

Reaksi pelajar saya yang berusia 10 tahun apabila nampak soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di dalam buku latihan. Belum baca soalan sampai habis lagi dah kata susah dan bahaya.

KBAT sebenarnya adalah satu sistem yang bagus, dapat mendidik pelajar untuk lebih kreatif, berfikir luar dari kotak fikiran dan tidak menghafal fakta semata-mata. Kalau dahulu soalan di dalam peperiksaan lebih straight, tapi soalan sekarang menguji daya fikiran pelajar untuk jawab soalan tersebut.
Soalan KBAT ini merujuk kepada empat aras iaitu mengaplikas, menganalisis, menilai dan mencipta.
Zaman sekarang dah tak sama dengan zaman kita dulu. Kalau dulu, bila dengar anak-anak dapat straight A dalam peperiksaan UPSR, PT3 atau SPM, dah "WOWWW" sangat dah! Betul-betul kagum dan rasa anak itu seorang yang bijak. Tapi kalau sekarang, dengar anak-anak dapat straight A, perkataan yang keluar cumalah "Ohhh".
Terlalu ramai pelajar yang bijaksana menyebabkan terhasilnya KBAT untuk melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global.
Tapi sayang apabila minda pelajar-pelajar sering diterapkan bahawa soalan KBAT adalah susah. Bila tahu itu adalah soalan KBAT, ada pelajar yang jadikan ianya satu alasan untuk tinggalkan dan tidak jawab atas alasan susah. Malah ada yang nampak soalan KBAT, terus tinggalkan tanpa baca dan tak nak cuba menjawab langsung.
KBAT adalah untuk menguji daya fikiran pelajar. Apa sahaja idea yang diberikan oleh mereka dan jawapan yang logik akan diterima dan ada markah asalkan mereka menjawabnya. Mengikut skema permarkahan ialah mana-mana jawapan yang munasabah akan dikira. Pelajar cuma perlu menggunakan common sense yang sesuai mengikut soalan yang dikemukakan.
Benda apabila kita sering fikir ianya SUSAH, maka SUSAH lah jadinya. Jangan takut dengan KBAT. Pelajar yang cemerlang pasti suka cabaran soalan KBAT. Dan pastikan pelajar banyakkan membaca isu-isu terkini. 
#hometutor

#hometutor

Memang zaman sekarang kita terkendala dalam membuat dan menerapkan kurikulum yang sesuai dengan perkembangan zaman dan kondisi psikologis serta sosial anak.
ReplyDeleteBenar. Zaman sentiasa berubah, dan kita perlu cara kaedah untuk anak-anak boleh sesuaikan diri dalam keadaan sekarang.
DeleteKbat biasanya dihurai dalam ayat yang panjang yang mana tidak menarik pelajar untuk membacanya. Padahal kehendak soalan tidaklah sepayah mana. Pendapat saya guru dan parents perlu kreatif untuk menarik minat pelajar membaca soalan2 kbat yang panjang.
ReplyDeleteBetul tu, ayat yang panjang untuk mengelirukan pelajar tentang kehendak sebenar soalan. Ini yang buat pelajar malas nak berfikir dan menjawabnya
Delete