Persedian bagi yang ingin masuk universiti.
Assalammualaikum, 3 sem hidup dalam dunia universiti, memang banyak mengajar erti persahabatan dan kehidupan. Masa zaman sekolah dulu, masih lagi kebudak-budakan, masih lagi duduk dalam 1 negeri yang sama, jadi pengalaman yang ditimba tak banyak. Tapi bila masuk matrikulasi, semakin banyak yang dapat dipelajari memandangkan merantau dari Seremban ke Melaka dengan melihat dan hidup di tempat orang (walaupun tak jauh mana, tetap merantau kan..hee.. ). Jauh perjalanan, luas pemandangan. Yer, itu perkataan yang paling tepat. Semakin jauh kita pergi merantau, semakin banyak yang dapat kita pelajari. Dapat pelajari budaya tempat baru dan dapat juga pelajari sikap manusia dengan melihat pelbagai ragam yang ada. Masa duduk di matrikulasi, awal-awal dah setting dalam otak, bila banyak ujian datang menduga diri..hati berbisik demi untuk kuatkan diri.. “Sabarlah Farhana.. hidup kita memang untuk diuji. Nanti dekat U lagi banyak ujian dan dugaan. Masalah ini kecik jer...