah. Saya sendiri, walaupun dah berniaga, saya tetap menanamkan azam untuk menyambung pelajaran selepas segalanya stabil. Tapi apa niat kita sambung pelajaran? Sebab lagi senang nak cari kerja? Anda pastikah? Be who you want to be, not what others want to seeFikir dan terus berfikir.

Saya akhiri post ini dengan kongsikan kepada anda sedikit artikel dari buku ‘Magnet Diri, Cipta Diri Lebih Berpengaruh dan Berjaya’ – Amin Idris:



“Soalnya, adakah dengan sekeping sijil bernama ijazah ia dapat menentukan kehidupan kita 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun malah 50 tahun akan datang? Robert T.Kiyosaki tidak bersetuju dengan doktrin “Belajar bersungguh-sungguh, dapat keputusan yang cemerlang, dapatkan kerja yang baik dan hidup bahagia.” Pada beliau, kehidupan bukan ditentukan oleh sekeping ijazah. Memiliki ijazah itu bagus kerana ia member nilai tambah kepada kita. Tetapi ia tidak menjamin segala-galanya.

Ramai orang pada hari ini memusnahkan potensi diri hanya kerana sekeping ijazah. Ramai orang pada hari ini menghancurkan benih pengaruh dalam diri kerana terlalu berpegang dengan ijazah. Sedangkan ramai orang yang mampu Berjaya dengan melibatkan diri dalam bidang yang tidak sama  seperti ijazah yang mereka miliki. Sebabnya mudah, kerana mereka tahu benih yang menjadi nilai mereka, mereka tanam benih itu, menyemainya sehingga menjadi hasil yang luar biasa!”  


Tags: ,

Written by

I was the founder hanaqueen station and also the author of this blog. We offering variety of delicious ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else

25 comments:

  1. Terima kasih. Sangat memberi inspirasi kepada saya :')

    ReplyDelete
  2. yes yes yes ini semua bukan penentu kejayaan! :D <3

    ReplyDelete
  3. saya setuju.. saya pun sama ada ijazah tp decided nak biznes :)
    yg penting percaya rezeki tu Allah bagi

    gud luck k .. moga dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah, Yakin rezeki dari Allah. Moga dipermudahkan urusan jua.

      Delete
  4. “Belajar tinggi-tinggi, lepas tu berniaga. Baik tak payah belajar. Orang lepas habis sekolah pun boleh berniaga.”

    TAPI

    nak berniaga kena ada ilmu...
    ilmu kan sangat penting untuk berniaga.

    so belajar ilmu perniagaan tingi2 dulu barulah boleh berniaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Nak berniaga kena ada ilmu, kalau takde ilmu sebab tu selalu rugi. Tapi dalam berniaga, pengalaman yang banyak mengajar selok belok perniagaan dari ilmu teori.

      Delete
  5. Entry yang bermotivasi.. sy suka dgn isi yang diceritakan.. beri motivasi jgk pd sy.. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  6. Berguna betul post ni! Minat juga ada kebaikan :D

    ReplyDelete
  7. ijazah bkn nya tntukan kita berjaya ke x. berjaya tu subjektif. depend pada org tu utk tafsirkan apa itu kejayaan bg dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Diri kita lebih mengenal erti kejayaan sebenar dari orang lain.

      Delete
  8. saya suka baca entri ni. terima kasih :D

    ReplyDelete
  9. tak semestinya orang yang dapat ijazah kerja yg bagus - bagus , kadang ada yg lepas grad menganggur je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sampai bila nak menganggur kan. Kena la cari alternatif lain, seperti berniaga.

      Delete
  10. Nice entry <3

    jom singgah my blog -----> http://impianacikyaanie.blogspot.my

    ReplyDelete
  11. Writing yang simple tapi cukup mendalam berkait dengan dunia sekarang. Saya hanya memiliki diploma dan selalu rasa rendah diri dengan kawan kawan yang ada ijazah. Selalu rasa jealous dengan kawan-kawan yang gaji lebih dari saya. Tapi bila difikirkan balik, kerja bawah orang sampai bila kan. Kos belajar sekarang mahal. Baik develop diri buka perniagaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Zaman sekarang, sijil tak memberi apa-apa jaminan pun. Tak perlu rasa rendah diri, usaha lebih untuk majukan diri sendiri dari fikir tentang orang lain ya. All the best to you.

      Delete

 

My Instagram

Location

123movies
google maps for free

Popular Posts

Recent Posts

Why to Choose HanaQueen?

HHANAQUEEN STATION OFFER A VARIETY OF PACKAGES FOR THOSE WHO WANT TO START A BUSINESS. YOU JUST NEED TO FIND THE BEST LOCATION TO RUN YOUR BUSINESS AND WE WILL PROVIDE ALL EQUIPMENT TO START YOUR BUSINESS INCLUDING FREE TRAINING.

YOU CAN START YOUR BUSINESS UNDER OUR NAME OR BUILD UP YOUR OWN BRAND. OUR BUSINESS IS FRESH AND FOCUSED, CONSISTENTLY DELIVERING NEW IDEAS. THIS IS NOT AN 'ADD ON' BUSINESS - WE ONLY PROVIDE GREAT SERVICES TO OUR CLIENTS. IT’S WHAT WE DO AND WE LOVE IT..

Copyright © HANAQUEEN STATION | Designed by SirArtwork