Sihat sebelum Sakit
Bila gigi sakit, terasa susah nak makan sampai hilang selera makan. Bila kaki sakit, terasa sangat susah nak berjalan mahupun berdiri. Bila tangan sakit, terasa sangat susah untuk menulis apatah lagi nak buat pelbagai kerja lain. Bila kepala sakit, nak fikir apa-apa pun tak boleh, emosi pun jadi tidak stabil. Hatta walau hanya 1 jari terluka sedikit, bengkak, setiap pergerakan dan aktiviti kita akan terganggu. Apatah lagi kalau kita ditakdirkan menghidap penyakit yang lebih teruk, kita akan mula hilang semangat, rasa semua yang terjadi ini tidak adil untuk kita hadapi. Kenapa kita, kenapa bukan orang lain yang sakit? Itu yang sering kita akan persoalkan. Tapi apabila semuanya dah sembuh dan kembali sihat, baru tersedar betapa jarangnya kita bersyukur dengan nikmat kesihatan yang Allah dah berikan selama ini, nikmat apabila semua anggota badan masih berfungsi dengan sempurna. Apa yang sering kita lakukan selama ini adalah mengeluh dan terus me...