Perkara apa yang disukai oleh kanak-kanak?
Apa hadiah yang anda fikirkan untuk seorang kanak-kanak?
Ya, hampir semua orang menjawab mainan itu sebagai jawapannya.
Tidak kira anak lelaki dan perempuan sentiasa ceria apabila dia menemui mainan kegemarannya.
Apa hadiah yang anda fikirkan untuk seorang kanak-kanak?
Ya, hampir semua orang menjawab mainan itu sebagai jawapannya.
Tidak kira anak lelaki dan perempuan sentiasa ceria apabila dia menemui mainan kegemarannya.
Ibu bapa juga tidak akan dapat menolak jika anak itu telah meminta dibelikan mainan. Tidak hairanlah di beberapa sudut jalan kita sering menemui kedai atau penjual jalanan menjual mainan. Malah ada juga menjual di padang permainan.
*Kelebihan Perniagaan Jualan Mainan*
Dunia kanak-kanak adalah dunia permainan, jadi menjual mainan sememangnya menjanjikan keuntungan menggiurkan.
1. Harga Kos vs Harga Jualan
Tahukah anda keuntungan jualan mainan adalah tinggi. Purata antara 25% -50%. Ini kerana kos barangan mainan ini murah. Lebih-lebih lagi jika peniaga ini membeli secara borong daripada pengedar / pengeluar.
Ambil contoh pakej niaga #mainanlelong harga borong hanyalah RM4.50 untuk 3 barang tetapi harga jual 3 barang = RM10. Untung sekali ganda.
2. Ketahanan Tidak Terlalu Penting
Selalunya mainan kanak-kanak bertaburan, di rosak kan dan dibuang di sana sini sekejap saja lepas di beli. Ini sifat semula jadi kanak-kanak. Walau di beli mainan mahal sekali pun tetap rosak juga. Lepas tu anak itu akan dibeli kan lagi mainan lain.
Di sini lah potensi tinggi repeat sales jualan untuk penjual mainan. Tambahan lagi jika kita jual #mainanlelong yang murah. Ada ibu bapa yang beli dengan kami setiap hari sebelum balik kerja sebagai ole ole untuk anak mereka di rumah.
Di sini lah potensi tinggi repeat sales jualan untuk penjual mainan. Tambahan lagi jika kita jual #mainanlelong yang murah. Ada ibu bapa yang beli dengan kami setiap hari sebelum balik kerja sebagai ole ole untuk anak mereka di rumah.
3. Mainan Tiada Tamat Tempoh (expiry date)
Berbeza dengan perniagaan menjual produk makanan dan minuman, produk mainan tiada tamat tempoh. Selagi stok di jaga dengan baik, mainan yang tidak dijual masih boleh disimpan dan dijual sampai bila-bila.
Semua stok #mainanlelong juga selamat dan mempunyai cop MC yang di luluskan oleh kerajaan.
4. Model Terkini Sentiasa Diburu
Sifat kanak-kanak yang mudah bosan dan ingin mempunyai mainan yang sama dengan teman-teman sepermainannya, membuatnya selalu tertarik untuk membeli mainan dengan model terbaru. Oleh itu mainan dengan model terkini akan sentiasa menarik perhatian kanak-kanak.
Ada juga stok #mainanlelong yang mirip seperti mainan ori tetapi harga murah. Mainan murah seperti hot wheels, lego, frozen, spinner murah sentiasa mendapat sambutan hangat sampai sekarang.
Ini lah antara kelebihan yang membuatkan perniagaan jualan mainan masih boleh wujud dan menjana keuntungan.
Selagi ada kanak-kanak dalam dunia ini, selagi itu lah mainan akan ada permintaan. Kadang kadang tu orang dewasa pun beli juga mainan untuk diri sendiri sebab teringin masa kecil tiada wang untuk beli.
Pemborong/Pembekal Mainan Bumiputera
Nk bukak bisnes mainan tp tiada modal😄😄
ReplyDeleteUsaha, kumpul modal sikit-sikit. Lama-lama mesti boleh bukak business. ;)
DeleteNk buka kedai mainan tp tiada modal...sy bercadang mahu menjual mainan yang berjenama mcm Mattel..Wilesco & Play Doh
ReplyDeleteMenarik tu. Moga dipermudahkan urusan.
DeleteSy nak jual mainan kanak car booth shj. Mn tempat borong mainan yang murah2
ReplyDeleteBoleh whatsapp saya 0196183022-Hana
DeleteSy berminat tapi x tahu dr mana nak mula.. Mcmana kalau sy nk belajar.
ReplyDeleteDalam perniagaan, kadangkala kita kena mula dulu walaupun secara kecil-kecilan. Waktu itu, kita akan belajar dengan sendirinya bagaimana nak uruskan perniagaan.
DeleteModal ada, tp nk contact siapa ye?
ReplyDeletesalam.. cam ne nak beli secara pukal/ borong?
ReplyDeleteAlhamdulillah memang seronok jual barang mainan nie bukan saja untung,tapi bile kite jual kat budak2 tengok mereka happy dapat mainan kesukaan pun kite ikut happy,kedai kami di R&R Awan Besar jemput la singgah☺️
ReplyDeleteMana nak dapatkan bekalan mainan secra borong dan murah. Cadang nak buka car booth dan jual secara online.
ReplyDeleteAdakah kita menjual permainan perlu mendapatkan permit perniagaan daripada kerajaan bagi kita meniaga secara atas talian dan adakah dikenakan cukai jualan kepada mereka yang menjual secara atas talian?
ReplyDelete