PAKEJ JAGUNG & HOTDOG BUN RM1200
Ramai yang sudah sedia maklum bahawa jagung cawan ataupun cupcorn/sweetcorn merupakan salah satu makanan yang popular di Malaysia. Sweetcorn ini mudah didapati di mana-mana sahaja tak kira di pasar raya, pasar malam, RnR, station bus dan hakta di gerai tepi jalan sekali pun membuktikan pasaran jagung cawan ini amat luas. Perniagaan jagung cawan ini amat mudah, anda hanya memerlukan pengukus, jagung, planta, garam, dan bekas untuk kacau semua bahan-bahan sehingga sebati. Untuk lebih kreatif, anda boleh menambah susu pekat, mayonis, coklat ataupun madu. Keuntungan perniagaan jagung ini adalah sebanyak 50% untuk setiap satu cawan. Pakej perniagaan sweetcorn dari HanaQueen Station (HQS) adalah pakej basic bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan dengan modal yang rendah dan menguntungkan. Oleh kerana pengukus yang digunakan adalah pengukus 2 tingkat, maka HQS memperkenalkan menu yang boleh dijual sekali dengan jagung cawan iaitu Hot Dog Bun Cheese. Hot Dog Cheese...