Hanya mereka yang berniaga sahaja faham,
betapa senang untuk memulakan perniagaan,
ada modal, bukak kedai, labur sana sini,
tetapi tak ramai yang faham,
betapa susahnya untuk mengembangkan perniagaan itu,
apatah lagi untuk mengekalkan perniagaan tersebut.
orang selalu anggap orang yang berniaga ini selalu kaya raya,
tetapi hakikatnya untuk simpan duit rolling berniaga pun susah,
untuk ada belanja personal setiap bulan pun kadang-kadang takde,
apatah lagi nak jadi jutawan.
Hanya mereka yang berniaga sahaja faham,
Nak buat sale tak boleh malu dan bukan mudah,
promote online, kena keluar jumpa client,
Tetapi kalau kita pun susah nak yakin dengan keupayaan diri sendiri,
macam mana kita nak yakinkan orang
untuk beli product dengan kita tanpa ragu-ragu?
Hanya mereka yang berniaga sahaja faham,
orang makan gaji, pergi kerja setiap hari,
hujung bulan dah tentu gaji akan masuk.
Tetapi lain untuk mereka yang berniaga,
rezeki hari ini bergantung usaha yang dibuat pada hari tersebut.
Kurang usaha, kurang buat marketing,
maka kuranglah sale.
Tawakal kena tinggi.
Sentiasa yakin rezeki itu datang dari-Nya.
Harapan tanpa tindakan adalah perbuatan yang sia-sia.
Hanya mereka yang berniaga sahaja faham,
kalau jiwa tak kental,
maka janganlah mula berniaga.
faham sangat2..
ReplyDeleteAda geng yang faham. Yayy~
DeleteHeloo Hana.. 😊❤🌸💐 trims atas kunjungannya di blog software saya di kawaiisoft.blogspot.com 😊🌸 jom visit blog baru saya disini >> http://www.shashinetria.blogspot.com
ReplyDeleteThank you 😊💐