Jatuh dan bangun dalam perniagaan
Semalam sempat jumpa sebentar dengan rakan seperjuangan waktu mula-mula niaga dulu. Beliau sudah 8 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan terutamanya di dalam bidang makanan ini. Waktu Hana mula buka kedai, beliau adalah antara orang yang banyak bagi sokongan dan membantu mempromosikan perniagaan Hana pada penduduk setempat kerana dah lama menapak berniaga di situ. Terlalu banyak jasa beliau pada HanaQueen Station. Perniagaan beliau bermula secara kecil-kecilan sahaja dulu. Bermula dari menumpang tapak kecil di restaurant orang, kemudian berniaga sendiri di bawah pokok, dibesarkan sedikit perniagaan itu dengan menggunakan kanopi dan akhirnya setelah dikenali ramai, beliau sudah ada tapak kekal, malah ada cawangan di tempat lain. Setelah macam-macam yang dilalui, hari ini, sedikit demi sedikit perniagaannya mula jatuh disebabkan keadaan ekonomi dan tiada kuasa pembeli seperti dahulu. Kalau dahulu, untuk makanan, orang tidak berkira untuk membeli. Tapi dise...