Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2017

Sabar

Imej
Mudah Diucapkan Mungkin Sukar Diamalkan. Sabar itu bererti menahan diri (Surah Al-Kahfi-28) Ciri sabar yang lainnya ialah seseorang yang dapat menenangkan anggota tubuh dan lidahnya ketika tertimpa musibah, masalah ataupun dugaan. Sabar bukanlah bererti berdiam diri atas keadaan yang menimpa. Sabar bererti kita berusaha mencari jalan keluar atas masalah yang ada disertai dengan do’a dan ikhtiar yang maksimum. Sabar adalah tabah hati tanpa mengeluh dalam menghadapi dugaan dan rintangan dalam waktu tertentu untuk mencapai tujuan. Tidak goyah dengan keyakinannya tentang janji Allah. Bahawasanya Allah senantiasa ada dan bersama-sama dengan orang yang bersabar. Semoga kita dimudahkan agar dapat selalu bersabar kerana sabar inilah inti kita hidup di dunia. Ulama menjelaskan bahawa sabar itu dalam tiga hal: 1. Sabar dalam melaksanakan ketaatan . Boleh jadi ada yang sabar untuk solat tetapi belum tentu sabar terhadap ujian wanita. 2.  Sabar untu...

RAHSIA/KELEBIHAN BANGUN PAGI

Imej
TAHUKAH ANDA?? Allah menjadikan dan memberi serta mentakdirkan rezeki kita. Namun Allah telah menyuruh kita berusaha untuk mendapatkan atau mencari rezeki itu. Bermulanya terbit fajar hingga terbenam matahari, rezeki yang kita ushakan itu hendaklah dari usaha kita sendiri serta punca sumber yang halal. Sebagaimana Rasulullah yang tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi: “Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi” Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh. Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yang berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yang empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda: “Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang...

PERKATAAN YANG DILARANG UNTUK DIUCAPKAN OLEH PENIAGA

Imej
Setiap kata-kata itu adalah satu DOA . Kalau berkata baik , maka baiklah akan berlaku . Kalau berkata buruk , maka sebaliknya akan berlaku . Antara perkataan yang DILARANG untuk di ucapkan oleh peniaga adalah: 1. Sales Slow 2. Orang tak ada 3. Orang tak lekat 4. Payah nak jual 5. Semua orang dah beli 6. Makin perlahan 7. Susah nak buat 8. Dah ramai orang jual 9. Tak ada duit Aik? Banyak betul alasannya?  Tak apa. Lepas ini usahawan semua kena la banyakkan ucap Subhaanallah, Syukur Alhamdulillah, Allahuakbar. Inshaa-Allah hidup lebih mudah dan lebih berkat. Bak kata sifu Azizan Osman, "Ingat lagi pesan seorang guru. Kalau kita nakkan sesuatu, kita cakap dan doa banyak kali. Supaya Allah dengar. Supaya Dia makbulkan. Dan supaya minda kita terprogram untuk dapatkan apa yang kita hajatkan. Selalu ucap syukur bila dapat sesuatu dan syukur juga jika tak dapat kerana Allah itu tahu apa yang baik untuk hambanya. Jika anda sering kata “Aku tak mampu. Aku tak ada ...

Alas kaki Homemade

Imej
Alas kaki homemade ini dijahit oleh mak Hana sendiri. Pelbagai product hasil dari jahitan mak Hana disebabkan minat yang mendalam dalam menjahit. Lagipun, mak suka menjahit untuk mengisi masa lapang di rumah. Mula-mula, cuma jahit untuk kegunaan rumah. Lama-lama, ramai yang berkenan bila datang rumah tengok alas kaki dekat rumah kami. Jadi, mula lah proses percubaan menjual alas kaki ini online dan juga secara offline. Alhamdulillah, sambutannya sangat menggalakkan. Jualan offline di booth niaga abang Hana sangat laku. Ramai yang suka tengok dan pilih sendiri corak yang mereka suka. Tak kurang juga permintaan online yang menjadikan alas kaki ini hadiah untuk ibu di kampung. Ini adalah antara corak-corak alas kaki dari kain batik pelikat yang ada di dalam stock.  Sehelai cuma bernilai RM10.   Orang-orang lama suka tengok corak ini sebab ini adalah cara orang dulu jahit alas kaki. Susah untuk dapat zaman sekarang. Ada juga yang gun...

Ar-Rahman

Imej
Apabila kita ditimpa dugaan dan musibah yang membuatkan kita terduduk, terjatuh dan tidak berdaya untuk bangkit kembali, kita sering lupa ada yang diuji dengan lebih hebat dari apa yang kita tanggung. Apabila kita ditinggalkan oleh orang yang paling kita perlukan dan sayang, kita sering merasakan kita adalah mangsa keadaan kepada manusia yang kita sifatkan sebagai kejam tersebut. Apabila kesihatan kita semakin merosot, kita sering lupa apa yang kita buat dengan masa yang kita ada waktu kesihatan kita sempurna. Hakikatnya, kita sering lupa pada segala nikmat yang Allah berikan untuk kita syukuri waktu kita dalam kesedihan, kelukaan, broken, depressed dan sebagainya.  Yang kita nampak hanya keburukan semata-mata.  Yang kita nampak, kitalah manusia malang di dunia ini. Kitalah yang paling sakit dan tiada sesiapa pun yang memahami diri kita. Kita sering menuding jari meletakkan kesalahan kenapa kita bersedih kepada orang lain. Dengan harapan, kesakitan itu akan berkuranga...