AD (728x60)

Saturday, December 12, 2015

Mudahnya Menjemput Rezeki

Share & Comment
Rezeki. Ramai yang seolah memahami apa itu sebenarnya rezeki namun hakikatnya mereka tidak pernah memahaminya walau sedikit pun. Terlibat dalam dunia perniagaan banyak membuka mata saya tentang apa itu rezeki. Pemahaman tentang unsur rezeki itu diperluaskan lagi setelah membaca tulisan karya Tuan Fathuri Salehuddin, Mudahnya Menjemput Rezeki.

Ramai yang berfikir bahawa untuk mendapat rezeki, kita perlu berusaha, perlu bekerja, berniaga untuk mendapatkan duit. Ya, itu benar. Hujung bulan bila dapat gaji, ya, kita sangkakan itulah rezeki hasil dari usaha kita. Tanpa kita menyedari bahwa rezeki itu sebenarnya datang dari Allah.



Saya bukanlah berasal dari keluarga yang senang. Saya melihat kepayahan ayah dan mak dalam membesarkan kami adik beradik. Gaji ayah tidak lah besar mana, tapi alhamdulillah, walaupun tidak senang tapi semua cukup sehingga kami semua dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Abang saya pernah bertanya kepada ayah, apa rahsia dia membesarkan kami, walaupun gaji kecil tapi semuanya cukup. Jawapan ayah simple, “Rezeki kena berkat.”

Pernahkah anda berada di dalam situasi ini, tidak kira betapa gigih anda berusaha untuk dapatkan wang, tapi kehidupan anda semakin sempit dan sesak. Walaupun anda telah membuat pelbagai pekerjaan, dapat hasil dan duit yang banyak, namun segalanya tidak pernah cukup. Kenapa? Kerana rezeki itu bukan datang dari kita, tapi Dia. Di sinilah letaknya keberkatan sebuah rezeki.

Tuan Fathuri Salehuddin ada sebut “Apa yang di dapati melalui usaha kita, terdapat padanya rezeki orang lain.” Sebagai contoh, kita dapat bonus sebulan gaji, maka pelbagai rancangan telah kita buat, tapi bila bonus dah masuk, masa itulah kereta rosak, masa itulah kena saman, masa itulah rumah paip bocor. Inilah yang dikatakan di dalam rezeki kita, terdapat rezeki orang lain. Di dalam rezeki bonus kita, terdapat rezeki pomen kereta, rezeki makcik jual kuih, dan sebagainya.



Salah satu perkara yang saya sering dengar dalam dunia perniagaan, lumrahnya ramai yang mengatakan sifat Melayu yang sering ada unsur hasad dengki dalam berniaga. Masa inilah akan keluar cerita kena bomoh, tuduh menuduh dalam mencuri customer dan sebagainya. Tuan Fathuri Salehuddin ada  mengulas bahawa “Tidak perlulah kita bersangka buruk kepada sesiapa apabila rezeki kita menjadi sempit atau berasa hebat apabila rezeki melimpah-ruah.



Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan tersapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu. Maka demi Tuhanlangit dan bumi, sesungguhnya yang dijanjikan itu adalah benar-benar (akan terjadi) seperti perkataan yang kamu ucapkan. (Adz-Dzariyat 51: 22-23)

Apa yang saya paling tertarik dalam ulasan buku ini adalah tentang:

“Aku kenal seorang yang tidak solat. Rumahnya besar, keretanya beberapa buah dan mahal-mahal pula. Anak-anaknya pandai-pandai belaka dan belajar tinggi. Rezekinya Nampak banyak walhal dia tidak solat. Tidak solat pun Allah beri rezeki yang begitu banyak?”

Ukuran dan sukatan rezeki setiap makhluk-Nya sudah siap sehingga hari kiamat. Baik dia seorang yang beriman dengan Allah atau dengan patung-patung, tetaplah ada rezekinya. Begitulah Maha Pemurah dan Pengasihnya Allah. Walau tidak menyembah-Nya, tetap juga diberi rezeki. Walau ingkar perintah-Nya, masih terus diberi rezeki. Pemberian ini dinamakan pemberian Rububiyyah.

Dalam mencari rezeki, kita seharusnya memahami dahulu apa itu sebenarnya rezeki, bagaimana caranya untuk menjemput rezeki dan mendapat keberkatan dalam rezeki. Dalam urusan berniaga dan bekerja untuk menjemput rezeki, apa yang kita inginkan sudah tentunya redha Allah, Maha Pemberi Rezeki dengan usaha kita. 

Highly recommend to read this book, “Mudahnya menjemput rezeki”- Fathuri Salehuddin. Banyak ilmu yang bakal kita dapat mengenai rezeki dalam buku ini.






Tags: ,

Written by

I was the founder hanaqueen station and also the author of this blog. We offering variety of delicious ready-to-foods and drinks such as Ice Blended, Waffle, Sweet Corn, Fries, Hot Dog Bun and many else

12 comments:

  1. Rahsia saya adalah usaha ..hanya untuk Allah S.W.T

    ReplyDelete
  2. singgah dari segmen yang sama :)http://rayonceknowles.blogspot.my/2015/12/pencarian-blog-terkemas-2015.html

    ReplyDelete
  3. testing. testing. testinggg

    ReplyDelete
  4. Nice sis...nak dapat rezeki yg berkat juga,tiap kali pegi keja, betul kan niat, insyaAllah Allah pndang dan kerja kita jd ibadah...insyaAllah ada kberkatannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, selalu alpa/lagha, laju jer pergi kerja tanpa niat kerana Allah. :(

      Delete
  5. kat rumah saya ada buku ni versi mini punya. the power of sedekah tu memang tidak dapat dinafikan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Di dalam rezeki kita, ada bahagian untuk rezeki orang lain. :)

      Delete
  6. tq atas perkongsian ilmu yang bermanfaat:)

    ReplyDelete

 

My Instagram

Location

123movies
google maps for free

Popular Posts

Recent Posts

Why to Choose HanaQueen?

HHANAQUEEN STATION OFFER A VARIETY OF PACKAGES FOR THOSE WHO WANT TO START A BUSINESS. YOU JUST NEED TO FIND THE BEST LOCATION TO RUN YOUR BUSINESS AND WE WILL PROVIDE ALL EQUIPMENT TO START YOUR BUSINESS INCLUDING FREE TRAINING.

YOU CAN START YOUR BUSINESS UNDER OUR NAME OR BUILD UP YOUR OWN BRAND. OUR BUSINESS IS FRESH AND FOCUSED, CONSISTENTLY DELIVERING NEW IDEAS. THIS IS NOT AN 'ADD ON' BUSINESS - WE ONLY PROVIDE GREAT SERVICES TO OUR CLIENTS. IT’S WHAT WE DO AND WE LOVE IT..

Copyright © HANAQUEEN STATION | Designed by SirArtwork