Tips pelajar cemerlang
KUALA LUMPUR 19 Dis. - Solat hajat menjadi kunci kejayaan seorang pelajar cemerlang dari Sekolah Menengah Sains (SMS) Selangor apabila berjaya memperoleh semua A dalam lapan subjek yang diambilnya pada Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 lalu. Nur Fitri Haziqah Mohd. Yusof berkata, amalan solat hajat menjadi aktivitinya setiap malam lebih-lebih lagi apabila menghampiri musim peperiksaan malah turut disertai ibu bapanya . Selain itu katanya, amalan memohon maaf antara satu sama lain turut menjadi penyumbang kejayaannya kerana dikatakan mampu melapangkan fikiran ketika menduduki peperiksaan. "Tidak dinafikan, saya juga berjumpa setiap guru di sekolah ini semata-mata untuk memohon maaf bagi memperoleh keberkatan ilmu yang mereka ajar selain meminta keampunan daripada ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. "Malah saya turut mengamalkan beberapa amalan sunat lain seperti membaca doa penerang hati dan ayat Kursi sebelum masuk ke dewan peperiksaan untuk m...